Cara rawat sakit lutut, sengal dan sakit belakang guna Garci.Pro
Kalau dicongak, dah lebih 26 tahun saya sakit belakang. Semuanya bermula sewaktu saya di Tingkatan 2. Waktu tu kat dalam kelas, cikgu pulak tak masuk mengajar lagi.
Saya baru nak duduk kat kerusi. Sedang elok nak duduk tu, ada sorang budak lelaki ni tarik kerusi dan terus saya terduduk atas lantai.
Sakit betul rasa bahagian pinggang dan punggung. Mana taknya terduduk kuat!! Sebab kita tak expect kita akan jatuh.
Tapi nak buat macamana. Benda dah jadi kan. Jadi bermula dari hari tu derita sakit belakang saya berulang-ulang.
Bayangkan nak berjalan pun susah sebab tak boleh tegakkan badan. Memang seksa rasanya. Dengan nak galas beg sekolah lagi.
Allah sahaja yang tahu sakitnya tu.
Mak ayah saya bagi makan pain killer je. Masa tu duduk kampung, mana nak refer doktor pakar ni. Semuanya rawat sendiri sahaja.
Rawatan fisioterapi sakit belakangGarci.Pro legakan sakit belakang
Sehingga ke hari ini saya masih alami sakit belakang atau slip disc L4, L5 dan S1. Saya dah buat beberapa sesi rawatan fisioterapi. Tapi bila dah melibatkan tulang belakang ni, memang ianya takkan sembuh 100%.
Yang pasti saya kena beringat supaya tak buat kerja berat, duduk berdiri dengan postur yang betul dan kurangkan aktiviti yang lasak. Nak shopping lama-lama pun tak boleh ya, confirm lepas je tu akan sengal-sengal la belakang ni.
Dan pernah juga guna ubat sapu dan gel sapuan jenama X, tapi tak berkesan. Masih juga tak melegakan sakit ni.
Yang paling teruk saya juga tak boleh duduk lama di kerusi. Memang tekanan yang kuat pada tulang belakang.
Pernah je beberapa kali saya tak boleh bergerak. Nak bangun pun kena ada orang yang tolong. Sakit belakang tu memang boleh sampai ke bahagian peha.
Masa tu memang solat kat kerusi la jawabnya. Korang tau penyanyi Zamani Slam kan? Kalau perasan postur badannya sedikit senget dan tak tegak. Ha macam tulah keadaan saya berjalan bila sakit teruk tu datang.
Dan saya dah boleh baca gerak badan sendiri. Apa yang boleh dan tak boleh saya buat. Sebab bila sakit memang keadaan saya macam orang yang lumpuh tak boleh bergerak sendiri.
Mencuba sendiri Garci.Pro
Sampailah satu hari tu saya ternampak produk Garci.Pro di Facebook. Waktu tu memang tengah sakit belakang, sakit lutut dan sengal-sengal badan. Memang mencari produk untuk legakan sakit.
Produk ini adalah keluaran dari MISG Global. Saya baca ramai yang dah cuba dan maklumbalas yang diberikan sangat positif dan berpuashati setelah mencubanya.
Memang penting review dari testimoni ni, kita pun yakin nak beli dan cubanya sendiri. Dan korang boleh tonton sendiri video di bawah tentang info Garci Pro Massage Gel ni.
Kegunaan Garci Pro
Pertama kali saya guna gel ini di bahagian belakang badan, terasa berangin dan sejuk. Baunya sangat segar. Dalam masa beberapa minit dan boleh rasa kesannya.
Dan ianya tak panas tau! Bila disapu di kulit, gel tu terus meresap dan tak berminyak. Yang best tu ianya tak melekit dan tidak merimaskan.
Saya sapukan gel ini 3 kali sehari. Waktu pagi sebelum pergi kerja, petang dan malam sebelum tidur. Lega rasanya, kurang rasa sengal di belakang badan.
Gel ini boleh digunakan untuk lelaki dan perempuan. Dari peringkat remaja, dewasa hinggalah warga emas. Biasanya memang yang selalu mengadu sakit-sakit badan ni mak ayah kita yang dah berumur.
Bulan puasa ni kan kita nak Solat Terawikh. Biasa kat tempat saya akan buat 20 rakaat. Jadi memang sesuai sangat nak sapukan gel ini sebelum kita solat. Sejuk dan berangin je rasa badan.
Biasalah kita yang sakit ni kalau berdiri lama memang akan rasa sengal badan dan lutut. Jadi memang elok sapukan gel Garci.Pro sebelum solat. Memang lega sakit-sakit tu. Nak beribadah pun lebih selesa.
Selain tu sesuai juga untuk mereka yang menggunakan anggota fizikal untuk tugasan harian. Yang kerjanya mengangkat barang berat, berdiri lama dan banyak berjalan. Malahan mereka yang terlibat dalam aktiviti sukan juga sesuai gunakan gel ini.
Cara kenalpasti Garci Pro Original
Kalau nak tahu, Garci.Pro Massage Gel di formulasi dengan teknologi nano dengan bahan semulajadi. Ianya tidak mengandungi bahan-bahan merbahaya.
Yang pasti ada kelulusan dari KKM dan mematuhi standard piawaian GMP. Jadi tak ragu-ragu nak menggunakannya. Telah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) – NOT210104156K.
Bahan yang digunakan di dalam gel ini ialah Minyak Kayu Putih, Apple Hijau, Tea, Argan Oil, Aloe Vera dan Peppermint. Minyak kayu putih ni kita tahu memang banyak khasiatnya, termasuklah:-
Rawat simpton ini sebelum terlambat
Saya pernah terbaca, jika kita tidak merawat sakit pinggang dan lutut ianya boleh jadi lebih teruk. Bukan apa, kalau dah sakit memang kita susah nak buat aktiviti harian.
Contohnya sukar untuk berjalan, susah nak solat dan nak naik tangga. Macam sekarang ni, saya tak boleh berdiri lama. Kalau berdiri dalam 10 minit pun dah rasa sengal kat belakang badan.
Kalau duduk terlalu lama pun boleh sakit juga. Sebab tu saya pastikan, saya akan duduk bersandar untuk kurangkan tekanan di bahagian tulang belakang.
Memang boleh melarat dan sakit jadi kritikal. Jadi sebelum sakit tu jadi melarat, baiklah buat sesuatu sebelum ianya lebih memudaratkan. Garci.Pro ni selain legakan sakit belakang, sendi dan sakit lutut, ia juga membantu merawat simptom:-
Dah pakai ni since last year memang berbaloi beli..best sgt
Menarik untuk dicuba garci pro ni sebab kekadang lenguh2 juga bahagian belakang ni. Sakit tumit menyucuk? Ishhh mesti tak tahan rasa sakit tu kan?
kalau start hiking balik kena beli ni, buat standby .. tak yah la nak tahan sakit lagi lepas ni
Rawlins kena try gak ni sebab lutut pernah bengkak lepas join sukan extreme. Doktor kata keradangan. Tapi sampai la ni ada masa akan membengkak dan surut sendiri. Thanks share pasal Garci nie. Nanti nk cari dan try
Kawan saya ada sakit tulang belakang nak kongsikan juga pada dia, mana tahu dapat sembuhkan sakit belakang dia.
Mmg best Kan Aku. Akan guna. Skrg time terawih lega gila rasa
Wah baru tahu pasal produk ni. terimakasih atas perkongsian 🙂
Memang best garci pro gel ni. Saya dah guna dari last year sebab pernah sakit pinggang & sakit kaki. Alhamdulillah, lega dah dari masalah kedua-duanya.
Betul sangat, Sis pun gunakannya, kalau malam sapu tapak kaki dan betis, pastu pakai stokin, lega simpul biawak tu.. kalau tak tiap malamkena serang..
Memang best guna gel ni. Bau pun menyegarkan. Alhamdulillah lenguh-lenguh kurang guna garci pro
Aduihh macam nak kena beli jugak kot sebab saya pun tengah sakit lutut. Kesan dari injured skipping rope. Apapun kena cuba sendiri dulu . If ok sesuai mungkin boleh syorkan pada ahli keluarga dan saudara mara yang ada masaalah yang sama..
Bagus juga ye Garci Pro ni… Since my ubat urut dah hampir habis, boleh la dptkan ni utk cuba try test
bila usia memasuki 40 an ini, memang sakit lutut pun dh terasa. tetapi selalu amalkan glucosamine adalah kurang sedikit. Nanti boleh try plak Garci pro ni.
Bagusnya ada krim dalam bentuk tube. Selalu juga beli yang kat farmasi utk muscle dan cramp. Nanti nak try yang ni. Tq share.
Nannti sis nak cari Garci.Pro massage gel coz sejak MCO asyik sakit belakang and lutut.