Kebaikan CC Cream Yang Ada SPF Dan Tidak Berminyak Dari Hansaegee Nature

Selalu ada orang tanya saya, duduk rumah perlu ke nak pakai CC Cream?

Jawapan saya, kalau di rumah tu korang buka tingkap, ada cahaya matahari masuk dan tingkap tiada perlindungan UV.

Maka memang wajib pakai CC Cream ni.

Selalu kita akan bising kulit ni nampak kusam, gelap dan sunburn.

“Kenapa ya kulit saya ni nampak berkedut?”

“Lepas tu banyak jeragat atau pigmentation?”

Kenapa? Kenapa? Kenapa?

Jawapannya mudah. Nak cantik ni memang kita kena gunakan produk yang baik dan sesuai untuk kulit. Kita kena tahu apa kandungan bahan yang ada dalam krim tu untuk bantu merawat wajah.

Dah lama sebenarnya mencari cc cream yang tak berminyak, tak bercapuk dan ringan je bila dipakai. Kadang-kadang beli mahal-mahal tapi tak pakai pun sebab tak sesuai dengan tona kulit kita. Membazir je kan.

Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream Review

cc cream nano gold review

Tapi sekarang ni saya dah jumpa cc cream yang sesuai. Nak bagitau saya gunakan Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream yang sangat best!

Kenapa saya kata best?

Sebab CC Cream ni sangat membantu memudahkan urusan harian. Contoh, kalau nak keluar rumah, adakala kita nak cepat kan. Malas nak tepek foundation. Sekarang ni saya hanya sapukan CC Cream je dan sedia dah nak keluar rumah.

Bila dah pakai, keluar rumah dan muka berpeluh. Tapi masih nampak effect glowing tu. Tekstur Gold Nano CC Cream ni sangat halus dan mudah di blend di muka.

Krim ni dipanggil “All in one day cream”.

Kelebihan utama CC Cream ini

review hansaegee cc cream

Fungsi utamanya adalah untuk menyamakan tona kulit warna secara semulajadi, mengandungi perlindungan SPF 50+ PA+++ seterusnya menjadikan kulit lembut dan anjal. Mana lagi nak dapat kebaikan CC Cream yang ada SPF dan tak berminyak macam ni.

BACA  Bersama #Doakan MH370

Kalau tengok secara fizikalnya CC cream ni berwarna putih. Tapi kalau perhatikan, nampak ada kapsul kecil berwarna coklat di dalam krim putih di atas.

Dan bila saya blend dengan jari, krim ini perlahan-lahan berubah dari warna putih kepada warna
kecoklatan dan merah jambu. Bila sapu dengan rata dia akan terus berubah mengikut tona kulit muka
kita.

Terus boleh nampak kulit muka kita cerah glowing dan putih. Tapi bukan putih yang keterlaluan atau
putih pelik. Memang cantik hasilnya dan CC Cream ni tak melekit dan tidak berminyak.

Tekstur krim ini sangat ringan, lembap, tidak melekit dan tidak berminyak. Boleh tengok cara saya blend kan krim ni ya.

Kebaikan CC Cream Yang Ada SPF Dan Tidak Berminyak

Saya sapukan pada kulit dan boleh nampak ia mengikut tona kulit saya. Sekarang kan waktu panas terik. Bila berpeluh dan kulit muka berminyak, ianya sedikit pun tidak bercapuk.

Kulit muka masih nampak segar dan lebih glowing. Kalau muka berpeluh, hanya ambil tisu dan lap muka.
Langsung tiada kesan di tisu tersebut.

Macam ni memang tak risau make up cair bila berpeluh. Bila kulit muka berminyak pun, nampak lebih cantik.

Bahan kandungan di dalam CC cream

Ok kita tengok pula gambar di bawah ya. Ini review saya sendiri tanpa edit. Memang ambil gambar denngan kamera pun tiada filter.

