Semak Tabung Haji melalui CIMB Clicks. Tak perlu ke ATM.
Sekarang zaman digitalisation, semua transaksi pun melalui online. Macam tu jugalah nak semak akaun Tabung Haji.
Kalau ikutkan biasanya saya semak akaun Tabung Haji ni melalui Maybank. Tapi kan, baru tahu rupanya boleh juga cek melalui CIMB Clicks.
Ada dua akaun bank ni bukan sebab apa, semuanya untuk pembayaran gaji. Dulu kerja company A guna akaun Maybank. Sekarang guna CIMB pula. Takpela berapa pun akaun bank, janji gaji ada. Itu yang penting haha.
Bila dah dapat gaji, dah tentulah nak buat simpanan juga. Lepas bayar pelbagai pinjaman, bil itu dan ini, barulah boleh buat tabungan Tabung Haji.
Kalau dah buat tabungan TH nak semak pulak baki akaun tu kan. Jadi untuk mudah, kita link kan sahaja akaun CIMB dengan Tabung Haji.
Seingat saya dulu, dengan Maybank, kita perlu ke ATM mesin untuk kita aktifkan di Maybank2.u. Tapi dengan CIMB clicks tak perlu ke ATM mesin pun. Hanya melalui online di CIMB Clicks sahaja.
Semak Tabung Haji melalui CIMB Clicks
Ikuti Cara Link Tabung Haji dengan CIMB Clicks di bawah (Rujuk Gambar)
- Buka website CIMB Clicks guna laptop/ desktop. Skrin ini tidak terpapar di handphone ya.
- Klik My Accounts. Nanti korang akan nampak Tabung Haji dan klik di situ.
- Akan nampak Click Here to link your Tabung Haji Account. Dan klik button tu.
- Dan skrin di atas akan terpapar. Masukkan sahaja no akaun Tabung Haji dan klik ‘yes’ di bahagian Accepting Terms & Conditions. dan terus submit.
- Jika dah submit, terus skrin di bawah akan terpapar. Ianya bertujuan untuk pengesahan akaun CIMB dan Tabung Haji. Maklumat untuk pengesahan/ SecureTAC Approval akan di berikan melalui handphone kita. Pastikan handphone korang ada bersama.
- Bila terima pengesahan di handphone, sila klik Approve. Bila korang dah klik, ianya akan terus terpapar skrin transaksi successful. Tahniah!! Korang berjaya dah link kan akaun CIMB dan Tabung Haji.
- Bila dah berjaya, korang akan nampak skrin ini ada di bahagian My Account -> Tabung Haji.
- Dan terus boleh nampak baki akaun Tabung Haji yang terkini. Mudah kan? Senang betul sebab tak perlu nak ke ATM mesin untuk pengesahan. Zaman dah canggih.
Nak pula selepas Covid-19 melanda, banyak betul penambahbaikan dalam urusniaga online ni. Dan harapnya tahap keselamatan juga diperketatkan untuk mengelakkan sebarang aktiviti scam yang yang diingini.
Bila i-sinar, i-lestari dan segala bagai duit tu kita dah dapat, pastikan kita menyimpan untuk masa depan. Beringat sebelum kita terkena.
Menyimpan ni ada baiknya, mana tahu ada rezeki nak tunaikan haji awal dari tarikh sepatutnya. Kalau ikutkan saya ni umur 64 tahun baru sampai giliran nak ke Mekah. Kalau diawalkan, memang rezekilah.
Tapi yang pasti, cukupkan duitnya dulu. Insha Allah, dah ada niat yang baik. Semoga Allah permudahkan.
Semoga entri ini bermanfaat untuk semua.
Bagus kan? Sekarang ni mudah kan tak perlu keluar dari rumah pun. ๐
ooo.. dh boleh guna cimb dh ya utk semak akaun tbg haji.. biasa guna maybank ja..
Sekarang ni memang mudah. Dunia dah berubah!. Sis tak guna CIMB ni tapi pengguna CIMB patut guna kemudahan yang disediakan ini. Tak payah lagi beratur kat TH tu.
Bagus la ada system macam ni yang memudahkan pengguna.. yeah! Sometime kita tak tahu kan aturan dariNya.. mana tahu rezeki sis untuk jalankan ibadah haji diawalkan.. semoga dipermudahkan segala urusan on this..
Mudahlah urusan gini. Semua online je. Thank you sharing info ni. Kalau tak memang tak tau
Senang bila boleh link bank ke tabung haji terus. Memudahkan kerja dan urusan
Dah buat juga haritu tapinya nak link kan sekali account tabung haji anak-anak. yang tu kena g ATM juga ya?
senang la kalau macam ni.. Lagi2 orang tua2 tu tak payah nak ke tabung haji lagi.
Senang kan bila semua boleh diakses dari satu bahagian/ portal sahaja. Penat nak buka banyak-banyak portal nie.
Yaaa Sis guna CIMB je semak acc Tabung Haji, mudah dah sekarang, tak payah pergi kaunter dah..
servis seperti ini sangat memudahkan terutama masa pandemik ni.. sy pun ada guna tapi servis dari maybank
Thanks for sharing this informative info, sure gonna be helpful to all Muslim to pay haji fee online. cheers, siennylovesdrawing
sekarang semua kat maybank aje.
ciimb memang transfer untuk kasi aktif akaun aje. haha