Cosmoderm Perfect Balanced Review.
Selalu orang tanya saya, apa produk saya pakai? Sebab kulit muka flawless tanpa jerawat?
Anak yang sulung pun jeles dengan kulit muka ibu ni. Sampaikan tanya kenapa kulit muka Najwa tak macam muka ibu? Ibu takde jerawat.
Ya kulit muka saya ni syukurlah kurang jerawat. Bukan takde langsung jerawat, ada tu ada. Tapi tak ketara.
Masalah saya paling ketara ialah jeragat dan bintik hitam. Untuk jeragat ni dah bermacam produk saya guna, sampailah saya jumpa produk Cosmoderm.
Cosmoderm Luminious Pearl Dark Spot Corrector review
Dah lebih 4 tahun saya setia dengan Cosmoderm yang packaging hijau putih. Memang sesuai dengan kulit muka.
Saya memang amalkan apply satu set dari cleanser sehingga krim UV. Dan paling best, untuk pudarkan jeragat saya Cosmoderm Luminous Pearl Dark Spot.
Masa mula-mula pakai, risau juga sebab keesokan harinya kulit muka saya mengelupas. Tapi tak menyakitkan. Saya tarik kulit muka tu slowly, sebab akan nampak mengelupas kalau ke pejabat.
Orang kata beauty is pain kan. Jadi nak cantik tu, apapun boleh hahaha.
Biasa dalam 3/4 hari macam tu akan nampak kulit tu tertanggal. Lepas kita jarakkan penggunaan, barulah ok. Saya pakai sebulan dalam 4 kali kot macam tu.
Tapi setelah pakai beberapa bulan, jeragat tu makin pudar. Kalau nak dibandingkan dengan sebelum ni, memang lepas cuci muka boleh nampak jeragat bermaharaja lela.
Tapi cerita jeragat ni yang pentingnya kena pakai sunblock atau sunscreen. Sebab jeragat tu adalah berpunca dari sinaran matahari yang terkena pada kulit muka tanpa protection krim UV.
Cosmoderm Perfect Balanced review
Dan nak cerita Cosmoderm ada keluarkan set Perfect Balanced yang baru ni. Dalam set ni ada 4 langkah atau 4 produk untuk kegunaan harian.
Pertama sekali bila tengok packaging ni terus saya JATUH HATI. Warnanya pink dan sangat cantik!. Terus tak sabar nak cuba.
Saya dah cuba dan sangat sesuai dengan kulit saya. Lagipun set Cosmoderm Perfect Balanced ni memang sesuai untuk semua jenis kulit.
Dari pencuci muka, toner, moisturiser dan krim uv, semuanya tidak melekit dan meresap ke dalam kulit secara sekata. Alhamdulillah tiada jerawat yang timbul selepas gunakan produk ni.
Nak tau cara guna? Ok mulakan langkah demi langkah ya.
- Foaming Cleanser – Cuci muka dengan cleanser
- Toning Lotion – Dapkan pada muka gunakan tisu muka
- Soothing WOW cream – sapukan pada kulit muka selepas gunakan toner
- Sun Milk SPF 25PA ++ – Lindungi wajah dari sinaran matahari
Kemudian bolehlah apply foundation, bedak dan akaesori yang lain. Saya pun walau WFH masih menjaga kulit muka dan pastikan pakai pelembab untuk elak kulit kering.
Kita kan menghadap laptop setiap hari. Jadi kecantikan kulit muka perlu dijaga.
Apa fungsi 2 bahan utama ni?
Perfect Balanced range menggunakan Prebiotic dan Calamine sebagai bahan utama yang membantu untuk menyihatkan kulit.
Prebiotic dan Calamine ni kebaikannya dapat meredakan kemerahan pada kulit dan juga membantu untuk mengeringkan jerawat. Perfect Balanced Range sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.
Yang pastinya produk Coamoderm ni memang tidak mengandungi paraben, fragrance, Artificial Colorant dan SLS/SLE.
Jadi gunakan dengan yakin tanpa ragu-ragu.
Harga setiap satu Cosmoderm Perfect Balanced
Kalau korang nak dapatkan Cosmoderm Perfect Balance, boleh beli di Watson Store dan juga Watson Online. Tak lupa jom follow IG dan FB Cosmoderm untuk promosi dan update terkini.
Cosmoderm rajin buat promosi dan contest tau. Jadi sila follow rapat-rapat untuk menang produk percuma. Mana tahu ada rezeki dapatlah produk percuma. Sekian daaa
Menarik ni… boleh cuba nanti…
Wow there product is even enriched with prebiotic? Must be really good then.
Wah..menarik kaler pink ni..brand ni pun memang dah establish kan
Wah bestnya muka x de jerawat… teringin juga nak mencuba set cosmoderm ni. Betul cantik packaging.