Rak periuk bawah sinki. Versi jimat tapi kemas.
Bertemu lagi dalam tips dekorasi. Don’t forget to read, like and share hihihi.
Lama tak dah tak pergi bercuti di musim Covid19 ni kan. Just kayuh basikal dekat-dekat rumah jela gitu. Takpe idea kita nak deko-deko rumah je pun ok kan.
Sebelum ni saya ada cerita tentang wallpaper rumah kan. But kali ni nak share dekorasi bawah sinki. Sememangnya kitchen cabinet rumah saya ni tiada rak di bawah sinki ya. Jadinya kosong aje bawah sinki ni.
Sinki lembap dan berair
Sebelum letak segala macam periuk, bawah sinki ni lembap dan berair. Puncanya, tak lain tak bukan sebab ada ketirisan di tepi sinki. Ada bocor sikitlah secara mudah nak fahamnya.
Contohnya bila basuh pinggan dan segala macam basuhan, air tu akan keluar mengalir dari tepian sinki. Memang berbulu biji mata ni tengok.
Mengalir sampai air basuhan tu keluar dari pintu kabinet. Kena kaki kita ni tau! Ishh sakitnya mata tengok!!
Sampaikan pintu kabinet pun dah mereput sebab selalu kena air. Dah senget sebelah pintu kabinet tu.
Macamana nak buat ni ya? Sakit mata setiap hari melihatnya.
Pelbagai cara dah cuba

Guna silikon ini pun tak menjadi ya, lepas tu cepat berkulat juga, tapi tepi sinki masih juga bocor
Sebelum ni ada tampal sticker aluminium foil yang beli dari Daiso tapi tak cantik nampaknya dan masih bocor. Then tampal pula dengan benda alah silikon dalam gambar tu. Benda tu material dia getah ya, tapi bila lama-lama dia jadi berkulat.
Dan masalah bocor tak selesai jugak. Kita pun setiap hari berzikir kat telinga suami hari-hari.
“Bang macamana ni bocor lagi”.
“Buatlah sesuatu bang, bocorla bawah sinki ni”.
“Bang itu, bang ini”. Hahah nasib baik tak kene tampor.
Tq suami sebab melayan kehendak isteri tercinta. Anak dah 5 orang ya, tak sayang jugak tak tahulah nak cakap apa.
Tampal guna simen
Selepas guna pakai pelbagai tips tapi gagal. Kali ni suami beli simen grout dalam sekilogram macam tu. Kedai hardware banyak rupanya ya, kalau tak cari memang tak jumpa.
Kita orang perempuan mana nak tau pasal ni semua. Murah je harga dia tak sampai RM10 kot. So, bancuhkan serbuk simen grout dan tampal kat tepi sinki!!! Settle!!!
Aih mudah aje kerjanya. Memang lega dan bahagia rasa hati ni bila mana lepas tu air dah tak tiris lagi. Dah kering aje lantai bawah sinki ni.
Fuhhh lega sangat, happy!!! Terus rasa hilang beban kat kepala hahaha.
Bila lantai bawah sinki dah kering, otak kita pun ligat juga memikir cara nak deko bawa sinki ni. Sekarang kan banyak tips letak rak periuk bawah sinki, cuba cari kat Shopee memang berlambak ada.
Pilih je rak macamana yang berkenan di hati dan sesuai dengan bajet poket.
Rak murah tapi berbaloi

Ini lah skru dia, mudah je nak pasang rak ni. Small metter bebeh!!!

Sangat kemas dan kuat jugalah untuk susun periuk kat sini

Kos dia murah je, dan yang penting kemas
Inilah rak kuali dan periuk yang saya cakap tu. Saya beli 2 jenis rak. Satu untuk letak periuk dan satu lagi untuk kuali.
Link Shopee Beli Rak Bawah Sinki
Harga rak ni RM17 dan RM25. Tapi kalau survey lagi boleh dapat yang murah untuk rak yang sama. Time sale 12.12 ni bolehlah beli, kot lagi murah harga dia.
Senang juga nak pasang rak-rak ni. Tak payah guna drill pun. Hanya guna kudrat tangan je. See senang kan?