Teksturnya sangat ringan dan mengekalkan kelembapan kulit sepanjang hari. Dan kulit kita akan nampak glowing semulajadi. Ada 3 bahan utama yang terkandung dalam krim ini iaitu:-

1. Mineral water – membantu mengekalkan tahap PH kulit kita dan meningkatkan keanjalan kulit muka.

BACA  Benjolan merah di ketiak sebelah kanan dah tiga hari

2. Ipomoea Hederacea Callus Culture Extract- melegakan kerengsaan kulit dan kulit bermasalah, juga ianya anti bacteria.

3. Nano Gold – Mencegaah penuaan kulit muka, menghalang radiasi infrared dan kandungan antioksida yang tinggi.

See, masalah yang korang tanya kat atas tu, boleh di atasi dengan gunakan CC cream ni sahaja. Nakkan perlindungan SPF 50+ PA+++ ada. Nak elakkan kulit berjeragat pun boleh. Dan yang pasti semua perempuan sukakan CC cream yang anti penuaan dan menjadikan kulit lebih anjal.

Cara menggunakan Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream

Mudah sahaja. Ambil krim dan letakkan di 2 jari anda. Tak perlu gunakan berus atau sponge. Hanya gunakan jari dan sapukan rata pada wajah.

Ia akan mengikut tona kulit muka kita dan memang nampak sekata. Orang yang tak suka bermake up dan nakkan kulit muka natural, pakai je CC cream ni.

cc cream yang ada spf

Guarantee puas hati. Simple dan step yang mudah untuk rutin harian.

Tapi kalau korang nak sapukan foundation selepas guna cc cream ni pun boleh. Sebab ia juga berfungsi sebagai Makeup Base or premier.

Dengan CC Cream, boleh nampak color blusher dan eyeshadow lebih pigmented. Dan yang bestnya ia membuatkan make up kita bertahan lama. Tidak merekah, tidak bercapuk dan lebih glowing walau berpeluh.

Contohnya kalau korang dah keluar rumah, muka berpeluh. Nak touch up semula kan? Ok cara dia wipe je muka dengan tisu. Dan apply semula cc cream ni. See, lebih glowing dan nampak natural je.

I like!! Saya bagi bintang.

review cc cream yang sesuai dengan semua kulit

Personally, memang saya sukakan Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream. Walau duduk rumah pun akan pakai juga sebab ianya sangat ringan dan tak melekit.

BACA  Misi mencari rak tv simple di IKEA termakbul

Memang banyak kebaikan CC Cream yang ada SPF ni kan? Alah membeli menang memakai.

cc cream nano gold yang best

Penutupnya “twist lock” dan ianya kemas tertutup ketat. Krim tidak senang terkeluar dan beg pun tak kotor.

Mudah je nak dibuka dan tutup selepas guna. Sekali twist, boleh terus picit krim di jari dan apply di muka. Mudah betul! Botolnya yang kecil, buatkan kita mudah nak bawa kemana-mana.

Pastikan korang bawa cc cream ni dalam handbag ya. Boleh dipakai di mana je dan bila-bila masa. Selama saya dah guna cc cream ni, memang ia tidak mengecewakan.

Isi kandungannya 50 ml dan boleh bertahan dalam 3 bulan ke 6 bulan bergantung kepada penggunaan. Sangat berbaloi! Untuk yang nak dapatkan CC Cream ni, bolehlah klik pautan di bawah untuk maklumat lanjut.

Jom cantik sama-sama:-
Brand: Hansaegee Nature
🍁Website: www.hansaegee.com/shop
🍁IG page: https://www.instagram.com/hansaegeenature/
🍁FB page: https://www.facebook.com/HansaegeeNature
🍁Youtube page: https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia

21 thoughts on “Kebaikan CC Cream Yang Ada SPF Dan Tidak Berminyak Dari Hansaegee Nature”

  1. CC cream hansaegee memang antara yang trebaikla pernah dicuba. Best sebab pakai nipis dah memadai. Walaupun harga boleh tahan tapi berbaloi sebab pakai sikit je kan

  2. Aduhai. Another rave review berkenaan Hansaegee nie. Makin tak tahan plak hati ni bila baca review yang bagitau product nie elok. Adakah daku kena cari segera?

  3. Tgk review semua mcm best. Teringin juga nak beli haritu tapi tgk harga dia.. Amboii not bad.. Kena savings dulu lah. Tapi benefit dia bagus2

  4. Ramai yg tak tau kan kat rumah kena pakai sunscreen jugak. Saya memang pakai tapi biasanya yang non tinted la. Cc cream ni mungkin saya akan guna bila keluar rumah.

  5. wow! terus glow and glowing gitu hahahaha. kadang-kadang risau juga nak pakai bukan-bukan tapi produk ni nampak menyakinkan. lelaki leh pakai ke tu? hahahaah

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: