Skincare Harian Yang Berkesan Untuk Mengelak / Merawat Kulit Muka Jeragat dan Sunburn
Kulit cerah dan putih memang idaman semua orang. Tapi bagi saya, dalam dilema pulak sebab bila berkulit cerah. Yang mana boleh nampak jeragat di muka.
Memang ketara betul tompok jeragat ni kalau saya tak kenakan foundation yang tebal. Kadang-kadang segan nak berhadapan dengan orang kalau tak pakai make up yang nipis.
Salah saya juga sebab saya takde ilmu yang betul dari awal penjagaan kulit muka. Saya baru tahu yang punca jeragat ini adalah daripada melanin yang ada di dalam lapisan kulit muka kita.
Lagi banyak melanin terhasil, maka lagi banyak tompok jeragat yang akan terjadi di muka. Yang pastinya punca utama jeragat adalah sinaran UV.
Jika kulit kita terus terdedah kepada sinaran UV, maka akan banyak melanin yang akan dihasilkan. Maksudnya jeragat juga makin banyak di muka.
Bayangkan kalau kita tak pakai UV protection, macamana kesannya kepada kulit muka kita nanti kan?
Ha yang ni penting untuk korang tau. Melanin ni juga boleh terhasil dari suhu persekitaran kita yang panas. Contohnya kita bekerja dalam bilik yang bersuhu tinggi ataupun walau sedang memasak.
Bayangkan, walaupun duduk rumah dan tak terkena sinaran matahari. Rupa-rupanya persekitaran yang panas juga boleh membuatkan banyak melanin akan terhasil.
Cara saya mencegah jeragat
Antara tips yang saya amalkan untuk mencegah jeragat adalah dengan menggunakan oatmeal dan skincare.
1. Oatmeal
ini memang untuk dimakan, tapi selain tu juga ia boleh jadi agen pengelupasan untuk buang kulit mati dan sisa kotoran di muka.
Bahan-bahan
2 sudu yogurt
1 sudu lemon
1 sudu madu
4 sudu oatmeal.
Caranya
Campurkan kesemua bahan di atas. Kemudian letakkan pada muka dan biarkan selama 20 minit. Selepas itu, tanggalkan dan basuh dengan air bersih. Mudah kan?
2. Krim pelembap wajah
Antara skincare harian yang berkesan dan yang paling mudah untuk saya gunakan. Terutama untuk bantu merawat dan mengelak jeragat, iaitu Aqua Whitening Cream Moisturizer.
Produk ini adalah dari Hansaegee Nature yang sememangnya popular di pasaran. Banyak maklumbalas yang positif atas produk ni. Sebab tu saya nak korang cuba sendiri.
Bila kita dah tahu punca jeragat adalah dari sinaran UV dan suhu persekitaran yang tinggi. Jadi yang paling penting adalah kita kena tahu cara untuk mengawal dan menjaga kulit kita.
Aqua Whitening Cream Moisturizer
Krim ini adalah berasaskan air dan memberi rasa yang sejuk pada kulit. Pertama kali sapu kat muka, rasa kulit sejuk dan nyaman. Boleh rasa bintik air di muka.
Boleh rasa krim ini menyerap ke dalam kulit muka. Bila tadi kita sebut tentang suhu yang panas, boleh menyebabkan terjadinya melanin. Sebab itu kita perlu pastikan kulit sejuk dan lembap.
Tambahan pula, Aqua Whitening Cream ini mengandungi peratusan bahan Niacinamide yang tinggi yang juga dikenali dengan Vitamin B3. Ianya membantu mencerahkan kulit dan memperbaiki kulit kusam.
Langkah ini bantu mengawal melanin menjadi lebih cerah dan memudarkan bitnik hitam di muka.
Cara penggunaan Aqua Whitening Cream Moisturizer
Krim ni tak melekit tau. Bila kata berasaskan air, krimnya sangat lembut dan mudah untuk disapu di muka. Ianya berasaskan herba dan boleh merawat kulit kemerahan dan sun burn.
Yang bestnya krim ini ada fungsi memutihkan dan pada masa yang sama melembapkan kulit.
Bila kita sapu kat muka dan leher, akan nampak titisan air serta merta. Itu yang buatkan kulit muka lembap sepanjang hari. Rasa segar je sebab ianya juga mengawal penghasilan minyak pada wajah.
Saya gunakan krim ini 2 kali sehari, iaitu waktu pagi sebelum pergi kerja atau keluar rumah dan di waktu malam sebelum tidur. Jadi krim ini saya akan tinggalkan sahaja di rumah, mudah sangat.
3. Krim pelindung matahari
Sebelum ni dah bermacam jenama sunblock yang saya guna. Semuanya tak memuaskan hati, terutama teksturnya yang berminyak.
Tapi terkini, krim pelindung matahari yang saya gunakan ialah Gold Nano CC CreamGold Nano CC Cream. Krim ini bertujuan untuk melindungi kulit muka dari jeragat. Serius best!!
Ianya mengandungi SPF 50+ PA+++ yang melindungi dari UVA dan UVB. Seperti yang saya beritahu sebelum ini, sinaran UV akan meningkatkan penghasilan melanin.
Jadi untuk mengawalnya, kita wajib melindungi kulit dari terhasilnya lebih melanin yang juga akan menyebabkan jeragat makin banyak di muka.
