Semak akaun tabung haji secara online dengan Thijari.
Bab menyimpan ni kalau tak istiqamah memang ke laut jawabnya.
Selain potongan gaji, saya juga membuat pindahan online atau transfer duit dari bank CIMB ke Tabung Haji, jika masih ada lebihan dari duit gaji bulanan. Bagus sangat ada simpanan Tabung Haji ni. Bila dah link kan CIMB dan Tabung haji, memang boleh semak baki Tabung Haji melalui CIMB.
Apabila pindahan sudah dibuat, saya biasanya akan menelefon pihak TH untuk mengetahui baki terkini. Sebab dah tiada cara lain yang boleh dibuat selain pergi sendiri ke cawangan Tabung Haji terdekat.
Tetapi sekarang ni lebih mudah lagi kerana anda boleh semak akaun Tabung Haji secara online atau di dalam talian.
Pernah dengar Thijari?, yang ni baru je awal tahun 2020 ni dilancarkan.
Cara Daftar Tabung Haji Online
#1. Buka dan klik laman web https://www.thijari.com.my.
#2. Klik dan skrin di atas akan terpapar. So klik DAFTAR untuk buat akaun baru.
#3. Masukkan pula maklumat seperti:-
- Nombor Kad Pengenalan
- Nombor Akaun Tabung Haji.
#4. Klik seterusnya. Kemudian masukkan nombor telefon yang berdaftar dengan TH untuk tujuan pengesahan. [Kalau tak pernah daftar no telefon, Anda perlu ke Cawangan Tabung Haji berdekatan untuk kemaskini maklumat]
#5. Masukkan No TAC yang diterima.
#6. Masukkan maklumat peribadi seperti kata nama, kata laluan, Nama pengguna dan negeri terkini.
#7. dan TAHNIAH anda sudah Berjaya mendaftar.
CARA MUAT TURUN APLIKASI THIJARI
Aplikasi Tabung Haji ini telah direka bentuk semula dengan rupa yang lebih menarik, pelayaran yang lebih mudah dan keselamatan yang dipertingkatkan bagi memberi perkhidmatan yang terbaik.
Untuk memuat turun aplikasi THiJARI, sila ke “App Store” yang berkenaan.
Play Store (Android User):
- Sila taip “THiJARI MY” di ruang carian.
- Tekan “THiJARI MY”.
- Tekan butang “Install” untuk muat turun.
- Anda sudah boleh menggunakan aplikasi THiJARI.
App Store (iOS User):
- Sila taip “THiJARI MY” di ruang carian.
- Tekan “THiJARI MY”.
- Tekan butang “Install” untuk muat turun.
- Anda sudah boleh menggunakan aplikasi THiJARI.
Semak akaun Tabung Haji dan status Haji
Kita bukan je boleh menyemak akaun tapi juga boleh mencetak penyata akaun, pindahan wang, perkhidmatan Haji.
Korang dah daftar haji ke belum?
Kalau ikutkan turn saya lagi 24 tahun lagi Insha Allah. Panjang umurlah hendaknya.
Seingat saya dulu saya daftar haji tahun 2012.
Macam contoh bila dah daftar haji, melalui website ni kita boleh membuat semakan status pendaftaran Haji dan memuat turun slip pendaftaran Haji.
Bagi urusan tawaran Haji pula, surat tawaran dan semakan status tawaran Haji juga ada di sini.
Baca–> Beli emas dengan simpanan duit kutu
Baca–> Hasil menabung tabung paksa
Cara lain semak Akaun Tabung Haji
Semak akaun Tabung Haji melalui Maybank2U
Amat mudah kerana ianya boleh disemak melalui Maybank2U.com.
TAPI sebelum itu, anda perlu daftarkan dahulu akaun TH di ATM Maybank dan maklumat yang diperlukan adalah no akaun TH dan no siri buku akaun TH.
Jadi pergi kemana-mana ATM Maybank terdekat untuk lakukan pendaftaran ini.
Jom saya ajarkan satu per satu langkah untuk mendaftarkan no akaun Tabung Haji anda di Mesin ATM Maybank.
- Masukkan Kad ATM Maybank
- Pilih “Tabung Haji”
- Pilih “Daftar Akaun Tabung Haji ke ATM”
- Masukkan nombor akaun Tabung Haji
- Pilih “Ya” dan ke skrin seterusnya
- Masukkan nombor siri buku Tabung Haji
- Pilih “Ya” untuk kepastian
- Sistem akan memproses permintaan anda dan slip akan dikeluarkan.
- Tarraaa!!! Akaun TH sedia untuk disemak serta merta 😉
Baca—> Pindahan Wang Online ke Tabung Haji melalui CIMBCLICKS
Baca –> Cara link akaun CIMB ke Tabung Haji dan semak baki

Ha inilah transaksi yang ada di sini, nak semak baki, transfer duit TH ke akaun lain, pendek kata semua bulehla 😉
Seterusnya anda boleh terus semak akaun Tabung Haji di Maybank2u.
Bukan setakat semak, bahkan anda juga boleh buat pindahan dan pengeluaran dari akaun tersebut.
Transaksi ini hanya boleh diakses secara online dari jam 6 pagi sehingga 12 pagi sahaja.
Mudah kan?
Sekarang memang mudah sebab semuanya di hujung jemari.
Menyimpanlah demi keperluan masa akan datang.
Biasanya semakin mudah simpanan dikeluarkan, semakin mudah la habisnya.. Harap2 semua penyimpan mampu kawal nafsu. Kalau tak, sampai ke mati la duit pi haji tak cukup2..
tq utk info..nanti bole try
Info yang menarik… Lepas ni semakin mudah kita nak semak baki akaun Tabung haji…
Dah tak perlu pergi ke Tabung Haji seperti biasa..
Memang mudah bila ada atas talian ni..yealah tabung haji pun satu jer kat KL ni…menara Tabung Haji tu jer…hehehe
Memang mudah bila tengok online kan? Tak perlu nak ke kaunter untuk update buku
Buat simpanan ni kena buat secara tak sedar
Supaya kita tak rasa pun duit tu keluar
Biar lupa terus pun bagus
Sedar sedar dah banyak
Kalo utk pengguna kad cimb bank…bole semak kew…?..huhu…
Saya dah call cimb, setakat ni diorang tak provide lagi servis ni, yang hanya adalah transfer dari CIMB ke Tabung Haji sahaja.
Dah bleh kan skg..dh buat blom?salin no acc TH dengan no siri buku TH..g atm cimb msok kad mcm biase..pilih’lain lain’..pilih ‘TH pautan’..nnti msok no acc..msok no siri bku..sme mcm mybank
tq atas info sis
Waktu cuti umum atau weekend, boleh semak baki th secara online guna mb2u tak?
ya weekend pun boleh check baki akaun tabung haji guna mbb2u