Review langsir Ikea SILVERLÖNN RM49/ pair.
As salamualaikum semua..Hari ni nak cerita tentang langsir. Tunggu masa je nak tukar langsir, tahun ni cukup 6 tahun kami duduk kat rumah ni.
Tukar langsir baru selepas 6 tahun

Ni konsep langsir sebelum ni, pakai langsir Merete Ikea. Warna merah dan cream, RM129/ sepasang
So memang nak beli langsir baru. Teringin sangat!!
Sebab nakkan konsep tema rumah nampak cerah dan ala-ala color cat dinding. Dinding tu kami cat guna cat Jotun Washed Linen.
Cantik sangat. Sapa nak puji rumah sendiri kalau bukan kita sendiri kan. Masa PKP kan tak ke mana-mana. Menghadap dinding rumah bersegi tu je.
Bila dah cat, menghadaplah dinding selalu pun takpe. Tak jemu. Mengadap muka suami dan anak-anak lagilah tak jemu kan. Gitteww!!!
So apa tunggu lagi??
Jom TUKAR!!
Hahaha takde pikir-pikir dah. Kalau fikir banyak-banyak, last-last memang tak beli. Kali ni nekad nak beli langsir Ikea yang murah tapi berbaloi.
Berbaloi tu in terms of harga, kualiti dan material la kan.
Haa..Riak tu tidaklah. Saja nak nak menunjuk ngan korang jugak. Supaya bila nak beli, korang adalah panduan kan.
Saya suka macam tu. Sebelum beli apa-apa mesti nak tengok review dulu. Kalau orang kata ok, feedback bagus, mesti nak beli.
Langsir Ikea SILVERLÖNN
So tu yang hari ni nak review langsir Ikea SILVERLÖNN. Saya dah beli, dan dah pun gantung langsir di ruang tamu.
Hmm memang suka!!! Murah tapi cantikkk!!!
Sebenarnya ni sheer curtain tau. Makna kata ni day curtain la. Biasa kan kalau sheer tu jarang kan.
Tapi yang ni ok, takdelah jarang sangat. Bila siang atau malam, dia memang tak nampak orang kat dalam ni di sebalik cermin tingkap.
Harapnya takdelah yang lalu depan rumah ni nak tengok langsir ni tebal ke tidak hahaha. Pengsan pulak kita kang.
Baca: DIY wainscoting guna material PVC
Next : Tampal Kaison wallpaper di ruang tamu
Mmmm menarik : Cara tanggalkan wallpaper dinding
Tak suka langsir tebal
Peel saya ni tak suka pakai langsir tebal sebab jenis tak suka selak dan ikat langsir bila hari siang. Lepas tu nak lepas kan plak langsir tu bila malam kan.
Memang suka langsir yang siang ke, malam ke. Biarlah langsir tu tergantung macam tu. Jadi untuk yang pemalas macam saya, memang langsir ni sangat membantu.
Biarlah orang kata tak up to date la pasang sheer curtain je. Tapi tajuk tadi pun kata nak langsir murah tapi cantik kan? Hmm inilah dia pilihan saya.
Review langsir Ikea SILVERLÖNN
Sheer curtain Ikea
- Hilja RM49/ sepasang
- Hannanill RM69/ sepasang
- Silverlonn RM49/ sepasang
Masa pergi Ikea tu, memula nak beli langsir sheer Hilja. Tapi bile tengok material memang jarangla kain dia. Jadi saya batalkan niat beli Hilja.
Tu satu hal jugak, beli langsir memang sejenis kena tengok depan mata. Sebenarnya ada 3 jenis langsir saya berkenan. Bila dah dapat tengok depan-depan barulah saya boleh decide yang mana nak beli.
Kalau beli online tak boleh rasa material dia. Nak kena pegang, tengok betul-betul. Lepas tu, Tawaf kat area situ 10 kali, then baru decide hahha.
Perangai sangat!!
Langsir ni ukuran dia labuh 250cm, lebar 145cm. Kalau langsir ni kita gantung tinggi, lagi cantik. Rumah pun nampak luas.
Dia ada 4 warna. So saya pilih warna coklat muda ni sebab nampak lebih sesuai dengan cat rumah.
Ok settle beli langsir dan sarung bantal. Sarung bantal Gurli tu saya beli untuk letak kat ruang tamu. RM14.90 sehelai. Oklah boleh match dengan langsir.
Terus gantung langsir ikea
Ok bila dah sampai rumah, saya terus iron langsir ni. Kenalah iron barulah cantik dan takde kesan lipatan.

Kita iron dulu ya

Dah siap gantung, huhuu lain betul perasaan tu haha
Taraa!!!!
Bila dah siap pasang, rasa aura rumah ni lain rasanya hihi. Bebudak kita kata macam kat hotel lah ibu!! Seronok plak nak menyambut ramadhan.
Alhamdulillah dapat jugalah langsir baru dengan harga murah.
Nah saya belanja sikit gambar ruang tamu rumah. tapi ini untuk tingkap sebelah kiri ni je. Sebelah kanan ni masih guna langsir lama lagi.
Sayang pulak nak tukar walapun dah 6 tahun pun usianya.
Ok dah settle bab langsir. Lepas ni nak kemas luar rumah plak.
Sajelah kemas-kemas nak sambut Ramadhan tak lama lagi ni. Barulah semangat tu datang kan. Harapnya perkongsian ni bermanfaat untuk semua.
Bagus betul kan? Harga berpatutan dan tahan lama lagi tu. 🙂
wah.. cantik dan murah tu. ada tepikir jgk ni nak tukar lgsg.. dh pakai 5 thn jgk.. tp ikea jauh lak nak p beli..
Wah ruang tamu nampak cantik dan kemas! Saya kena tunggu anak-anak dah besar sikit mungkin baru boleh ada ruang yang kemas, sekarang ni kemas 5 minit je dah disepahkan balik anak-anak, pasrah.