6 Resepi Bubur Manis Ringkas dan Sedap

6 Resepi Bubur Manis Ringkas dan Sedap

Setiap kali berbuka mesti terfikir menu apa yang masak hari ini kan? Bila dah ada lauk dan sayur, mesti nak ada pemanis mulut.

Resepi bubur manis ni sesuai untuk menu harian untuk rumah terbuka atau berbuka puasa. Memang mudah dan ringkas je caranya. Yang paling penting sedap dan senang untuk disediakan.

Jom kita tengok bahan dan cara-caranya.

1. Bubur Pulut Hitam

resepi bubur manis pulut hitam

Bahan-Bahan

  • 150 g berat pulut hitam
  • 90 g gula pasir
  • 200 ml air
  • 120 g gula merah
  • 240 ml santan pekat
  • 480 ml santan cair
  • 2 helai daun pandan
  • 1/4 sudu teh garam

Cara Memasak

1. Rendam beras pulut hitam semalaman di dalam sebuah mangkuk

2.  Setelah itu, masukkan beras pulut hitam yang telah direndam ke dalam periuk bersama air rendamannya

3.  Kemudian, rebus beras pulut hitam tadi, gula pasir, gula merah dan daun pandan bersama air

4.  Kacau dan biarkan hingga beras pulut agak kembang. Masukkan santan cair diikuti dengan santan pekat.

5.  Kemudian, letakkan garam dan kacau hingga sedikit pekat dan mendidih

6.  Hidangkan dan sedia dinikmati. Siap!

2. Bubur Jagung

resepi bubur manis bubur jagung

Bahan-Bahan

  • 2 tongkol jagung segar (diambil isinya untuk hidangan 4 orang)
  • 150 g jagung tin berkrim
  • 100 g gula pasir
  • 240 ml santan pekat
  • 480 ml santan cair
  • 100 ml air
  • 2 helai daun pandan (disimpul)
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • 1/4 sudu teh garam

Cara Memasak

1.  Rebuskan jagung segar bersama air, jagung berkrim, gula pasir dan daun pandan.

2. Setelah jagung segar masak, masukkan santan cair diikuti dengan santan pekat.

3.  Letakkan secubit garam dan esen vanila. Kacau hingga pekat dan mendidih. Dan siap.

3. Bubur Labu

Hidangan ini sesuai untuk 4 orang

Bahan-Bahan

  • 250 g labu kuning (dipotong dadu)
  • 90 g gula pasir
  • 200 ml air
  • 240 ml santan pekat
  • 480 ml santan cair
  • 2 helai daun pandan (disimpul)
  • 1/4 sudu teh garam

Cara Memasak

1.  Di dalam periuk, rebus labu, gula pasir dan daun pandan bersama air.

2. Kacau dan biarkan hingga labu empuk. Masukkan santan cair diikuti dengan santan pekat.

3.  Kemudian, letakkan secubit garam dan kacau hingga pekat dan mendidih. Biarkan selama seminit. Dan sedia untuk dihidang.

4. Bubur Kacang Hijau

resepi bubur kacang hijau manis

Bahan-Bahan

  • 150 g kacang hijau (sesuai juadah untuk 4 orang)
  • 90 g gula pasir
  • 150 ml air
  • 100 g gula melaka
  • 240 ml santan pekat
  • 480 ml santan cair
  • 2 helai daun pandan
  • 1/4 sudu teh garam

Cara Memasak

1.  Di dalam periuk, rebus kacang hijau, gula pasir, gula melaka dan daun pandan bersama air

2.  Kacau dan biarkan hingga kacang hijau kembang sekata. Masukkan santan cair diikuti dengan santan pekat.

3.  Kemudian, letakkan garam dan kacau hingga pekat dan mendidih

5. Bubur Pengat Pisang

Bahan-Bahan

  • 5 biji pisang (dihiris)
  • 30 g biji sagu
  • 90 g gula pasir
  • 250 ml air
  • 240 ml santan pekat
  • 480 ml santan cair
  • 2 helai daun pandan
  • 1/4 teh garam

Cara Memasak

1.  Di dalam periuk, rebus pisang, biji sagu, gula pasir dan daun pandan bersama air.

2. Kacau dan biarkan hingga pisang empuk. Masukkan santan cair diikuti dengan santan pekat

3.  Kemudia, letakkan garam dan kacau hingga pekat dan mendidih. Siap

6. Bubur Cha Cha

Bahan-Bahan

  • 150 g biji bubu cha-cha
  • 50 g ubi keledek putih (dipotong dadu)
  • 50 g ubi keledek oren (dipotong dadu)
  • 90 g gula pasir
  • 250 ml air
  • 240 ml santan pekat
  • 480 ml santan cair
  • 2 helai daun pandan
  • 1/4 sudu teh garam

Cara Memasak

1.  Di dalam periuk, rebus ubi keledek, biji bubur cha-cha, gula pasir dan daun pandan bersama air

2.  Kacau dan biarkan hingga ubi empuk. Masukkan santan cair diikuti dengan santan pekat

3.  Kemudian, letakkan garam dan kacau hingga pekat dan mendidih. Sedia untuk dihidang.

Kredit : Hellokerja

Selamat mencuba 6 Resepi Bubur Manis Ringkas dan Sedap.

4 thoughts on “6 Resepi Bubur Manis Ringkas dan Sedap”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: