Kesan makan ais batu sehingga ketagih

Kesan makan ais batu sehingga ketagih.

Dalam 5 orang anak saya ni, anak nombor 2 memang suka kunyah ais. Kunyah ais macam makan keropok.

Setiap hari, dari pagi sampai ke patang. Tak sah kalau tak kunyah ais.

Dialah yang bekukan ais tu dalam freezer dan dia juga yang pastikan bekalan ais takkan putus. Kalau ikutkan saya dan yang lain-lain memang tak minum ais.

Perangai anak kedua ni memang agak sukar dijangka 😉 ke? Ada je yang pelik-pelik untuk dikaji haha.

Kesan makan ais batu sewaktu hamil

kesan ketagih makan ais, makan ais ketika mengandung

Tapi teringat saya masa mengandungkan anak pertama dulu. Waktu tu dah 7-8 bulan. Suka betul kunyah ais.

Orang kata tak elok risau baby besar. Tapi Alhamdulillah lahir normal dengan berat 3.02kg. Dan setakat tu, saya ada tanya doktor.

Tapi doktor kata tak memudaratkan. Tapi hati-hati juga risau tercekik ais. Arghh sudah kan!

Baca–> Pengalaman bersalin anak ke 5 dan komplikasi pendarahan

Tabiat mengunyah ais batu

Saya bukan apa, risaukan kesihatan anak saya. In case ada mudarat pada diri dia. Bila saya google, terjumpa artikel ni.

Tabiat suka kunyah ais ni dipanggil Pagophagia. Keinginan ini boleh berterusan dan sering berlangsung selama lebih daripada sebulan.

Pagophagia adalah gangguan makan yang jarang berlaku dan juga dikenali sebagai pica. ‘Pica’ adalah satu terma perubatan yang membuatkan kita ingin mengunyah atau makan sesuatu yang tiada nilai nutrisi seperti ais, kapur, kertas, pasir, batu dan sebagainya.

Eh seram plak baca nama gelaran tu kan. Ok sambung baca lagi.

Walaupun kanak-kanak pada umumnya lebih cenderung untuk mengidap nafsu pica, pagophagia boleh menjejaskan juga kepada orang dewasa dan kanak-kanak.

BACA  Pendaftaran Online Murid Darjah 1 sesi 2012

Faktor yang menyumbang untuk kunyah ais batu

1) Kekurangan zat besi (Anemia)

Beberapa kajian menunjukkan bahawa individu yang mengambil cukup zat besi (8-18 mg zat besi sehari) jarang mengalami pagophagia. Orang yang kekurangan zat besi didapati mengalami keradangan lidah dan ais dapat mengurangkan keradangan ini. Kajian juga menunjukkan bahawa apabila kekurangan zat besi dirawat, katagihan ais juga akan pulih.

2) Masalah emosi

Beberapa isu emosi juga boleh mendorong kepada tabiat mengunyah ais. Sebagai contoh, seseorang yang mengalami tekanan boleh mengunyah ais untuk menenangkannya. Gangguan Obsesif Kompulsif (OCD) juga boleh menjadi puncanya. OCD adalah keadaan kesihatan mental yang membawa kepada tingkah laku kompulsif atau fikiran yang obsesif.

Alamak harapnya anak saya ni tiada kaitan dengan masalah emosi. Setakat ni memang cuba jaga emosi anak-anak supaya tenang di kala PKP 2.0 ni.

3) Dehidrasi

Dehidrasi ringan juga boleh menyebabkan orang mengidamkan ais ais. Kiub ais sejuk boleh melembapkan mulut dan bibir kering selain menghilangkan rasa dahaga. Ia juga boleh membantu menurunkan suhu badan pada hari yang panas.

Simptom dehidrasi ringan adalah dahaga dan air kecil berwarna gelap. Sesiapa yang mengalami simptom dehidrasi yang lebih teruk, seperti kejang atau rasa pening perlu mendapatkan rawatan segera.

Kesan sampingan PAGOPHAGIA

Ada beberapa artikel yang saya baca dan nampaknya tabiat kunyah ais ni tiada kesan mudarat. Maksudnya ia tidak mempunyai apa-apa kesan negatif ke atas organ-organ badan ataupun menyebabkan apa-apa jenis penyakit serius.

Walau bagaimanapun apabila ianya menjadi tabiat dan obsesi, tentu ada masalah sampingan yang boleh dialami. Terdapat sekurang-kurangnya 4 kesan sampingan akibat ketagihan ais ini:

BACA  Scan Ultrasound 3D/4D..

1. Mengunyah dan menghisap ais secara berpanjangan boleh memberi tekanan kepada gigi dan gusi anda. Ia boleh menipiskan lapisan enamel dan juga menyebabkan gigi berlubang dan pecah. Anda boleh mengalami kerosakan gigi. Apabila anda melakukan rawatan gigi seperti “fillings” dan “crowns”, ais yang anda kunyah boleh menjejaskan rawatan ini. Bahagian kiub ais yang tajam juga boleh mencederakan mulut, gusi dan lidah.

2. Anda berisiko tersedak kiub ais masuk ke dalam paru-paru (choking). Adoi minta dijauhkanlah hendaknya. Tak larat nak larang dah sebenarnya. Setiap hari without fail anak saya mengunyah ais.

3. Seperti yang dinyatakan di atas, salah satu sebab seseorang itu ketagih kiub ais adalah supaya ia dapat mengurangkan pengambilan makanan. Ini jika berlaku dalam masa yang panjang boleh menyebabkan kekurangan zat makanan ataupun malnutrisi.

4. Tabiat mengunyah dan menghisap ais yang kerap dan dilakukan di tempat-tempat awam ini dianggap sebagai tabiat buruk. Mengunyah ais akan mengeluarkan bunyi yang mengganggu orang sekeliling dan orang lain akan menganggap ianya satu tabiat yang pelik.

Rumusan kesan makan ais batu

Kesimpulan yang dapat dibuat di sini, mengambil air ais dalam kuantiti yang sederhana tidak memudaratkan badan. Kepercayaan bahawa meminum air ais menyebabkan pelbagai penyakit lelaki dan wanita adalah tidak benar sama sekali.

Malahan ais boleh digunakan untuk mengurangkan banyak gejala-gejala seperti bengkak, kesakitan, keradangan, sakit mulut, loya dan muntah.

#HealthDrZubaidi

Saya harap artikel ini dapat memanfaatkan semua. Risau kan jadi parents ni. Kita akan tengok setiap anak tu peel nya berbeza. Sentiasa nak kena pantau dan cari kesan jika sesuatu perangai pelik tu timbul. Hahaha.

BACA  Layan bot itik, Tasik Riadah di Shah Alam

Perangai pelik lain tu takdelah setakat ni. Cuma suka kunyah ais batu je dan harapnya tak berpanjanganlah tabiat ni.

2 thoughts on “Kesan makan ais batu sehingga ketagih”

  1. Nice info.. Sy mmg ada tabiat suka makan ais.. Sehari tak beli mmg x sah,, mmg x bagus sbnarnya.. Maybe next time bole share langkah2 tuk hilangkan ketagihan kunyah ais

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: