November 26, 2020

Review Laneige Lip Sleeping Mask, bibir tak kering lagi

Review Laneige Lip Sleeping Mask, bibir tak kering lagi.

Lega rasanya dah jumpa solution untuk bibir kering ni. Sebelum ni cuma saya sapukan lip balm je tapi masih juga kulit bibir mengelupas. Lip balm tu pulak rasa melekit dan berminyak.

Bangun pagi rasa berlemuih muka, tak selesa.

Masalah bibir kering.

punca bibir kering
Sumber dari Google

1. Tak cukup air

Nak kata tak cukup minum air? Padahal dah minum air secukupnya sehari. Sehari 2 liter, memang habis sebotol besar tu.

Azam nak kurus tetap nombor satu. Sebab tu saya memang pastikan, ko mesti minum air banyak!! Kemahin aritu kata nak kecikkan lenganlah kan.

Almaklumlah malas nak jogging, naik basikal jauh sekali hihi.

Ok update terkini berat kita dah turun 1.5 kg ya. Slowly but surely. Pakai seluar dah longgar sikit, pheww seronok!! Ok struggle control makan tu untuk 2 minggu je pertama je.

Memang rasa nak makan macam biasa, tapi bersabarlah. Nak kurus bukan ambil masa sekejap. Walau masa tulah ko pikir nak makan brownies, kek coklat, cookies.

Itu semua NAFSU.

Dan Ko memang boleh kawal.

Itu bab air, punca bibir kering. Kalau rasa dah minum air secukupnya, kita tengok faktor lain pulak.

2. Penggunaan lipstik

Saya memang tak boleh pakai lipstik matte. Memang surely bibir akan jadi kering.

Bila bibir kering dan kulitnya mengelupas mulalah bibir akan kerap berdarah. Lepas tu pedih bila kena makan pedas dan masam. Aduh sakit betul.

Memang pakai lipstik tu cantik, tapi lepas tu macam bersisik ikan lah bibirnya.

So jangan biarkan diri kita diselubungi masalah ini. Jom cari solution nya.

Review Laneige Lip Sleeping Mask

review lip sleeping mask berry
Laneige Lip Sleeping Mask contains vitamin C, shea butter, and various fruit extracts like strawberry, goji berry, and raspberry in the form of Berry Mix Complex™

Bila kerap tengok instagram waktu PKPB ni memang macam-macamlah lalu kat wall kita hahhah. Ada je barang yang sampai kat rumah. Korang macam tu tak?

Tu yang ternampak Laneige Lip Sleeping Mask Berry. Tapi bila tanya anak-anak diorang kata memang produk memang ok. Kawan-kawan dah pakai katanya.

Bebudak sekolah sekarang advance ok dari kita yang banyak makan garam. Dia tau banyak pasal benda-benda kecantikan ni.

Yang sulung tu dah berapa jenama pencuci muka dia guna. Try and error sebab kulit mukanya berjerawat. Tu yang lepas satu, satu jenama cleanser dia nak cuba.

TQ sebab bagi ibu korang sokongan untuk cuba produk Laneige kikiki.

Cuba botol kecil 3 gram

laneige lip sleeping mask
Botol kecil tapi impak besar okey hahaha
review laneige produk
sapu guna jari pun boleh, pastikan tangan uols bersih

Saya beli botol yang kecil untuk permulaan ni. Harganya RM12, postage RM8 so total RM20 khenn.

Comel ok dengan warna pink berry ni. Baunya wangi dan bestlah lepas dicuba.

Sapukan nipis kat bibir sebelum tidur. Saya sapu guna jari je dan besoknya nampak bibir sedikit lembut dan lembap.

Cuba lagi untuk seminggu dan taraa!! memang bestlah korang! Memang bibir nampak lebih cantik dan tak kering lagi. Dah takde masalah bibir kering mengelupas.

Produk apapun, kalau dah beli tu, silalah gunakan dengan konsisten ya.

Pakai setiap hari dan pepandailah set alarm dan minda untuk ingatkan kita supaya tak terlupa hihihi.

Selamat mencuba

Memang saya recommend produk ni untuk korang cuba. Ini bukan entri berbayar ya. Dah tulis kat atas tu saya beli sendiri dan bayar postage jugak.

Oklah, pada yang ada masalah bibir kering tu, kalau belum cuba produk ni bolehla cuba. Memang berbaloi. Jangan kata sis tak payung ya.

Selamat berhujung minggu.

ajumohit

Hi sayalah tuan blog!!

View all posts by ajumohit →

5 thoughts on “Review Laneige Lip Sleeping Mask, bibir tak kering lagi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: