Cara jaga bateri laptop supaya boleh bertahan 5 tahun

Cara jaga bateri laptop

Ok kejadian last week semasa PKP 2.0. Macam biasa kita work from home dan masa tu jam 9.00 pagi. Saya on laptop dan kerja sudah sedia menunggu.

Tapi…

Bila on laptop skrin ini yang terpampang di depannya. Kenapa ko laptop? Kenapa masa PKP 2.0 ya nak buat hal?

cara jaga bateri laptop

Tapi sebelum tu nak bagitau laptop ni kepunyaan ofis saya bekerja. Apa-apa memang kita akan refer ke ICT team. Dan saya bagitau bos jugak sebab nanti bos pelik kenapa kerja tak jalan hari ni.

Hahaha masak!!

Back up file dalam laptop

Kalau diikutkan, dah 4 tahun lebih saya guna laptop ni. Memang dah kena ganti kot agaknya. Dan dengarnya di HQ pun dah ada laptop yang baru. Perfect perancangan Allah.

Bila call Team ICT bagitau masalah kita, diorang kata akak datang je opis kak. Nanti kat sana diorg tolong back up file yg ada dalam laptop lama.

Nak back up sendiri takde pendrive atau external hard disk. Ada tu ada, tapi kat ofis la. Memang takde bayangan nak back up sendiri. Elokla bagi ke team ICT ni yang buat.

Alhamdulillah dah dapat laptop baru

cara jaga bateri notebook, cara jaga bateri laptop

Syukurla walau KL dan Selangor diumumkan PKP ada juga jalan yang tiada roadblock. Jadi taklah cemas nak bersoal jawab.

Alasan ada tapi yang takde surat kebenaran merentas negeri.

Jadi bila tanya kat suami, katanya ikut Federal Highway. Insha Allah selamat. Dan betul, memang tiada roadblock waktu ni.

Cara jaga bateri laptop

Waktu kat HQ dan urusan back up oleh team ICT. Diorang ada ingatkan saya supaya lebih berhati-hati guna laptop baru ni supaya tahan bertahun lamanya.

BACA  (Gambar) Natasha Hudson pula Bertudung

Ada a few tips diorang kongsikan. Jadi saya share kat sini juga untuk pengajaran kita bersama-sama. Risau juga kalau laptop buat hal ni, memang tak jalan kerjalah. Lagi satu takut kalau file yang ada dalam laptop tu plak tetiba hilang kan.

Bab IT ni kita bukan pandai sangat wak!! Sebab itulah saya pun saya kongsi tips ni supaya kita sama-sama beringat.

Tabiat yang perlu dielakkan

1)    Elakkan dari selalu mengecas bateri 

Setiap bateri laptop mempunyai jangka hayat lebih  kurang 300 ke 500 pusingan cas.

Cabut charger, gunakan kuasa bateri dan kemudian gunakan charge balik adalah satu pusingan. Jadi dinasihatkan jangan menggunakan kuasa bateri sehingga habis sepenuhnya. Tinggalkan sekurang- kurang 5% ke 10% dari kuasa yang ada.

Adalah lebih baik jika kita menggunakan bateri selama satu jam kemudian cas balik penuh (ini dikira satu pusingan).

2)    Pastikan bateri laptop habis kuasa sepenuhnya setiap 30 pusingan cas.

Kemudian cas semula. Ini akan membantu mengembalikan kuasa optimum bateri.

Tips ni saya pun tak pasti macamana nak monitor tu. Tapi kalau korang rajin, sila ambil nota setiap kali pusingan cas habis. Cukup 30 pusingan dah tahu nak buat apa kan?

3)   Monitor kuasa bateri satu-satu masa

Sekiranya kita merancang tidak menggunakan bateri untuk lebih dari 3 minggu, pastikan korang menyimpan sekurang kurangnya 50% kuasa dalam bateri itu.

Jika laptop ditinggalkan dengan kuasa yang penuh, bateri akan bengkak dan tidak boleh menyimpan banyak kuasa lagi.

Tapi kalau laptop tidak menyimpan kuasa langsung, dikhuatiri bateri tidak boleh dicas semula.

4)     Elakkan kepanasan

Kepanasan boleh mengurangkan kapasiti menyimpan kuasa bateri. Jangan guna laptop di permukaan yang memerangkap haba seperti kain, kusyen, kulit, sofa, peha anda, selimut dan lain lain.

BACA  Ikan patin tempoyak, Temerloh Catering, Shah Alam

Alamak kita masa WFH memang pernah buat kerja atas tilam. Tapi tak beralas pula dengan meja kecil. Owh baru tau tak boleh rupanya ya.

Gunakan notebook cooling pad dan pastikan permukaan yang anda gunakan tidak mempunyai habuk.

5)     Elakkan terlebih cas (overcharging) –

Elakkan terlebih charge (overcharging)  Ini kerana ia boleh menyebabkan kepanasan dan mengurangkan kualiti bateri tersebut . Cabut charger apabila indicator bateri menunjukkan 90 % ke 100 %.

6) Shut down properly

Last sekali tak lupa nak ingatkan korang tutup atau shut down laptop dengan sebaiknya. Sila close semua aplikasi yang kita guna contohnya ms words, excel, folder dan sebagainya. Kalau tak di tutup sebaiknya, boleh menyebabkan laptop lambat selepas tu.

Olahan Info dari sini

Ok itu sahaja perkongsian saya tentang cara jaga bateri laptop ni. Semoga entri ni bermanfaat memandangkan kita dah mula membiasakan diri dengan suasana WFH.

4 thoughts on “Cara jaga bateri laptop supaya boleh bertahan 5 tahun”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: