Aplikasi Islamik Qalby dari Mizz Nina.
Sejak dah uninstall Aplikasi Muslim Pro, memang tercari-cari aplikasi lain yang bermanfaat. Yang mudah nak baca Alquran, nak tau terjemahan dan paling penting nak tahu waktu solat.
Semalam ada ternampak perkongsian kawan-kawan di Facebook. Dan terus download sebab nak tengok apa info yang ada di Qalby apps ni.
Dan Alhamdulillah selepas belek-belek info di dalamnya, memang sangat bermanfaat. Saya kongsikan di sini semoga jadi asbab untuk kita lebih istiqamah menjalani ibadah seharian.
Ciri menarik Aplikasi Islamik Qalby
- Apabila masuk je ke Aplikasi Islamik Qalby, waktu solat dipaparkan di bahagian atas. Sama seperti aplikasi yang pernah saya download sebelum ini.
- Di bawahnya pula ada dikongsikan inspirasi harian (daily inspiration). Pengguna akan diberikan petikan ayat dari Al-Quran atau Hadis yang berbeza pada setiap hari.
- Kemudian anda akan nampak Ilm Finder – yang mana terdapat 11 kategori di dalam ciri ini. Antaranya:
- Bengkel
- Fiqh
- Tauhid
- Tajwid
- Arab
- Tahfiz
- Akidah
- Kesihatan Mental
- Belia
- Kanak-kanak
- Tafsir
Di ruangan tersebut dikongsikan tarikh bengkel atau perkongsian ilmu untuk mereka yang berminat untuk menyertai. Ada juga video pendek berkenaan tazkirah bermanfaat untuk ditonton.
- Qalby TV – Terdapat pelbagai doa, ceramah dan pelbagai video bermanfaat yang dikongsikan. Video boleh juga ditonton di akaun YouTube Qalby App.
- Facebook Community – Ciri ini akan menghubungkan pengguna dengan akaun Facebook rasmi Qalby Community. Terdapat banyak peringatan yang disediakan dalam laman Facebook tersebut seperti “7 perbuatan yang akan melindungi anda dari api neraka”
- Instagram – Pengguna juga boleh terus mengakses ke Instagram QalbyApp melalui laman utama aplikasi itu.
- E-Journal – Pengguna boleh mengisi perincian aktiviti harian atau acara yang akan disertai. Kegunaan E-Journal dilihat sebagai memo untuk pengguna.
- Solah – Ia berfungsi sebagai jadual waktu solat harian untuk pengguna. Bagi mengaktifkan peringatan solat, pengguna boleh memilih waktu solat dan tolak butang waktu solat tersebut ke kanan. Apabila butang tersebut bertukar hijau bermakna peringatan sudah diaktifkan.
- Qibla – Berfungsi sebagai petunjuk arah kiblat, mudah jika kita berada di tempat yang tiada kemudahan penunjuk arah kiblat.
- Quran – Quran digital ini boleh dibaca, didengar dan mempunyai terjemahan bahasa Inggeris. Setakat ni tiada lagi terjemahan dalam bahasa Melayu ya. Bagi memudahkan pengguna yang mahu menghafal ayat Al-Quran, ia boleh dilakukan melalui ciri ini. Pengguna boleh tanda Hifz bagi setiap ayat yang ingin di hafal. Selain itu, ada juga pilihan untuk menyimpan ayat tertentu sebagai rujukan dikemudian hari.
- Doa – Terdapat 21 jenis doa disediakan mengikut situasi di dalam ciri ini. Saya pun pernah kongsikan Doa untuk suami isteri sebelum ni. Memang bagus untuk diamalkan. Berikut merupakan koleksi doa yang disediakan:
- Doa waktu pagi
- Doa waktu petang
- Doa perlindungan
- Doa perlindungan ketika waktu malam
- Doa takut ketika tidur
- Doa selepas mimpi buruk
- Doa menangkis bisikan syaitan
- Doa menangkis mata syaitan
- Doa perlindung daripada ilmu hitam
- Doa perlindungan daripada jin dan kejahatan
- Doa perlindungan daripada musuh
- Doa meminta kelegaan dari kesedihan dan kesusahan
- Doa minta kesembuhan penyakit
- Doa selepas solat
- Doa mencari nasihat ilahi untuk istikharah
- Doa permohonan diterima
- Doa menziarahi orang sakit
- Doa melihat seseorang dalam keadaan sakit atau dalam ujian
- Doa bila menerima berita buruk
- Doa meminta pengampunan
- Doa meminta pengampunan kepada orang yang sudah meninggal dunia.
Info diolah dari : bm.soyacincau.com
Semoga perkongsian Aplikasi Islamik Qalby dari Mizz Nina ini bermanfaat untuk semua. Saya suka kongsikannya agar semua dapat info berguna untuk perbaiki ibadah kita. Terutamanya solat di awal waktu ;).
Juga, jom kita jadikan amalan membaca Al Quran sebagai amalan yang wajib setiap hari. Jadikan syarat membaca Al Quran ini wajib, sebelum kita melakukan tugasan yang lain ya.
Kita gunakan kemudahan teknologi yang ada untuk tambah baik amal ibadah. Insha allah.
Nak try jugak la app ni..saya yang penting waktu solat ada alarm bunyi, azan ke, bunyi beep ke.. yang tu penting sebab jenis buat2 apa cepat ralit nih memang bahaya la. Nasib baik surau tepi rumah je. Bunyi azan boleh buat terkejut terpelanting remote tv.hahah.
Tapi zuhur dengan asar kadang2 tak azan. semua orang pi kerja kot. jadi penting sangat peringatan waktu solat tu.
ini bermanfaat sangat
many features in one apps
layak buat diinstall di gawai saya
Bagus betul aplikasi begini. Alhamdulillah, semuanya di hujung jari.
abam kie pun dah install apps ni. semuanya bagus cuma x de penggera waktu solat je.
This will truly benefit Muslims a lot for sure.
Kenapa tak bunyi azan ye?stiap kli msuk azan dia tk bunyi pun..pdahal dah set azan dah..ada bnde tak kena ke?puas dh cri mana silapnya..klau sape yg tahu tu bantu sy please..klau tak bnyi azan tak best lah
Sis try pergi kat setting, tekan prayer setting, open setting, then tekan Auto play audio, on kan auto detect location, kat sini je yang sis kena cek..so faremang setiap kali masuk waktu solat akan ada azan kat hp saya