Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) Tahun 2020

Ujian kecenderungan kemasukan MRSM (UKKM)

Semakan menduduki UKKM 2020

Sebelum ni anak saya ada memohon untuk belajar di MRSM. Rasanya kami pilih di area Selangor la.

Dan setelah semakan dibuat di laman web MARA (http://mrsm.mara.gov.my/) nampaknya dia berjaya mendapat panggilan untuk menduduki ujian kecenderungan kemasukan MRSM.

Memang seronok, mana tahu ada rezeki untuk dia belajar MRSM kan. Memang itu cita-cita dia dari Form 1, nak masuk asrama katanya. Ibu abah doakan dan kita pun usaha, mana tahu berjaya.

ujian kecenderungan kemasukan mrsm tingkatan 4

Dan just nak maklumkan, jika semakan dibuat di lawab web, anda akan akan dapat melihat maklumat berikut:

  • Nama
  • No Kad Pengenalan
  • Tempat Ujian
  • Tarikh Ujian
  • Masa
  • Surut menduduki Ujian (yang boleh dimuat turun)
  • Lampiran 2 – Borang Deklarasi Kesihatan (COVID-19) (yang boleh dimuat turun)
  • Surat Kebenaran Khas Merentas Negeri/ Daerah (yang boleh dimuat turun)

Walau dah ada surat kebenaran khas merentas negeri, kami tetap ke balai polis berdekatan dengan rumah untuk dapatkan pengesahan merentas negeri. Risau sebab tempat ujian tu jauh. Kalau kena patah balik kan dah satu hal.

Jadi untuk selamat, kami ke balai polis beberapa hari sebelum hari ujian tu. Lega dah settle dan dapat pengesahan polis on the spot.

Tahun 2020 yang banyak dugaan

Tahun 2020 ni memang mencabar untuk semua  kan?. Sepatutnya anak saya dijadulkan menduduki UKMM 2020 pada 14.10.2020 tapi apakan daya terpaksa ditunda kerana PKPB.

Tunggu punya tunggu, PKP 2.0 pula diumumkan. Dan pada 15.01.2021, saya menerima SMS yang mana memaklumkan anak saya terpilih menduduki UKKM dan alhamdulillah terkini tarikh telah dimuktamadkan.

Bila buat semakan, tempat ujiannya adalah di MRSM Trolak. Tak dapat ibu nak temankan kakak sebab maksimum satu kereta 2 orang ya. Jadi kita biarkanlah si abah dan anak sulungnya merentas negeri berdua.

BACA  Tukar Pelan Celcom dari P148 ke First Basic 85

Biarlah saya tak ikut pun, silap-silap terbang pulak RM1,000. Walau teringin nak makan mee udang hahaha, tapi pesan ajelah dengan abahnya.

Kalau ada, tu adalah. Kalau takde, silalah masak sendiri. Masa PKP kan masing-masing boleh masak macam-macam menu baharu. Hihi geli hati.

BACA–> Pengalaman menduduki Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh

BACA–> Prosedur Pertukaran Sekolah

Dokumen yang perlu dibawa

Ukmm mara 2020

Kalau tengok senarai dokumen yang saya tunjuk di atas. Perlu muat turun dokumen tu semua dan lengkapkan ya. Jangan berlenggang kangkung, mak limah sayang pulak ke tempat ujian tu nanti.

Mak ayah kena ingatkan sekali, kalau nak harap anak. Risau dia terlepas pandang, almaklumlah dia pun sibuk nak buat ulangkaji. Ha kat sini saya ingatkan untuk bawa bersama dokumen di bawah ni.

  1. Berpakaian sekolah lengkap (pelitup muka jangan lupa ya)
  2. Kad pengenalan calon (MyKad/MyKid)
  3. Surat  menduduki ujian UKKM
  4. Borang Deklarasi Kesihatan (Covid-19) yang telah lengkap diisi.
  5. Alat tulis (pensil 2B atau BB, pemadam pensil dan pengasah pensil)

Contoh soalan ujian kecenderungan kemasukan mrsm 2020

Saya dan anak ada juga google contoh soalan UKKM ni kan. Untuk makluman soalan adalah berbentuk objektif dan berikut adalah informasi mengenai subjek dan format Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM yang saya dapat dari blog therohani.com.

Mengikut pengalaman anak saya, ujian di jalankan di makmal komputer sekolah. Dan dijawab menggunakan komputer. Jadi memang tidak menggunakan alat tulis. Tapi boleh aje bawak untuk stand by.

#1 Matematik

Masa menjawab untuk subjek Matematik ialah 30 minit sahaja. Ada 20 soalan objektif yang perlu dijawab.

#2 Bahasa Inggeris

Masa menjawab untuk subjek Bahasa Inggeris juga ialah 30 minit sahaja. Walau bagaimanapun, hanya ada 15 soalan objektif sahaja yang perlu dijawab.

BACA  Promosi Back to School Sunfeet, kasut kesihatan kaki anak anda

#3 Sains

Subjek Sains mempunyai 30 soalan objektif. Masa menjawab dihadkan kepada 30 minit sahaja.

#4 Ujian Keperibadian

Ujian Keperibadian mempunyai paling banyak jumlah soalan iaitu 100 soalan. Dengan soalan yang banyak ini, masa yang ditetapkan cuma 30 minit sahaja.

Tips menjawab soalan UKKM

Ujian kali pada tahun ini merangkumi subjek SAINS, MATEMATIK, BAHASA INGGERIS & UJIAN KEPERIBADIAN. Semua ujian adalah dalam bentuk objektif.

Kalau nak memohon ke MRSM, jangan lupa rujuk FLIPBOOK MRSM 2021. Dalam tu ada banyak maklumat untuk permohonan. Jadi, adik2 boleh bersedia dari sekarang! All the best!

Semoga entri ini bermanfaat untuk anak-anak yang bakal menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM.

Ibu doakan kak long berjaya dalam apa jua bidang yang diminati. Ibu abah sentiasa menyokongmu.

3 thoughts on “Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) Tahun 2020”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: