4 cara ‘maintain‘ penyusuan bayi di bulan puasa
Alhamdulillah anak bongsu saya, Ammar masih lagi menyusu badan sepenuhnya even di bulan puasa. Nanti saya ceritakan 4 cara ‘maintain’ penyusuan bayi di bulan puasa ya. Hmm itulah matlamat utama saya setiap kali mengandung dan semestinya korang pun sama kan. Kita ni kalau boleh nakkan yang terbaik untuk anak-anak.
Dan selain bertindak sebagai antibodi badan mereka, ianya juga menjimatkan duit hahaha. Mana taknya susu bayi kan memahal kan, jadinya sebagai cara nak berjimat, haruslah mencari cara yang terbaik juga.
4 cara ‘maintain‘ penyusuan bayi
Saya tau sangat, kalau tiba bulan Ramadan semua ibu-ibu yang sedang menyusukan bayi pasti nak tahu macamana nak maintain pengeluaran susu kan. Dan soalan yang kerap bermain di fikiran adalah, apa nak buat kalau susu drop di bulan puasa? Hmmm aiyoo manyak stress ka?
Jangan stress, kalau tengok di facebook dan google banyak sangat petua dan tips untuk banyakkan dan tingkatkan pengeluaran susu badan ni. Hanya terpulang kepada ibu-ibu untuk mempraktikkannya atau tidak. Jom ikuti cara saya maintain penyusuan bayi di bulan puasa.
Klik [Mengumpul stok EBM seawal 3 hari selepas bersalin]
#1. Kerap kosongkan payudara
Antara tips dalam pembacaan saya adalah kerap susukan bayi atau kerap pam susu. Kalau ikutkan sesi mengepam di ofis adalah 3 kali sehari. Jam 8:00 pagi, 12:00 tengahari dan 4:30 petang.
Kalau tak sempat pam petang tu, saya akan pam dalam kereta sambil drive. Alhamdulillah kereta auto, kalau manual tak tahulah jadi apa kat pam tu, mau tumpah bertabur susu agaknya ;).
Saya juga mengepam sambil susukan bayi, dapatla 2/ 3oz sekali pam. Memang tak banyak kuantitinya tapi kalau simpan sikit-sikit lelama banyakla kan. Dan paling best pam jam 4-5pagi.
Waktu ni pam sebelah je pun dah dapat 4oz walau Ammar 1-2 kali bangun menyusu. Itu semua rezeki, dan kita perlu usaha. Dan kalau dah berusaha tapi masih belum capai matlamatnya, kita tawakal pada Allah dan berdoa moga Allah permudahkan.
#2. Air masak umpama kawan karib
Bila dah kerap pam, pastinya kerapkan minum air. Ada yang tanya macamana nak minum semasa puasa? Nah ikut jadual kat gambar bawah ni, insha allah Allah permudahkan.
Kalau boleh letak air di dalam botol 1-2 liter dan letak tepi korang masa nonton tv, atau berterawikh. Andai kata kering tekak boleh gogok je terus, mudah sebab takdelah terlupa nak minum air kan. Haha itu tips saya, dan amat praktikal buat saya ;).
Walaupun kita berpuasa, tapi kuantiti air yang sepatutnya kita minum sehari, boleh dibuat selepas berbuka dan semasa bersahur. Boleh ikut pada jadual seperti dalam gambar di atas.
#3. Amalkan pemakanan yang betul.
Selain tu pemakanan. Ha bab pemakanan ni memang kene jaga sebab penghasilan susu juga berkait dengan apa yang kita makan kan.
Apa yang saya buat sekarang ni, sebelum tido dan sewaktu sahur saya akan minum susu dan 3 biji kurma di susuli air masak 2/3 gelas. Lepas tu elokla elakkan minuman bergas, kafein dan berais.
Nak minum boleh tapi kurangkanlah. Sebab orang selalu kata benda sedap ni kebanyakannya memudaratkan, jadi fikir-fikirkanlah.
#4. Simpan stok susu
Alhamdulillah saya mula menyimpan susu sejak dalam pantang lagi. Walaupun setiap kali pam saya hanya dapat 5oz sahaja dari kedua-dua payudara namun ianya tidak sekali-kali melemahkan semangat untuk menyusukan bayi.
Sekarang ni Ammar akan minum 3oz setiap kali menyusu di rumah pengasuh, jadi dengan 4 kali pam sehari saya dapat 18-20oz dan mencukupi untuk keperluan Ammar ketika saya bekerja.
Dan setiap kali weekend saya akan pam dan itulah juga stok susu beku untuk Ammar. Bagi yang cukup-cukup makan ni kenelah kuat berusaha untuk pastikan kita ada back up andai kata tetiba susu drop especially di bulan puasa.
Chaiyok mommies
Hmmm boleh faham ya semua?? Kita raikan kedatangan Ramadan dan lalui pengalaman menyusu di bulan puasa dengan menyeronokkan ok!!
Dan di kesempatan ini saya ingin memohon kemaafan andai kata terkasar bahasa, terguris hati dalam penulisan di blog saya ini. Kosong-kosong ya, semoga ibadah kita tahun ini lebih baik dari sebelumnya dan Selamat Berpuasa semua :)!!!!
Kita ibu ni mesti kena konsisten jaga makan dan minum kan, sebab kalau tak memang ganggu penyusuan. Tambahan bulan posa pulak
Ketiga tiga anak saya memang menyusu dengan ibu mereka..
Nak komen pun sopan
bagusnya..semoga ini juga dapat menjadi motivasi kepada ibu-ibu yang menyusu kan anak.
Tips yang bagus untuk para ibu… Boleh dijadikan rujukan oleh para ibu yang menyusu anak sepanjang bulan Ramadhan…
okeh.
leh suh bini baca nih.
preparation.
hoho..
Untung nya sis ajumohit dapat rezeki susu ibu untuk anak
Banyak duit pun belum tentu dapat susu kan anak
Memang banyak cabaran
Memang tak senang nak buat sampai 2 tahun kan
Senang senang je pengasuh bagi susu tepung
Susu ibu sentiasa menjadi asas y penting untuk setiap perkembangan bayi.