Cara legakan sakit leher dan bahu akibat salah bantal.
Pagi ni bangun tidur, terasa sakit sangat-sangat kat leher dan sakit bahu kiri. Nak bangun dari tidur tu masha allah, sakitnya rasa!!
Sampaikan waktu tengah tidur pun, rasa tak boleh nak toleh kiri dan kanan. Rasa sakit yang teramat sangat. Tidur pun asyik terjaga-jaga. Kalau kita kalih tidur ke kiri atau mengiring sebelah kanan. Sakit betul!!
Tak tertanggung rasa sakit tu. Sebenarnya dari malam sebelum tu dah terasa sakit leher. Jadi suruhlah anak sapukan minyak dan urut sikit.
Sudahnya pagi tu lagi bertambah sakit leher ni sampai ke bahu kiri. Tak boleh nak cerita sakitnya hahaha. Walau dah makan Panadol Extend 2 biji masih juga tidak melegakan.
Punca sakit leher, tengkuk dan bahu sebelah kiri

Gambar dari Google
Betul ke sakit leher ni disebabkan salah tidur atau salah bantal? Rasa tidur tu macam biasa je tapi bila tiba-tiba je jadi macam ni, terus cek satu-satu puncanya.
Sebenarnya sakit leher atau tengkuk ni oleh disebabkan dari postur kita duduk, berdiri atau mengangkat bebanan. Bila tersalah cara, boleh sebabkan ketidakseimbangan otot dan otot tengkuk menjadi kurang stabil.
Memang pun sebab, Work From Home ni banyak buat kerja di meja makan yang mana tak sesuai dengan cara bekerja di meja pejabat. Kerusi dan meja makan tu tak sesuai untuk duduk terlalu lama.
Susahnya postur badanlah sakit sebab dipaksa untuk bekerja dengan kedudukan yang tak betul.
Lagi satu menghadap smart phone terlalu lama. Menunduk melihat handphone untuk jangka masa yang lama akan menyebabkan otot menjadi tegang dan kaku. Kan?
Cara legakan sakit leher dengan senaman regangan di tengkuk
|
Extensor Stretch
Posisi : duduk/ berdiri |
![]() |
Flexor stretch
Posisi : duduk @ Berdiri |
|
Side Bend
Posisi : duduk @ berdiri |
|
Rotation
Posisi : duduk @ berdiri |
Info dari myhealth.gov.my
Perasan tak kalau sakit leher, kita takut nak menggerakkan leher yang sakit. Rela bergerak macam robot dan keraskan posisi leher dan badan untuk elak rasa sakit?
Hahahah sayalah tu. Sebenarnya salah ya tindakan kita tu. Kalau dah sakit leher, sepatutnya kita kena buat regangan macam kaedah di atas. Buat perlahan-lahan dan jangan terlalu memaksa.
Mula-mula memang sakit Ya Rabbi. Tapi selepas beberapa ketika otot mula lembut. Dan boleh menoleh kiri dengan baik.
Alhamdulillah berkesan sangat cara legakan sakit leher ni!! Ni semua suami saya yang tolong. Dia kata kenapa perlu takut untuk sihat? Buat regangan itulah kaedah paling baik untuk legakan sakit leher.
Letakkan icepack dan hotpack
Biasanya kalau saya sakit bahu atau leher, saya tak berani nak urut sebab risau lebih melarat. Jadi apa yang saya buat adalah buat senaman ringan seperti di atas.
Selain tu, untuk lebih memberi kelegaan pada leher dan bahu yang sakit, boleh balutkan icepack atau hotpack dan letakkan pada tempat yang sakit. Lebih kurang dalam 15 ke 20 minit macam tu.
Hmm memang melegakan. Pernah dengar kaedah bertungku kan? Biasanya bertungku ni orang kata baik untuk wanita selepas bersalin. Tapi sebenarnya bagus juga untuk kita yang tidak berpantang ni.
Memang banyak kebaikan bertungku ni.
Sakit leher kerana stress
Tidak dinafikan stress juga boleh menyebabkan kita terasa sakit di belakang leher. Apa tidaknya, stress dengan anak-anak yang PDPR dan perlu diberikan perhatian lebih. Sedangkan kita juga ada kerja yang perlu disiapkan.
Sebaiknya kita ibu bapa cuba elakkan untuk berasa stress. Kalau kita stress, anak-anak apatah lagi. Diorang juga rindukan suasana sekolah dan rindukan kawan-kawan.
Cuma harapnya kita buat yang terbaik untuk pastikan semua pun rasa bahagia dan belajar dalam suasana harmoni. Dan semoga entri perkongsian cara legakan sakit leher ini bermanfaat untuk semua.
Info yang sangat best !! Seriously memang terasa kesakitan seluruh badan sekarang ..huhuhu . Cuma kesabaran mengatasi segalanya. Nanti Sal amalkan senaman regangan tu
Terima kasih info .. menjadi
Ya Allah terima kasih sebab share! khai paling panik kalau kena ni. dia punya sakit MasyaAllah stress nya kadang sampai boleh berhalusinasi , pernah sampai tidur duduk insyallah akan jadikan ni sebagai rujukan
Bagus artikel nih , memang terus buat ikut gambarajah yang diberi. Salah postur , mengadap laptop dan phone terlalu lama pun punca jugak. Stress pun sama.
Tapi itulah ramai betul yang suka salahkan bantal kalau kena sakit tengkuk…..kesian bantal haaaa …kan kan kan
Thanks for the tips to help alleviate neck pain.
mmg stress bila sakit leher sbb slh bantal
Iza pun selalu fikir cmtu. Bila sakit tengkuk je salahkan tido. Hahah. Banyak cara rupanya legakan sakit tengkuk. Boleh la cuba nanti.
yes. betul ni. sebab aida memang folo youtube one indonesian.
tentang kesihatan. senaman yg elok utk org berumur.
utk org yg ada darah tinggi or masalah jantung.
salah satu tips yg aida dpt dari youtube dia is cara legakan sakit leher gini.
memang ni menjadi satu senaman aida tiap pagi lepas bangun tido.
strecthing skit lebih kurang.
Mmg selalu kena sakit leher sbb salah bantal dan stress.. nanti boleh cuba kaedah ini
Rawlins sekarang memang ada hotpack tepi tilam – just in case. Dulu2 pukul bantal kat leher.
Sis kalau bab salah bantak ni, senang aje, guna laa YokoYoko hahahaha..
Cubalah memang berkesan.. hehehehe
Betul tue, sakit leher bukan hanya berpunca dari cara kita tdo but aktiviti2 waktu siang pun memainkan peranan juga… that’s why sangat penting untuk kita memahami ergonomic untuk jaga postur tulang kita untuk elakkan sakit2 macam ni..
Za selalu dpt stiff neck pagi2 sbb xtido dgn baik. Menyempit dgn anak2 kadang2 bantal pun ntah ke mana. Hahah mmg selalu tuam dgn kain suam.. Baru lega
i am so glad i am reading this article that you wrote! i wake up with back pain almost everyday because i thought i am old but i will try your tips our and see if they work 🙂
Selalu sakit tengkuk. Biasa sebab tengok phone lama, tengok laptop lama. Yelah.. Semua pergerakkan yang lama tak gerak memang mengundang sakit. Tapi ramai salahkan bantal. Kenapa entah! HAhaa