Doa untuk suami isteri, pengikat kasih sayang.
Malam tadi saya sempat menonton Semanis Kurma di TV9 dengan topik ‘Sihir Cinta’. Ustazah Nor Bahyah ada kongsikan petua dan doa untuk suami isteri. Bagus untuk dijadikan amalan supaya hubungan sentiasa segar ;).
Kehidupan suami isteri memang banyak dugaan dan cabaran. Sebab itu perlu amalkan doa untuk lembutkan hati suami isteri dan sentiasa terhindar dari perkara tak diingini.
Doa ini juga membantu memberi kesejahteraan dalam hubungan suami isteri dan memastikan rumah tangga dihindari godaan dari luar. Tak dinafikan hubungan suami isteri jika tidak dijaga, sangat mudah dipengaruhi jika tiada persefahaman.
Doa kembalikan kasih sayang suami ini memang bagus diamalkan setiap hari. Ada bahasa arab dan rumi, boleh tahu maknanya.
1. Doa suami isteri bahagia
Surah Thaha ayat 39 yang bermaksud: “Dan aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang dariku, dan supaya kamu diasuh di bawah pengawasanku.”
Ayat pengasih dalam surah taha ayat 39 adalah tentang Nabi Musa, iaitu apabila setiap orang memandang Nabi Musa, maka mereka akan merasa sayang kepadanya. Jadi, ayat ini juga sesuai digunakan kepada pasangan suami isteri untuk membuatkan pasangan anda suami/isteri terpikat pada anda.
4 Cara aplikasikan doa rumahtangga
- Mudah sangat nak amalkan ayat ni. Setiap kali kita bertemu atau bersua dengan suami atau isteri, bacalah ayat ini. Untuk dapatkan kesan yg baik, hendaklah diamalkan selalu membaca dihadapannya.
- Tidak perlu membaca dengan kuat, memadailah sekadar dengan hanya membaca di dalam hati.
- Boleh juga dibaca ketika sedang memasak dan menghembus dalam makanan yang dihidangkan padanya.
- Selain itu, agar dikasihi masyarakat, bacalah kedua-dua ayat ini setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali.
Selain dari berdoa untuk memastikan hubungan sentiasa rapat dan baik, suami isteri juga mestilah bertolak ansur, hormat menghormati dan memastikan setiap hak pasangan mereka dipenuhi.
Memang banyak godaan dan cabaran yang harus ditempuhi, tapi Insha Allah jika masing-masing kenal dan memahami pasangan, kita mampu untuk mengharunginya.
2. Doa dan amalan suami isteri selepas solat
Bagi pasangan yang baru berkahwin, dan masih belum mengenali pasangan anda sebaiknya, ambil masa dan peluang yang ada untuk mengenali pasangan dengan lebih rapat. Waktu bercinta semuanya indah dari aspek luaran, tapi bila dah berkahwin, satu persatu perangai sebenar akan kita tahu.
Allah temukan dengan jodoh kita dan itulah yang terbaik untuk melengkapi hidup kita. Dan semoga pasangan kita ini yang akan memimpin kita untuk masuk ke syurga bersama anak-anak dan ahli keluarga yang lain.
Banyak amalan doa suami isteri yang dikongsikan untuk memastikan rumahtangga yang dibina kekal bahagia dan pastikan ianya perlu dibuat secara ikhlas dan istiqamah. Yang penting masing-masing perlu memainkan peranan untuk mengemudi rumahtangga.
3. Doa untuk suami yang bekerja mencari nafkah
“Allahumma aktsir mala zauji wa barik lahu fima a’thoitahu wa athil hayatahu ‘ala tho’atika wa ahsin ‘amalahu waghfirlahu.”
Artinya: “Ya Allah, perbanyaklah harta suamiku serta berkahilah karunia yang Engkau berikan padanya, panjangkanlah umurnya dalam ketaatan pada-Mu dan baguskanlah amalnya serta ampunilah dosa-dosanya.”
Jika rezeki itu berkat dan halal, ianya akan memberikan kebahagiaan dalam rumah tangga. Setiap rezeki yang diberikan kepada isteri dan anak-anak adalah yang diberkati Allah dan menjadi darah daging.
4. Doa mengekalkan kasih sayang suami isteri
Yā ayyuhallażīna āmanuṣbirū wa ṣābirū wa rābiṭū, wattaqullāha la‘allakum tufliḥūn
Maksudnya:
Wahai orang yang beriman, sabarlah, cukupkanlah kesabaran, perteguhkanlah kekuatanmu dan patuhlah kepada Allah supaya kamu beroleh kemenangan.
(Surah Ali ‘Imran 3: 200)
Amalan harian suami isteri
Antaranya bertolak ansur dalam hal rumah, yang berkerja pula dengan cara mereka dan begitu juga menguruskan hal anak-anak. Setiap pasangan wajib tahu peranan masing-masing. Jika tidak bersetuju dalam satu-satu hal, boleh berbincang cara baik.
Semoga niat suci murni ini akan diberkati dan menjadi amalan kita dan semoga ianya kekal hingga ke Jannah, aamiin.
Jujur sesama pasangan itu sangat penting. Tidak sepatutnya setiap pihak ada menyimpan rahsia dan semestinya perlu berterus terang dengan pasangan. Ingat tu, dan amalkan doa di atas ya!!!
tq share ajue…so lepasni boleh la cuba nanti…
Banyak doa boleh diamalkan demi utk kebahagiaan keluarga
oh..kena amalkan ni..hehe
Thanx for sharing Aju…
Bolehlah di amalkan selalu ni..
Mekasih aju. Asyik terlepas jer nak tgk semanis kurma.
terima kasih sharing
Terima kasih kerana sudi berkongsi doa ni,berguna nanti bila dah kahwin
bagus ni….
tq for sharing it 🙂
tkasaih Aju …
berguna utk akak nie huhuh 🙁
tip kepada para isteri..
untuk isteri ada ? sy tak kawen lagi ..hihi..
ha..dengar tu pakcik makcik..silalah baca hari-hari..
sharing yg sgt mantap!
antara doa yang baik untuk diamalkan..
doa yang harus selalu dipanjatkan bagi mereka yang sudah menikah agar hubungannya tetap langgeng dan haromonis
trims, izin bookmark
perkongsian yang menarik. boleh try practik ni.. daripada guna cara keje.. baik amalkan cara ni.. kan.,kan..
untuk bahagia boleh sahaja cipta dengan doa dan perbuatankan
Bagus doa ni. Nak lagi ikat hati suami, petuanya kalau suami balik, tak disuruh terus buat air (sambil selawat masa buat air tu).insyAllah mesra2 je hubungan. 🙂
ya..memang best doa ini..nak cubalah nanti..
Terima kasih….selain dari itu boleh juga diamalkan surah nabi yusof, supaya suami pandang kita manis selalu.
sangat bagus agar keharmonian keluarga kekal berjaga.
Thanks ya 😀
Thanks sebab share doa ni. Inshaallah lepasni bole amalkan. Hari tu ada dengar Ustaz Kazim dalam ceramah beliau cakap… Kalau nak cik abang makin sayang kat kita, bila suami balik kerja dah sampai rumah isteri eloknya sambut dengan muka manis. Nak lagi sedap, tanya suami “abang nak makan dulu atau tidur terus” ahaks… lucu.
ya memang betul..tip yang sangat bagus dan terbaik untuk diamalkan agar hubungan suami isteri kekal bahagia sepanjang masa
Doa doa yang baik dari al quran dan hadis memang bagus di amalkan dalam kehidupan seharian
Selain berdoa, jangan lupa untuk berusaha cara praktikal. Ada banyak petua dan tips praktikal untuk mengikat kasih sayang suami isteri ni.
Mungkin tak ramai yang nak mencuba beberapa teknik ‘dalam bilik’ kerana adanya sifat malu dan segan terhadap pasangan.
InsyaAllah kalau diamalkan ni boleh mengikat kasih sayang suami isteri sehingga ke syurga
Saya memang amalkan doa yang mustajab dan sahih dari al quran dan hadis lepas solat
Elok amalkan doa doa yang makbul dari sumber al quran dan hadis sahih. Terima sebab kongsi ya aju
Doa adalah senjata orang islam, saling doakan saudara kita apatah lagi suami isteri undang kasih sayang Allah
Dalam hal hati, kita wajib usaha dan serahkan pada Allah swt.
Hati kan berbolak balik
Good to know there is such a prayer to help husband and wife be closer. 🙂
Assalamualaikum.Kurang jelas tentang cara mengamalkan tiap ayat yang diberi.