Yang ni pun praktikal juga untuk letakkan kuali

tak perlu skru pun, just masukkan je besi tu ikut ukuran lebar kuali korang yang ada

yang ni pula kabinet sebelah dengan tong gas dan tong beras
Sambil berborak sambil tangan mengetatkan skru tu. Hmm siap dah. Tak sampai 10 minit pun pasangnya. Paip bawah sinki ni tak menghalang ruang ni sangat. Jadi tak perlu nak masukkan rak ni di celah paip tu.
Rak ni nampak simple je tapi oklah dapat menampung beban periuk. Tapi rasanya kalau anak korang yang duduk atas ni mau patahlah kan menda alah ni.
Begitulah keadaan selepas ianya dipasang. Dan rak kuali tu boleh letak sama ada tegak atau melintang. Dua-dua pun afdal caranya, janji sesuai dengan space ya.
Kemaslah bagi saya yang setiap hari melihat bawah kabinet ni. Mudah juga nak simpan dan ambil periuk dan kuali. Dah setakat ni dah tiada kebocoran bawah sinki lagi. Tahi cicak pun dah tak jumpa lagi.
Tahi cicak banyak bawah sinki

Saya beli di shopee juga, memang berkesan untuk matikan cicak

Dah berenang pulak dalam tu, geli la plak nak buang hahahha
Ok selain nak cerita pasal rak periuk, saya ada baca masalah ibu-ibu yang katanya bawah sinki ni penuh dengan tahi cicak. Mudah je tu, kalau nak halang cicak tu masuk, pastikan tiada ruang di pintu kabinet yang membolehkan cicak tu lalu.
Misalnya kat pintu cabinet tu boleh tampal lidah pintu untuk tutup gap antara lubang pintu. Boleh cari kat Link Shopee Racun Cicak jugak.
Then, gunalah racun cicak untuk membunuh cicak tu kalau idea di atas tak berkesan. Saya guna racun cicak yang ni ya. Letak je di laluan cicak, dan selepas tu nantikan pesta cicak mati sana sini.
Eii geli wei nak membuangnya. Kita pun panggil la suami sendiri untuk buangkan ya hahah. Suami jugak!!
Tisu basah Daiso.

Tisu ni RM5.90 ada 30 helai. Buat lap lantai, bawah kabinet, lap table top, lap meja. Serba serbi saya guna ni je
Owh ya, saya selalu guna tisu basah dari Daiso untuk lap lantai dan bawah sinki. Tisu ni memang serbaguna dan mudahkan kerja. Tak perlu nak basuh dan jemur. Hanya pakai dan terus buang.
Sejak-sejak sakit belakang ni memang saya takde dah mengemop teruk-teruk. Saya guna tips yang mudah je. Biasa kalau vakum dan mop guna air tu, anak bujang yang umur 10 tahun tu yang banyak tolong.
Ok settle dah mengemas bawah sinki ni. Baru rasa bersih dan sedap mata memandang. Seronok buat kerja harian nak memasak.
Macam ni masak selalu pun takpe haha. Sebab memang banyak masak masa dihabiskan di dapur juga. Masak, basuh kain, mengemop, cuci peti aislah dan macam-macamlah.
Anak ramai ni memang puas hati masak sendiri. Jimat dan kuantiti pun boleh masak banyak kan? Oklah dah settle bab periuk dan kuali. Selamat mengemas ya!!
Memang lebih kemas kalau ada rak kan? Juga senang untuk kering. 🙂
Kesian si cicak. :p
simen grout tu yaya pun baru tau ni..
rak tu selalu tengok kat Shopee..murah dan praktikal kan.
memang geli plak tengok cicak dlm bekas tu,
nampak kemas betul kabinet bawah singki tu..nice
Bila kemas barulah sedap mata memandang. Rak bawah sinki tu pun mmg dah aim sbb karbinet dapur kita yg bawah pun kosong gini.. elok beli rak gitu
nanti nak carilah the killer lizard tu… kotor nampak rumah bila banyak tahi cicak. tq share
Alamak geli juga kalau bangun pagi ada cicak berenang gitu..haha..tapi bagus dpt selesaikan masalah tahi cicak tu.
Hahaha samalaaa tgh mengemas kitchen cabinet. Ada bocor laa
saya pun guna rak hitam tu utk letak frying pan.
senang saja nak pasangkan.
tq pasal racun cicak.
anak saya kalau nampak cicak, dia main ambil saja pakai tangan, saya pula yang geli.
adeh anak2 tak reti nak geli2 …
nanti nak cari juga racun cicak tu.
Rak kuali tu saya berminat nak beli juga senang nak letak kuali dan susun mcm tu he he he
Geli pulak tengok cicak