Riadah Taman Tasik Perdana KL, makin cantik tempatnya

Riadah Taman Tasik Perdana.

Dah lama betul tak beriadah ke sini. Dah 3 ke 4 tahun juga kot tak jejak kaki ke Taman Tasik Perdana. Lama betul hahaha. Dulu rajin datang sini sebab rumah di Sri Gombak, tapi sejak kami dah pindah Shah Alam. Memang tak ke sinilah kami.

Kesian anak-anak dah lama tak keluar rumah semasa PKPB. Seronok bila abahnya bawa kami makan angin sambil riadah. Mulanya risau juga sebab nak beraktiviti di musim Covid 19.

Dengan bilangan kes masih lagi 4 angka. Tapi kita percaya dengan norma baharu ni, memang kena biasakan dengan penjarakan sosial dan ambil kira semua aspek untuk berjaga-jaga.

Riadah Taman Tasik Perdana pagi Ahad

Kami ke sini waktu Hari Ahad, dalam jam 9 pagi. Memang ramai orang yang datang ke Tasik Perdana ni rupanya. Baru tau selain di panggil Taman Tasik Perdana, ia dikenali juga Taman Botani Perdana.

Semua pun nak cari aktiviti yang sihat dan luangkan masa berharga dengan keluarga. Ada yang naik basikal, jongging, brisk walk, camping tepi tasik, eh macam-macamlah. Pagi-pagi masuk hutan memang sejuk dan nyaman.

Masa kami sampai, memang banyak kereta yang di park di pintu masuk dan sepanjang jalan. Jauhnya lebih kurang 1 km, penuh di kiri dan kanan jalan. Kena bersabar dan selepas pusing 2 kali sambil menunggu kereta keluar.

Akhirnya dapat juga petak letak kereta. Kebetulan orang tu pun baru keluar dari parking. Dalam hati, awalnya dia dah sampai sini. Rezeki kamilah dapat parking tu pula.

Sambil beriadah, kami bawa bekal nasi lemak hijau dan nasi kerabu yang dibeli di tepi jalan. Kita bantu makcik tu jana ekonomi dia. Kesian pagi tu takde pun nampak orang pun kat gerai dia.

Beli 5 bungkus, dan kita simpan dalam beg. Nak suruh bebudak ni bawa, memang takdelah jawabnya.

Bagus juga bawa beg galas, dengan nasi dan air mineral sumbat dalam tu semua. Takde isu takde sapa nak bawa makanan tu. Biarlah ibu yang galas kat bahu.

Pengambilan suhu dan scan Mysejahtera

Masuk ke di pintu utama, ada kaunter untuk ambil suhu, scan aplikasi Mysejahtera dan buku untuk tulis nama. Semua pun perlu ikut peraturan ni dan bagusnya semua pun boleh ikut norma baharu ni.

Mau tak ikut SOP? Nanti kena saman tak pasal terbang RM1,000.

Dan untuk aktiviti fizikal dan riadah ni tak perlu pakai mask ya. Memang dah diberitahu pun sebelum ni. Jadi korang pun tengok gambar di atas.

Kami sekeluarga memang sukakan aktiviti riadah macam ni. Barulah ada rasa bonding sambil kita keluarkan peluh setitik dua haha. Dulu kami ke Taman Fantasi Putrajaya, naik bot itik kat Tasik Shah Alam.

Suasana cantik dan mendamaikan

Tak terkejar la dua orang kat depan tu, laju betul

buat apa nak cepat-cepat? kita ambik gambar la dulu hahaha

Saje nak bagitau korang, bila masuk je dalam Taman Tasik Perdana ni, dalam hati kata Ya Allah bersihnya tempat ni. Memang dijaga dengan baik. Dengan jalan yang bersih tanpa daun bersepah.

Lain betul keadaannya selepas 3 tahun tak ke sini.

Pokoknya dijaga rapi, susunan kemudahan contohnya bangku, laluan jalan, semuanya pun kemas, bersih dan terjaga. Memang bestlah datang sini, tak rugi bangun pagi-pagi hahaha.

Setakat ni, tempat-tempat macam permainan kanak-kanak, pondok-pondok dan ada tempat tertentu diletakkan tali rentangan dan tidak dibenarkan masuk.

Banyak port menarik untuk photoshoot

Cantik kan? Dah lama tak datang sini

Nampak kurus tu penting ya kalau bergambar

Seronok plak sepak bola walau padangnya sedikit basah. Habis kotor kasut

Settle sesi riadah, photoshoot dan bermain bola sepak kami pagi tu. Memang best hahaha, macam burung terlepas sangkar je memasing ni.

Bagi korang yang sukakan photoshoot, kat sini memang banyak port-port yang cantik. Seriusly banyak pokok hijau, pokok bunga dan air pancut untuk tarikan.

Kat tasik tu pun boleh bagi ikan makan. Dan makanan ikan ada dijual di gerai berhampiran tasik. Hmm bestnya tengok anak-anak happy.

Pagi tu pulak cuaca memang mendung dan takde matahari. Memang tak panas dan mudah nak berjalan. Pusing dalam taman ni memang buat kita berpeluh. Walaupun tak berlari, hanya sekadar berjalan kaki. Apapun aktiviti riadah Taman Tasik Perdana KL ni memang sangat best!

Bolehla datang lagi nanti

ajumohit: Hi sayalah tuan blog!!

View Comments (2)

Recent Posts