Ok entri kali ini saya nak kongsi dengan korang harga set corningware dan periuk vision di Langkawi. Bila sampai di Langkawi hati ini membuak-buak nak tengok pinggan mangkuk dan coklat.
Kata orang kalau dah sampai sini, tak sah kalau tak memborong pinggan mangkuk.
Saya dah lama mengidam nak beli set Corningware, tapi tengok harga kat KL jauh beza dengan di Langkawi. Jadi bila dah sampai Langkawi, tak masa nak tengok-tengok dah terus grab je.
Menyinggah di Rams
Antara kedai popular di Pekan Kuah yang menjual barangan ini ialah Rams yang letaknya berhampiran di Kompleks Pekan Rabu, Kompleks Haji Ismail Group dan Idaman Suri.
Saya survey harga dan bila dah confirm pilihannya terus bayar je. Huhu nanti survey banyak kali terus pening sebab semuanya cantik-cantik belaka. Waktu saya pergi ni, hari Rabu dan tak ramai sangat orang waktu.
Bolehla nak tengok-tengok dan buat perbandingan harga.
Semua pun berkenan
Kalau ikutkan memang nak beli macam-macam. Tapi duk memikir luggage tu 40kg je, jangan meraban beli ikut nafsu ye kak ton. Tengok kuali nak beli, tengok set pisau nak beli, tengok itu ini semua nak belilah.
Hehehhehe tengok nafsu kan, jadi sabor ye, kita dahulukan yang utama dulu ;).
Kalau korang bandingkan harga set ni zaman dolu-dolu memang jauh bezanya dengan sekarang ni. Bezanya dulu muda mudi lagi, jadinya jiwa mak-mak belum terbit di dada, so bila anak dah 3 barulah jiwa mak-mak muncul.
Hmm tapi itulah time ni pulak mahal regenya. Tapi masih dikira murah kalau nak banding harga di tempat lain.
Nak tak nak belilah jugak, teringin…Lagi satu saya suka masak, jadi memang eloklah beli dari memendam rasa je nanti ;).
Teringat pesan mak
Mak saya pesan,
“ekau boli pomanggang ajaib tu Ju, elok bonar mak masak guno tu, ekau boli kek sano murah”.
Ohoiiii mak den, eden memang nak boli tapi bilo memikir nak ngusung ea tu karang, den lupokan niat murni tu.🤣. So saya taklah membelinya.
Bila dah sampai KL, teringat-ingat, kalau mak saya tahu ni, mesti kene bebel doplohpatjam hehehhe. Sebab murah, takleh dapat harga macam ni kat tempat lain.
Kaki saya ni ringan je melangkah tengok set pinggan mangkuk dan periuk kaca tu. Geram rasa nak borong semuanya hehehe.
Sabar-sabar. Suami saya tunggu di luar je, dia tahu saya ni jenis tengok kejap, pastu pusing tempat lain, datang lagi, pusing lagi.
Semak kepala dia menengoknya, jadi dia redha tunggu kat luar dengan anak-anak :). Aman je rasanya membeli belah dengan begitu konsentrasi sekali.
Harga set Corningware, Corelle, Visions Di Langkawi
Biasanya jenama yang orang selalu cari ialah Corelle, Visions, Corningware, Tefal, Pyrex dan macam-macam lagi. Harga memang murahla berbanding di KL.
Saya beli set Corningware RM389 yang saiznya 5 liter, 3 liter dan 1 liter. Boleh digunakan untuk memasak atas dapur dan microwave.
Tahan lasak, tahan haba dan boleh dibuat untuk dihidang atas meja juga. Yang best ada penutup kaca dan plastik juga.
Baru puashati bila dah dapat apa yang dingidamkan tu. Pendek kata barulah lena tidur malam Kak Ton. Kat kaunter bayaran nanti kita boleh suruh cashier bungkus berlapis dengan surat kabar. Biar cantik molek sebab nanti nak bawak masuk flight.
Saya risau juga kalau pecah ke apa kat tempat bagasi tu nanti. Jangan lupa mention kata barang tu barangan kaca masa nak check in nanti ye. Dan diorang akan letak fragile sticker kat situ.
Sesungguhnya bila sampai di rumah terus saya check barangan Corningware ni dan Alhamdulillah keadaannya elok-elok sahaja. Syukur hahaha. Takde yang pecah dan retak.
Kompleks Haji Ismail Group
Kebanyakan design pinggan mangkuk yang ada di Rams tiada di kompleks HIG ni, tu yang saya beli je di Rams. Tapi kalau coklat, emmm pilihannya banyak di HIG ni. Terbahekk sangat 😉
Jadi penting untuk buat perbandingan harga di Langkawi ni. Supaya pembelian tu berbaloilah dan sesuai dengan bajet poket kita.
Alhamdulillah dah settle haul untuk Corningware dan coklat. Seronoklah percutian kali ni sebab dapat penuhi masa untuk keluarga. Sambil tu dapat beli belah juga.
IKLAN: JOM MEMBELI BELAH DI BUTIK ALIANAJIHA!!!
FB : https://www.facebook.com/ButikAlianajiha
IG : instagram.com/butikalianajiha/
Wah..seronok la Aju shopping di Langkawi..memang dengar cerita murah2 set pinggan mangkuk kat sana..
Waaa best nyer semuanyer pinggan corelle i loike…nak jugak..biler nak gi langkawi nih…kalo saya mau berejam duk kedai tu belek2 lepas tu berangan..dapat beli satu set pun jadi la..hehe
Kalau naik flight memang ada batasan sikit nak memborong. Kalau naik kereta tak tahu la macam mana gamaknya. Haha
langkawi memang syurga para wanita berbelanja barangan dapur..
aku mmg ngidam priuk yg boleh tenggek atas api tu…sbb pas masak bole aku idang dgn periuk sekali.
kalau set pinggang mangkuk baik beli kat RAMs tak silaplah,,,sana mmg lebih murah,.
wah..seronoknyer kalau dpt shopping mcm kan aju..tp mmg jenuh la nk bawak balik..
Barang pecah belah (kebutuhan dapur) di sini banyak dan sangat lengkap
Kalau saya ada di sana sudah borong banyak tu hehehe 😀
dugaan dan nafsu membeli belah di Langkawi memang sangat tinggi…hoho
Wahhh mmng rambang mata dibuatnya…
Kalau pergi Langkawi mmng tak sah kalau tak sambar pinggan mangkuk..
ini tempat sangat bahaya untuk gadis-gadisss dan makcik-makcik woo..
Cantik2 semuanye..memang rambang matalah dibuatnye.. 🙂
mmg juling bijik mata kalau kaum hawa nmpk bnde2 gini kann… :p
Hahaha…agak excited gitu aju ekk..mujurlah orang rumah saya tak macam ni..kalau tak pokai dah saya..hahaha
Set mangkuk ppum mcm u bli tu skrg ade offer kat member jual… Rm290… 5bradik… N comell set smua murah2 dr rais… Stock clearance
Tengok kat mana kancil kelabu?
pompuan pantang tgk pinggan mangkuk. huhu