Gold Nano CC Cream wajib disapu di wajah setiap hari walaupun kita hanya duduk di rumah atau di dalam bangunan. Ini kerana UVB akan boleh menembusi melalui pintu ataupun tingkap. Boleh gunakan krim ini 2 kali setiap hari, setiap 3 jam sekali.
Tekstur Gold Nano CC Cream
Saya suka cc cream ni sebab ianya akan mengikut tona kulit muka kita. Takde isu kulit bercapuk atau nampak putih keterlaluan. Memang cc cream ni mudah meresap dalam kulit dan tidak menutup pori muka.
Bau cc cream ni pun best je. Ianya ringan dan krimnya tidak melekit. Bau pun sedap dan boleh diterima hidung saya hahaha.
Lepas pakai Cc cream korang boleh apply foundation dan make up seperti biasa. Nanti korang boleh nampak make up akan jadi pigmented, lebih cantik dan tahan lama.
Walau hari panas, make up korang akan lebih cantik dan glowing. Serius, nanti dah pakai boleh tengok hasilnya.
Kalau nak tahu, kedua-dua produk ni tiada kandungan paraben, sulfat dan juga alcohol. Ianya juga mesra wuduk dan mudah untuk dibersihkan. Yang pasti krim ni saya akan bawa ke mana sahaja saya pergi. Sangat membantu!!
Jeragat boleh pudar
Untuk pengetahuan korang, kebanyakan orang yang ada jeragat memang nakkan jeragat hilang serta merta selepas guna skincare. Tapi masalahnya mereka ni tak suka pakai pelembap wajah dan sunscreen. Konsep ni salah sama sekali.
Ikut pengalaman saya yang ada jeragat ni, ianya takkan hilang sekelip mata dengan hanya pakai krim. Ianya akan tetap ada jika korang tidak menjaga kulit muka dari sinaran UV dan suhu yang panas.
Tapi yang pasti, ianya boleh dikawal dengan cara menggunakan skincare harian yang berkesan. Dengan 2 langkah gunakan pelembap Aqua Whitening Cream dan Nano Gold CC Cream Hansaegee, ianya akan dapat mengawal dan mencegah pertumbuhan jeragat.
Itulah dia tips penjagaan muka saya setiap hari. Kalau korang nak dapatkan kedua-dua produk ini, boleh terus klik website dan sosial media dan follow untuk promosi terkini.
Brand : Hansaegee Nature
🍁Website: www.hansaegee.com/shop
🍁IG page: https://www.instagram.com/hansaegeenature/
🍁FB page: https://www.facebook.com/HansaegeeNature
🍁Youtube page: https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia
nampak moisture je kulit awak, boleh la cuba juga produk ni manatau serasi
Kita pernah try produk Hansaegee ni. Memang best Pencuci muka dia. Nampak fresh muka aju sebelum & selepas pakai tu.
Hansaegee nie sangat-sangat elok ye. Sebab banyak dah baca review yang ianya berkesan. Rawlins macam nak try pelembap tu.
Haaa betul kalo betul jaga rutin penjagaan kulit mesti memang kulit akan sihat. Paling penting moisturizer dan sunscreen kan
woow…thanks for sharing these skincare tips here, the aqua white moisturise cream seems good to opt for. gonna check out to try it. cheers, siennylovesdrawing
Wahhh produk ni ramai bg feedback bagus kak. Dari ingredient ke packaging..memang tip top. Kesan kepada kulit pun bagus. Nanti nak cuba juga lah. Hehe.
Produk ini yang kita cari sebab kita memang ada masalah cepat sunburn kalau kat luar hehehe masalah jeragat tu tak ada sangat. Mungkin boleh cuba produk ini tengok menggunakan bahan yang bagus dan berkualiti..
Glad that I am not a lady. 😀 So many different steps.
Bagus petua tu guna oateal nti blhlah cuba gua utk wajah, mmg kita kena rajin ersikan wajah setiap hari
Wahhh skincare routine yang wajib ni untuk jaga kulit kita at tip top condition! Regardless how busy we are kan! Good choice!
Nak elak jeragat memang perlu pakai pelembab and spf. Ramai yang skip pakai spf sebenarnya. Walaupun duduk dirumah , tak keluar still kene pakai selagi ianya pada waktu siang and perlu reaply..Alhamdulillah skin iena takde jeragat sebab iena tak pernah tinggal pakai spf/ sunscreen..
Wow…….this product looks good. Your skin looks shinny dear. Thank you for sharing your review with me.
Wow…….this product looks good. Your skin looks shinny dear. Thank you for sharing your review with me. Selamat Hari Raya.
Tengok sebelum selepas tu pun dah nampak sangat bezanya. Kalau amalkan pakai selalu mesti sangat baik untuk wajah kan. terbaik la.
geram dgn jeragat. susah nak hilang tapi kalau menggunakan method yang betul boleh hilang kan. nanti boleh cuba tips yang aju kongsikan.. thanks.
Sis pun pakai CC Cream tu, memang sehari mesti pakai, rasa lain kalau tak pakainya.. jerawat kecik tu kalau naik geramm, rasa nak picit ajee..
Hansaegee ni memang one of my fav skincare especially moisturizer dia tu best sangat memang muka jadi soft je adn tak kering walaupun dalam air cond
Lama dah nak cuba produk hanxagee ni sebab ramai dah kata bagus terutamanya yang AQUA Whitening Mousturiser dia sebab katanya bila pakai terus meresap macam air. Nampak kulit lembab tu yang best.