Resepi brownies kedut paling sedap guna cawan.
Ok kita nak cuba resepi brownies yang mudah ni pula. Tapi korang dah cuba ke belum resepi kek coklat kukus ikut sukatan cawan ni? Saya memang suka buat kek coklat guna resepi tu.
Sebab apa? Sebab ianya guna sukatan cawan dan hanya kukus sahaja. Hasilnya memang moist dan sama rasa macam kek coklat yang dibeli di kedai.
Kalau beli di luar, sebiji kek coklat petak tu harganya RM12, tapi bila buat sendiri lagi puashati dan boleh sukat rasa manis supaya tak keterlaluan.
Okay kali ni jom kita tengok pula bahan untuk buat brownies mudah ni ya.
Resepi brownies kedut paling sedap!!

Oklah resepi ni menjadi
Bahan-bahan
- Seketul mentega yang dibahagi 2
- 1 cawan dark chocolate compund, saya guna jenama Beryls.
- 1 cawan gula perang
- ½ cawan gula castor
- 2 biji telur.
Bahan kering
- 1 cawan tepung gandum
- 2 sudu besar serbuk koko
- 2 cubit garam
- ½ sudu teh nescafe (tidak suka boleh sudu kecil)
- ½ cawan walnut cincang kasar
*Campur kesemua bahan kering
Cara-caranya
- Cairkan mentega dan dark chocolate dengan cara double boil. Kemudian biarkan suam-suam sejuk.
- Kemudian, pukul gula perang, gula castor dan telur sampai agak sebati selama 2-3 minit. Tidak perlu sampai gula kembang. Tidak perlu guna mixer, pakai tangan sahaja dengan whisk kecil atau senduk.
- Masukkan coklat dan mentega cair (yang disuamkan) tadi ke dalam adunan telur dan gula yang dipukul. Kacau sebati guna whisk kecil sehingga jadi pekat likat.
- Kemudian masukkan bahan kering tadi. Kacau sebati guna senduk.
- Letak dalam loyang yang berukuran 8″ atau 7″ sebab adunan sedikit.
- Kemudian bakar pada suhu 160°C selama 30 minit. (ikut pada oven)
- Jika sudah masak, biar sekejap brownies dalam oven dengan buka pintunya dalam 10 ke 15 minit. Masa ni dah boleh nampak kedutan brownies ni.
- Keluarkan loyang dengan hati-hati.
Cara hasilkan kedut brownies

Nampak chewy kan? korang cuba tau, gerenti jadi

Sedap sangat ni, anak-anak memang suka
Dalam banyak-banyak resepi yang saya cuba, resepi ini sekali buat memang terus menjadi. Saya terbaca cara untuk dapatkan resepi kedut adalah dengan:-
#1. pastikan kita guna coklat yang berkualiti.
Macam resepi ni saya gunakan jenama Beryls dan harganya mampu beli. Jenama lain adalah seperti Callebout dan Hershey yang harganya agak mahal.
#2. Jangan over mixed adunan
Adunan tidak perlu dikacau lama. Cukup sekadar ianya nampak sebati. Mudahla kan tak perlu nak pukul sampai kembang.
#3. Tidak terlebih bakar atau bakar terlalu lama.
Dan ingat, jangan bakar terlalu lama. Sebab ia boleh buatkan brownies kita cepat keras dan kering. Teksturnya juga akan jadi rapuh dan hancur.
Saya pernah melalui pengalaman macam ini. Bila dah 10 kali buat baru menjadi. Suka nak ingatkan korang supaya tak simpan brownies dalam peti ais. Nanti keras dan tak chewy.
Lagipun memang tak sempat nak simpan lama sebab sekali hadap je dah habis kikiki.
Wow! Thanks for the recipe. The brownies look delicious and chocolatey for sure. 🙂
Sedap brownies kan. Makan dua tiga ketul pun dah rasa kenyang!
menjadi sangat… kita ni selalu cepat putus asa buat kek2 nii.. tp tak pernah buat lg.. kena cubalah nanti