3 hotel ‘staycation’ berbaloi dan menarik di Kuala Lumpur.
Lama betul tak pergi bercuti dan tidur di hotel. Usah kata jauh, yang dekat pun belum tentu boleh pergi. Mana taknya kes Covid-19 masih banyak dan membimbangkan.
Memang takut nak keluar rumah dan berjalan sana sini. Tapi, makin lama macam ni, makin rasa menyesakkan.
Tiba-tiba terus teringat nak bercuti seketika. Teringin betul nak berehat dari kesibukan kerja dari rumah, ditambah dengan menguruskan anak-anak belajar online.
Faham-faham ajelah kesibukannya tu kan. Berkali ganda. Nak kerja, nak uruskan rumah dan nak settlekan anak-anak dengan kerja sekolah diorang.
Apa syoknya ‘staycation’ ni?
Bila dah berpenat menguruskan hal kerja dan rumah tangga, I need a staycation, please!!
Staycation ni kelebihannya adalah kita tak perlu memandu jauh untuk pergi bercuti dan menenangkan minda sambil merehatkan badan. Cukuplah hanya bercuti di sekitar ibu kota contohnya sekitar Kuala Lumpur.
Percutian yang menjimatkan kos dan masa.
Kita pun tak perlu bawa banyak beg dan baju. Just for having fun! Sesuailah sangat untuk kita yang nak bermalas-malasan di hotel tanpa memandu jauh sambil mengisi masa terluang dengan keluarga.
Owhh impian sangat ni.
Sebenarnya banyak hotel yang cantik-cantik dan selesa yang ada di sekitar ibu kota. Sesuai dengan bajet poket kita jugak. Google je hotel in Kuala Lumpur, akan banyak terpampang senarai hotel yang menarik untuk ditempah.
Bila tanya anak-anak, nak pergi bercuti tak? Diorang kata nak!! ibu sewalah hotel yang ada swimming pool atau yang ada bath tub.
Biasalah budak-budak itu ajelah keinginan diorang. Dah tau, nak pergi hotel mesti nak mandi kolam.
Kalau tanya saya, hotel mana saya nak pergi untuk staycation?
#1. Hotel Tamu, Kuala Lumpur.

Gambar dari Google
Kenapa pilih hotel ni?
Sebab hotel ni ada pemandangan yang cantik di waktu malam dan swimming pool yang besar. Hotel yang selesa dan kemudahan di sekitarnya yang menarik.
Saya pernah bermalam dan berkursus di Hotel Tamu. Memang selesa fasiliti yang ada. Dan rate bilik pun berpatutan juga, iaitu RM245 untuk satu malam.
Bolehla bawak anak-anak bermalam di sini, dan menikmati keindahan lampu di Kuala Lumpur.
Kalau dulu suka pilih percutian yang jauh misalnya di tepi pantai dan jauh dari kesibukan kota. Tapi sekarang ni percutian dalam bandar dan dalam masa yang pendek contohnya hujung minggu, pun dah mencukupi.
Hotel Tamu di lokasinya di Kampung Baru Kuala Lumpur. Kat sini dikelilingi tempat makan yang best-best dan pasar yang menjual kuih muih tradisional yang best. Antaranya Nasi Lemak Antarabangsa, Ikan Bakar, Suraya Seafood dan banyak lagi.
#2. The Chow Kit Ormond Hotel

Gambar dari The Chow Kit Ormond Hotel
Hotel ni terletak di Chow Kit dan berdekatan dengan pelbagai tempat menarik untuk dikunjungi. Sambil singgah shopping bolehla berehat di hotel ni.
Rekaan dalaman hotel ni cantik tau! Hiasan dalamannya bercirikan vintaj ala kolonial mewah. Selesanya, dapat tidur hotel yang cantik macam ni.
Harganya serendah RM134 untuk satu malam termasuk sarapan pagi untuk 2 orang. Hmm ok tu.
Sesekali bawa yang tersayang bercuti bersama, alangkah nyamannya.
Teringin nak berbulan madu berdua bersama suami. Hmm mana tahu pulak dapat baby PKP hahaha.
#3. Hotel Royal Chulan
Sebelum saya menginap di sesebuah hotel, saya akan baca review pengunjung yang ditunjukkan di laman web. Saya search hotel in Kuala Lumpur atau carian ikut pilihan hotel.
Rata-rata memberikan komen positif kepada Hotel Royal Chulan terhadap kebersihan, fasiliti, lokasi dan keselesaan bilik.
Kadar sewa hotel satu malam adalah RM199 termasuk sarapan pagi. Tengok sahajalah hiasan dalaman bilik hotel ni. Nampak mewah kan.
Percutian ini yang diimpikan semua orang. Bagi rehat sikit badan yang dah lama tak bercuti ni.
Balik dari bercuti harap-harap banyaklah dapat idea yang bernas untuk yang bekerja atau berniaga sendiri.
Patuhi SOP ketika bercuti
Sepertimana kita tahu walau ke mana kita pergi, perlu patuhi norma baharu. Semua premis dan tempat yang kita kunjungi mewajibkan kita memakai pelitup muka, cek suhu dan mengimbas kod untuk tujukan perekodan.
Begitu jugalah percutian norma baharu ini kan. Jadi jomlah kita sama-sama patuhi peraturan yang ditetapkan untuk sentiasa berasa dalam keadaan yang selamat dan terjaga.
Jangan lupa bawa pelitup muka dan hand sanitiser sentiasa ya.
Kita doakan Covid-19 segera pergi dan kita dah boleh mula bercuti.
Thanks for sharing these 3 awesome hotels for staycation. They look great and comfy.
rindu nk staycation..rindu nk tido hotel
Hotel Tamu tu memang dalam senarai . Best kalau dapat menginap kat situ sebab dekat dengan macam-macam tempat makan yang best. Jalan kaki jer dah boleh explore KL. Nanti nak cuba jugak selepas PKP tamat.
cantiknya dan nampak mewah. dah lama tak keluar sejak mula pandemik. rasanya last keluar vacation masa di raub, pahang
Yeah…..I had a staycation at Hotel Tamu last year. It was quite good. I like the location there. Would like to try the other two kalo bersekesempatan. Thank you for your recommendations.
i pun suka staycation. kadang stay hotel in my area je. hehe saja nak ada new environment
Rawlins penah duduk Royal Chulan. So lepas PKP nak try yanv dua lagi tu. Ajak kengkawan lepak kan! Adush!!! Cepat la habis Covid ni
semua hotel ni saya tak pernah dengar. terima kasih sudi share info-info macam ni. semua nampak mewah-mewah.
Boleh terjah yg chowkit tu. Menarik bilik dia. Huhu kita rindu la nak jalan2 pi hotel staycation. Sian anak2 boring
Hehehe. Masa time Pandemik COVID-19 ni memang banyak hotel buat promo. Semua murah dan berbintang tau. Tinggal pilih je nak yang mana nak. Ruby ingat nak pi Royal Chulan tu. Dekat skit. Hahaha.
Ok thanks for sharing this, i also plan to go for a short staycation in the city when MCO is lifted.
Ya Allah rindunya nak staycation dan holiday..
Dah tak tau nak wishlist macam mana dah… nanti ke Kuala Lumpur boleh staycation tempat di atas tu..ramai kata Royal Chulan tu best..
Semua list ni tak pernah cuba lagi. Marina pon suka duk hotel. Sesekali nak lapangkan minda
The Chow Kit Ormond tu lom pernah gi lagi. Haha sejak Covid ni adoiii..bygkan blogger yg niche travel lagi laaa mati kutu..krik2 rasa haha..nak gi mana2 semua tak boleh kan..huhu
Tak pernah tahu lagi pasal Hotel The Ormond dekat Chow Kit tu. Selalu nampak kawan buat konsep staycation ni tapi belum sempat nak merasa lagi
Nasib MCO 2.0 ni hotel masih dibenarkan untuk beroperasi kan.. Teringin nak pergi staycation lagi la.. ketiga2 hotel yang sis share ni, i tak pernah merasa lagi… cantik2 interior mereka kan.. nampak sangat classy..
Hotel Tamu tu mmeg masuk dlaam list. Bestnya kalau dapat staycation kan. Cepatla habis covid, penat tengok benda sama je..hahaa
I miss my hotel staycation so much after reading this post & viewing all the beautiful photos of each hotel. Wish I can enjoy a staycation soon 😀 cheers, siennylovesdrawing
thanks for this amazing and useful list! you are right, mmg berbaloi and the hotel pn cantik2 and very comfortable. cannot wait to travel domestically again after the pkp!
best juga kan staycation ketika musim sekarang nak travel jauh2 pun susah. banyak hotel best2 nak spend quality time dengan anak-anak
i need a staycation too
Ketiga-tiga hotel ni memang kita tak pernah sampai lagi dan dalam list nak duduk bila dah habis PKP nanti nak cari masa untuk berehat dan juga meredakan minda hehehehhe.. Best lama tak duduk hotel mewah macam ni hurmmmm…