The Ordinary Hyaluronic Acid review. Ok ke tidak?
Pheww shopping lagi skincare baru. Wanita dan kecantikan memang tak dapat nak dipisahkan.
Tahun ni umur kita dah masuk 40 wak, huhu. Perasaan tu nakkan penjagaan kulit muka yang lebih. Memang nakkan kulit muka cantik selain nak kurangkan garis halus di muka.
Sejujurnya saya dah guna The Ordinary Skincare ni dah 4 bulan. Maksudnya tempoh kegunaannya lebih kurang dalam jangka waktu ni lah.
Itupun guna waktu pagi, kat opis tu selepas Zuhur dan sebelum tidur. Kalau konsisten memang lagi cepatla sikit habis. Saya ni kira ada yang culas jugalah haha.
Harga The Ordinary Skincare

Saya beli ni masa bulan September 2020. Memang tahan lama, sampailah bulan Mac 2021.
Antara yang saya guna ialah The Daily Set, dan juga serum Buffet.
The Daily Set RM135
Natural Moisturizing Factors + HA 30ml (NMF)
squalane cleanser 50ml
hyaluronic acid 2% + B5 30ml
Buffet RM80
Buffet ni adalah sejenis serum ya korang.
Boleh bayangkan betapa obsesnya saya nak jaga kulit muka. Yelah nakkan kulit anjal, sekali tekan terus rasa tegang je kulit ni.
TO ni saya beli dari seller di IG. Then, Korang boleh cari hashtag #theordinarymalaysia dan boleh nampak ramai seller dari Malaysia ya yang jual.
Seller ni yang banyak assist kita mana satu nak pakai, based on apa masalah muka kita. Macam saya nak fokus untuk anti aging dan jeragat.
So dia suggest pakai yang Daily set tu plus Buffet yang mana sesuai untuk semua jenis kulit muka.
Cara guna Daily set dan Buffet
Ok seller dah pun bagitau cara guna semua produk The Ordinary ni. Tak susah pun, yang susah tu kalau dah beli tapi malas nak pakai. Haha
Nak cantik kena rajin ok. So produk ni boleh pakai pagi dan malam.
Pagi
cleanser 👉🏻 toner (if ada) 👉🏻 serum (buffet or any kind water based) 👉🏻 moisturizer 👉🏻 sunscreen
Malam
clenaser 👉🏻 toner (if ada) 👉🏻 serum (buffet) 👉🏻 moisturizer
Ahaa! Beginilah cara pakai Cleanser, Hyaluronic Acid, Buffet, NMF The Ordinary ni. Sangat mudah. Semudah makan ABC.
So saya akan cuci muka dengan Cleanser. Dan apply buffet diikuti hyaluronic acid. Hyaluronic acid yang bestnya ia adalah untuk melembapkan wajah.
Kiranya bantu pastikan kulit muka kita sentiasa hydrated dan bila kulit lembap, minyak pun kuranglah.
Dan yang pasti ianya boleh mengurangkan garis halus di wajah. Antaranya di dahi dan bawah mata. Best kan?
Juga boleh bantu kecilkan pori. Kedua-dua HA dan Buffet ni sejuk je bila titiskan kat muka.
Dia boleh rasa kulit muka terus rasa lembap, tegang dan anjal. Bestlah haha. Lepas tu apply NMF pula.
Rasa dia blend dengan baik dan rasa kulit smooth je.
Pengalaman guna The Ordinary Hyaluronic Acid, Ok tak?

NMF ni pun best gak. Meresap bagus ke dalam kulit, dan kulit rasa licin je. Dah nak habis pun. Memang kena beli lagi ni, tahan 4 bulan beb!!
Secara jujurnya nak bagitau saya memang puashati dengan produk ni. Ini bukan produk review berbayar ya. Yang ni saya beli sendiri dan guna sendiri.
Memang ramai pun yang kata produk ni best. Dan bila dah cuba sendiri, memang puashati.
Produk ni sememangnya unbelievable!! Sebab kulit muka saya ni bukanlah jenis ada masalah jerawat. Tapi yang pasti memang ada jeragat dan jenis berminyak.
Plus nakkan anti aging. So memang boleh nampak kurang garisan halus bawah mata. Biasa kalau senyum tu boleh jelas nampak garisan.
Plus make up tu boleh nampak garis halus. But bila kulit muka kita dah lembap and pakai make up, garis halus kurang ketara.
Saya perasan garis halus tu kurang bila saya guna produk The Ordinary ni bila masuk minggu kedua.
Jeragat tu memang taklah boleh hilang. Nak pudarkan bolehlah tapi masih ada lagi setakat ni. Cuma saya pastikan saya pakai sunscreen atau CC cream untuk elakkan ianya jadi lebih banyak.
Semoga entri The Ordinary Hyaluronic Acid review ni bermanfaat bagi korang yang nak mencuba produk ni. Jangan ragu-ragu untuk mencuba, memang berkesan dan sangat berbaloi untuk harga yang korang bayar.
Kira ini produk yang bagus dan mampu milik.
Leave a Reply