Nama gelang emas popular dan design terkini.
Perempuan dan emas memang dah jadi sahabat sejati kan. Kalau dulu saya tak kisah pun pasal gelang dan rantai emas ni. Tapi bila dah masuk umur 30an memang teringin nak ada seutas gelang.
Kita pun tahu Kepentingan simpan emas ni. Memang membantu dalam waktu-waktu kecemasan. Bayangkan harga emas ni memang takkan pernah turun. Trend harganya sentiasa menaik dan tak rugi kita menyimpannya.
Beli emas dengan duit i-Sinar dan i-Lestari
Mungkin masa dulu masih muda dan duit pun tak berapa nak ada. Tapi selepas dan dapat duit i-Lestari dan i-Sinar ni, memang teringin betul nak ada gelang atau rantai emas. Haha at least bila orang tanya, apa ko buat dengan duit tu?
Ni ha!! Tunjuk jela gelang atau cincin emas tu. Hahaha…
Tapi bila dah ada duitnya, kedai emas pulak penuh sentiasa. Korang tahu tak Kedai emas harga trade in tertinggi? Memang perempuan suka kalau tolak barang kemas lama dapat harga tinggi ni. Makna kata dapatlah beli emas baru tu dengan harga berpatutan bila kita trade in kan.
Dalam zaman Covid 19 ni, nak pergi dan masuk mana-mana kedai pun wajib beratur ikut SOP.
Ditambah dengan ramai yang nak beli emas, memang kedai emas beratur je orangnya. Bayangkan tu hari nak masuk kedai emas Tanah Merah, kedai tak buka lagi. Tapi senarai orang daftar untuk beratur tu dah ramai.
Saya giliran yang ke 20. Hmm macam tu tak jadilah nak masuk kedai emas hahaa. Nak beli emas ni puashati kalau kita dapat tengok depan mata kan?
Nama gelang emas popular dengan design terkini
Walau belum dapat menatap emas ni depan mata. Tapi tetap ambil tahu apa nama gelang emas yang popular sekarang ni. Design gelang emas yang paling terkini.
Kenalah ambil tahu. Tapi saya jenis suka beli emas biar nampak kecil tapi padu. Sebab dah ada pengalaman beli emas yang kosong dan akhirnya cepat putus atau kemek.
Sebab gelang emas ni ada banyak jenis. Jom tengok apa nama gelang emas popular dan jenis gelang emas terbaru tu.
1. Gelang Tangan Daun Ketum
2. Gelang Tangan Roti Bun
3. Gelang tangan Pulut Dakap
4. Gelang Tangan Lipan
5. Gelang tangan Gajah Licin
6. Gelang Tangan Coco Pasir
7. Gelang Tangan Jagung
8. Gelang Tangan Infinity
9. Gelang Tangan Pulut Dakap Ice Cream
10. Gelang Tangan Belut Padu
11. Gelang Tangan Puteri Padu
12. Gelang Tangan Panadol
13. Ketum Kendi
14. Disco Ball
15. Gelang Tangan Ketam
Design atau rekabentuk emas
Harga emas akan bergantung kepada berat dan juga upah berdasarkan jenis design. Kalau design tu lagi cantik maka katanya lagi mahal upahnya.
Tapi sebagai pembeli memang wajib tahu cara kira sebelum anda membayarnya. Sebelum ni saya ada bagitau di entri pengalaman saya beli gelang di Kedai Emas Anuar.
Kalau nak tahu ada 3 jenis emas yang ada di pasaran. Berikut adalah 3 jenis reka bentuk emas tersebut:
- Padu.
- Kosong/ Hollow.
- Stamping.
#1. Emas Padu
Emas jenis ini adalah mampat dan didalamnya padat dengan emas. Walaupun kelihatan kecil, ianya mempunyai berat yang lebih dan merupakan emas yang sangat tahan lama dan tidak mudah kemek atau rosak. Rantai jenis mesin dan belut biasanya merupakan emas padu.
#2. Emas Kosong/ Hollow
Emas jenis ini merupakan emas yang kosong didalamnya yang juga dikenali sebagai emas hollow. Biasanya ia kelihatan besar namun beratnya lebih ringan dan berbunyi-bunyi apabila digoncangkan. Emas kosong merupakan emas yang mudah kemek apabila diketuk. Biasanya rantai jenis gajah dan lipan dibuat menggunakan reka bentuk ini.
#3. Emas Stamping
Emas jenis ini kelihatan besar dan lebar namun kosong dibahagian belakangnya. Sama seperti emas kosong, emas stamping juga lebih ringan walaupun kelihatan besar. Rantai jenis vitara merupakan contoh emas stamping.
Jadilah pengguna yang bijak. Tapi beli emas ni tak rugi. Boleh jadi pelaburan juga untuk masa akan datang. Jangan berlebih-lebihan sudahlah. Dan yang penting bayar zakat jika sudah cukup haulnya.
Yang jenis pulut dakap tu paling anggun. 😀
Haiii….ada tak gambar gelang ketum dlm berat 15g…nak tengok
Cantik juga ya pulut dakap ice cream tu..
Cantik juga ya pulut dakap ice cream tu..
Saya juga sambil kerja ikut nabung buat beli emas
haduii..macam-macam nama kan sekarang.Tapi tulah, semua comel-comel belaka uiii
Sukanya dengan 🌽 😄❤️