Resepi ikan keli salai masak lemak cili api

Resepi ikan keli salai masak lemak cili api.

Last weekend saya dan suami macam biasa beli barang dapur dan lauk basah. Memang seminggu sekali akan topup barang makan. Almaklumlah anak ramai ;).

Anak-anak sedang nak membesar. Memang akan sentiasa nak mengunyah. Nak pula sekarang ni belajar pun dari rumah je, memang saya perlu pastikan dapur sentiasa berasap.

Paling tidak kena ada stok biskut kat dapur. Sambil tengok tv nak mengunyah pulak. Cubalah kunyah lobak ke, timun ke, sihat sikit kan hahaha.

Buat listing beli barang dapur

Sebelum beli barang kami akan buat checklist dulu. Kalau singgah pasaraya ni kami suka beli semua barang sekaligus.

Kalau barang kering masih ada kat dapur, kita topup barang basah je. Taknak bazir-bazir, lagipun sejak suami kena potong gaji ni kami mula start berkira-kira untuk berbelanja.

Beli yang mana patut je

Tapi yang bestnya bila masuk je supermarket, saya dah tau nak beli apa. Dan suami pun tau part dia. Zaman Covid ni tak nakla duduk lama-lama dalam supermarket tu kan.

Risau!!

Pastu masing-masing dah tau apa nak ambik. Saya amik bawang, suami amik sayur. Eh sendiri tau jela. Bila dah beli semua, part last kami jumpa kat bahagian ikan, husband kata teringin nak makan ikan keli.

Ok memang kami dah lama tak makan keli. Satu sebab saya geli. Kedua geli, ketiga geli hahaha.

petua salai ikan keli, resepi ikan keli salai
Basuh bersih-bersih, lumur kunyit dan garam dan letakkan minyak juga ya. Barulah kalau kita panggang ikan, tak melekat di pemanggang

Memang bau dia pun kuat kan. Sebab tu saya tak suka nak bersihkan ikan tu. Tapi bila part makan ok je.

Suka!!

Lepas tu saya kata, ok jugak nak beli ni. Kita salai buat masak lemak cili api. Suami pun setuju sangat sebab dia memang suka sangat menu tu.

BACA  Group whatsapp "Jom Mengaji"

Ikan keli tinggi kandungan Omega 3

Jangan tak tahu kandungan Omega 3 pada ikan keli lebih tinggi berbanding ikan yang lain. Pengambilan omega yang terdapat dalam ikan keli ini mempunyai banyak kelebihan dan kebaikan.

Ia amat bagus bagi pertumbuhan otak dan pembesaran kanak-kanak, kerana kandungan DHA yang terdapat di dalamnya. Jumlah tahap DHA yang rendah dalam otak manusia boleh menjurus seseorang kepada penyakit tekanan jiwa.

Kebaikan omega ini juga berupaya mengurangkan risiko penyakit barah, mengurangkan risiko pembekuan darah yang menjadi punca utama kepada penyakit jantung serta mengurangkan kandungan kolesterol di dalam badan.

Cara salai ikan keli tak melekat di pemanggang

ikan keli salai atas pemanggang
Cantik kan masaknya tu. Tak melekat pun kat pemanggang.
petua ikan keli salai tak melekat di pemanggang
Memang cantik masaknya, arang tu berbara dan kena jaga supaya ikan masak dengan baik.

Sebelum panggang ikan, kita mesti cuci ikan bersih-bersih. Saya perahkan juga asam limau supaya hilang bau hanyir tu.

Lepas tu saya lumurkan garam, kunyit dan minyak masak pada ikan keli. Minyak tu tujuannya taknak ikan melekat pada pemanggang.

Elok je kulit ikan tu nanti bila dipanggang.

Dan panggang pun ada cara. Bakar dulu arang tu, biarkan berbara. Kemudian baru letak ikan.

BACA-> Ikan tongkol masak lemak cili api

Bila PKP, memang seronok masak-masak macam ni. Suami saya masih kerja macam biasa, jadi weekend ajela masa untuk luang masa bersama.

Puashati dapat salai ikan keli. Seronok sambil menyembang sambil menunggu ikan masak.

Ikan ni kami beli 8 ekor. 3 ekor dah selamat kena ratah lepas je siap salai. Memang sedap pun makan macam tu aje.

So tinggal 5 ekor lagi untuk masak lemak cili api.

Resepi Ikan Keli Salai

resepi ikan keli salai sendiri, ikan keli salai dan tak melekat
Memang sedap betul rasanya, bau asap dan rasa ikan yang dipanggang tu. Memang asli

Bahan-bahannya

5 ekor ikan keli
5 cawan santan
2-3 helai daun kunyit
Asam keping
1 inci kunyit hidup (ditumbuk)
10 biji cili padi/api (ditumbuk)
Garam/ Gula/ Bahan perasa

BACA  Kad ATM tersekat, ganti kad baru, kene caj RM12

Cara-caranya.

  1. Tumbuk kunyit dan cili padi sehingga lumat.
  2. Ambil periuk dan masukkan santan, asam keping dan bahan yang ditumbuk. Hidupkan api.
  3. Pastikan dikacau supaya santan tidak bertahi minyak.
  4. Masukkan pula ikan keli salai tadi. Dan kacau perlahan. Masukkan juga daun kunyit yang dihiris.
  5. Masukkan garam/gula dan bahan perasa.
  6. Bila dah mendidih dah boleh tutup apinya.
  7. Siap!!

Hmm seronok betul dapat makan ikan keli salai ni. Resepi ni tak susah pun dan mudah je untuk korang cuba.

Masak ni nak kena ada minat tau. Tak reti takpe, google kan hado haha.

Kadang-kadang bila dah jemu makan lauk ayam, kita makan ikan pulak. Macam tulah caranya. Janji pelbagaikan resepi.

Anak ramai macam ni memang seronok. Masak apa semua habis. Tak membazir Insha Allah.

Paling best cara macam ni boleh rapatkan ukhwah kita. Anak-anak pun dah pandai nak nyalakan api, kipas mengipas. Anak-anak kecik paling seronok!!

Alhamdulillah, terisi masa dengan aktiviti bermanfaat.

7 thoughts on “Resepi ikan keli salai masak lemak cili api”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: