Cara tuntutan harta sepencarian Di Mahkamah Syariah- Peguam Syarie Hafizah Haron & Associates
Berapa ramai yang tahu tentang harta sepencarian? Penting ke nak ambil tahu tentang harta sepencarian ni?
Memang sangat penting. Isu ni biasanya timbul selepas perceraian atau kematian sama ada si isteri atau si suami. Dan sangat penting mendapatkan pandangan atau konsultasi dari peguam shariah yang berpengalaman luas.
Jika pasangan tersebut mempunyai anak, anak-anak ni berhak mendapat perlindungan sewajarnya daripada ibu dan ayah walaupun selepas perceraian berlaku. Paling utama didikan dan asuhan ilmu agama islam dan sebuah rumah untuk berteduh. Dan semestinya makanan daripada sumber yang halal lagi berkhasiat untuk pembesaran mereka.
Kita tak minta perkara sebegini berlaku. Yang pasti sangat penting untuk kita mengambil tahu sebagai maklumat sendiri atau kongsikan bersama orang lain yang kita sayangi.
Jadi, bacalah dengan teliti maklumat yang saya nak sampaikan di bawah tentang bagaimana nak buat tuntutan harta sepencarian.
Apa maksud Harta Sepencarian?
Harta sepencarian ialah harta yang diperoleh oleh pasangan suami isteri sepanjang tempoh perkahwinan yang sah iaitu sumbangan daripada suami dan isteri terhadap pemerolehan harta tersebut sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Merujuk Seksyen 2 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 mentafsirkan bahawa harta sepencarian sebagai harta yang diperoleh oleh suami dan isteri semasa perkahwinan berkuatkuasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh Hukum Syarak.
Harta sepencarian merujuk kepada harta yang terkumpul sepanjang tempoh perkahwinan samada ada harta tersebut merupakan harta alih atau harta tak alih. Harta alih adalah seperti kereta, wang simpanan dalam bank, kwsp dan sebagainya manakala harta tak alih adalah seperti tanah atau rumah.
Kuasa Mahkamah memerintah pembahagian harta sepencarian
Seksyen 122(1) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 memperuntukkan:
“Mahkamah hendaklah mempunyai kuasa apabila membenarkan lafaz talaq atau apabila membuat suatu perintah perceraian untuk memerintahkan supaya apa-apa yang diperoleh oleh pihak-pihak sewaktu perkahwinan dengan usaha bersama mereka dibahagikan antara mereka atau supaya mana-mana aset itu dijual dan hasil jualan itu dibahagikan antara pihak-pihak.
Cara tuntutan harta sepencarian dibuat
Sehubungan dengan itu, pihak yang ingin menuntut perlulah membuktikan kepada mahkamah bahawa terdapat sumbangan pihak ke atas pemerolehan harta tersebut. Sekiranya dapat dibuktikan bahawa suami atau isteri telah memberikan sumbangan tertentu dalam usaha untuk mengumpulkan harta tersebut, undang-undang menganggap bahawa harta tersebut adalah harta sepencarian, dan beban pembuktian diletakkan ke atas pihak yang menafikan sebaliknya.
Seterusnya, Mahkamah akan melihat kepada sumbangan yang diberikan di antara kedua-dua pihak. Sumbangan yang dimaksudkan ialah sama ada sumbangan tersebut merupakan sumbangan secara langsung atau sumbangan tidak langsung. Berikut adalah penerangan mengenai perkara tersebut:
-
Sumbangan secara langsung
Sumbangan secara langsung merujuk kepada usaha yang diberikan oleh kedua-dua belah pihak dalam memperolehi harta tersebut dengan mengeluarkan wang dan modal bagi membeli aset tersebut. Sebagai contoh, pasangan suami isteri mempunyai kerjaya masing-masing, telah bersama-sama membeli aset dan harta berkenaan secara ansuran yang mana pihak suami telah membuat bayaran pendahuluan manakala pihak isteri pula membuat bayaran ansuran bulanan. Pihak-pihak telah bersama-sama dalam memberi sumbangan wang, modal dan sebagainya secara langsung daripada pendapatan mereka bersama.
-
Sumbangan tidak langsung
Sumbangan ini ialah sumbangan yang bukan berbentuk duit tetapi mendatangkan dan menghasilkan harta atau aset tersebut. Ianya sama ada melalui idea, dorongan, nasihat, memberi semangat, menjaga keselesaan dan sebagainya kepada pasangan.
Sebagai contoh, isteri mempunyai hak ke atas apa yang diusahakan termasuklah dalam apa-apa usaha yang mendorong suami berjaya dalam kehidupan seharian sehingga suami berjaya memiliki harta-harta tersebut dalam tempoh perkahwinan. Ia boleh juga merujuk kepada kerja-kerja rumah yang dilaksanakan oleh isteri dalam menguruskan anak-anak dan rumah tangga sepanjang tempoh perkahwinan.
Bilakah tuntutan harta sepencarian boleh dibuat?
Harta sepencarian boleh dibuat di Mahkamah Tinggi Syariah dan berdasarkan Arahan Amalan No.5 Tahun 2003, tuntutan harta sepencarian boleh dituntut dalam 3 keadaan iaitu:
- Selepas kematian pihak suami atau isteri; atau
- Semasa tuntutan poligami : seorang isteri yang dimadukan boleh menuntut harta sepencarian, walaupun masih dalam tempoh perkahwinan dengan suami tersebut; atau
- Selepas perceraian : boleh dilakukan oleh bekas isteri atau bekas suami selepas berlakunya perceraian di dalam sebuah rumahtangga. Tuntutan tersebut masih boleh dituntut walaupun perceraian sudah berlaku 10 tahun atau 15 tahun yang lepas. Tetapi adalah lebih baik jika tuntutan tersebut dibuat selepas berlakunya perceraian bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini.
Bagaimanakah menentukan kadar pembahagian harta sepencarian?
Pemberian kadar harta sepencarian oleh suami atau isteri ke atas pasangannya adalah berdasarkan tahap sumbangan yang pernah diberikan ke atas harta yang diperolehi. Bahagiannya, telah ditentukan di bawah hukum syarak dan akan ditentukan oleh mahkamah berdasarkan faktor berikut:
- Takat sumbangan yang dibuat oleh pihak-pihak dalam bentuk wang, harta atau kerja dalam memperolehi harta tersebut.
- Apa-apa hutang yang terhutang oleh salah satu pihak yang telah dilakukan bagi manfaat kebajikan mereka bersama (usaha bersama sahaja).
- Keperluan anak-anak yang belum dewasa dalam perkahwinan tersebut.
Jadi, sebagai kesimpulan perlulah difahami bahawa harta sepencarian adalah suatu bentuk penghargaan atau hadiah kepada bekas isteri kerana telah bersama-sama membantu suami sepanjang tempoh perkahwinan. Dapatkah anda bayangkan jika usia perkahwinan telah mencapai 15 tahun dan pasangan tersebut bercerai, tidakkah ada bahagian isteri sepanjang tempoh perkahwinan dalam membantu si suami dalam memiliki harta sepanjang tempoh perkahwinan?
Dapatlah kita lihat begitu cantik aturan yang telah ditetapkan oleh undang-undang dalam memelihara dan melindungi hak-hak wanita selepas berlakunya suatu perceraian.
Peguam syarie bagus pasal tuntutan akibat perceraian
Apa yang dikongsikan ini adalah sekadar pendapat. Lebih baik anda yang mengalami masalah seperti ini boleh dapatkan nasihat dan konsultansi daripada Peguam Syarie yang lebih pakar dan bagus tentang tuntutan akibat perceraian. Ini kerana kes-kes macam ni yang agak rumit dan merangkumi undang-undang dan hukum syarak.
Jika anda ada sebarang pertanyaan atau kegusaran tentang cara tuntutan harta sepencarian, boleh terus hubungi maklumat di bawah.
Telefon/ Whatsapp:
+6018-9827717
Peguam Syarie Hafizah Haron & Associates
Website:
https://www.guamansyarie.com/
Thank you for sharing. Very good information for those who needs it
Terima kasih kerana berkongsi ilmu. 🙂
Satu perkongsian yang baik utk dibaca kaum wanita yang menghadapi masalah perceraian..
Bab harta ni memang kena ada ilmu dan ambik tahu. Apa pun masalah, bila ada pengetahuan dari kedua pihak, Insya’Allah ianya boleh dipermudahkan penyelesaiannya.
Maklumat yang berguna. Sebagai isteri, kita kena tahu hak2 kita, supaya tak nanti ditindas.
Bagus info ni, kita boleh membantu kawan dan ahli keluarga jika ada masalah penceraian dan berkaitan Harta Sepencarian ni.
Perkongsian yang bermanfaat buat wanita, lelaki pun sama tapi lebih kepada wanita sebab ramai tertindas tentang hak harta ni wanita.. sebab tak banyak membaca pasal ilmu gini.. Sis mohon share ke group yee..
Good information untuk mereka yang memerlukan.. dulu pun ada kawan yang struggle pasal benda ni.. next time boleh suruh mereka rujuk untuk knowledge kat sini..
learned a lot of new things and useful details in this article. the distribution portion is very interesting!
Nice Sharing kak. Baru tahu pasal benda ni. Yalah, sebab tak kahwin lagi. Terima kasih sebab memberi info dan ilmu
Memang bagus perkongsian macam ni. Ramai orang masih tak tahu lagi so lepas ni senanglah bila dah ada rujukan secara tak langsung dah memudahkan urusan mereka yang memerlukan. Thanks for sharing!
Bagus perkongsian camni. Sy pun aca menulis artikel tentang harta sepencarian ni. Utk diri sendiri dan info umum pada semua juga
perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat untuk rujukan khususnya buat kaum hawa untuk tuntut harta sepencarian.
Maklumat pasal harta pencarian mmg patut dikongso sbb bkn semua org tau bab ni, hendaknya yg byk harta mmg susah dobuatnya jd kena jgk amik tau
Terima kasih atas perkongsian harta sepencarian. Mudah untuk difahami..
Info yg sgt bagus. Kita perempuan pun kena ambil tahu hal2 ni juga. Bkn nk minta jadi apa2. Cuma sebagai langkah jaga2.