Pokok hiasan laman rumah Calathea Lutea | Bila dah punya laman sedikit di tepi rumah, mulalah hasrat nak mencantikkan dan dekorasi mula timbul di kepala ni. Sebenarnya banyak yang ingin dibuat tapi mulakan satu persatu dululah kan.
Saya memang teringin nak tanam pokok berdaun lebar ni di tepi gazebo kami ni. Tapi tak tau apalah nama pokok ni sehinggalah saya singgah di salah satu nurseri berdekatan Hospital Sungai Buloh, dan dari situlah tahu nama dia ni.
Pokok Hiasan laman rumah Calathea Lutea
Syukur sudah lama saya duk perhatikan pokok hiasan outdoor ni. Banyak ditanam di luar rumah sebagai perhiasan dan nampak cantik sangat untuk menambah seri laman anda. Kalau nak tahu namanya ialah Pokok Calathea Lutea.
Dulu sangat ingat nama pokok ni Keladi Gajah, rupanya silap. Macam saya beritahu di entri menanam rumput karpet ni dulu, saya dan suami banyak survey di kawasan berdekatan Hospital Sungai Buloh.
Kat dalam tu adalah memang tempat atau ladang diorang menanam juga membiak pokok dan harganya juga adalah berbeza dengan yang di jual di tepi jalam besar tu. Maknanya korang kene survey masuk kawasan lebih dalam lagi dari jalan utama tu.
Harga pokok hiasan
Contohnya pokok Calathea Lutea ni, kalau di kawasan jalan luar tu diorang jual dengan harga RM15 sepasu. Mintak kurang pun uncle tu geleng kepala, kami pun geleng kepala jugak takmo beli dengan dia ;).
Jangan risau kat sini memang banyak nurseri korang survey je lagi. Dan sampailah kami ke kawasan yang tak dijangka ni. Jalan nak masuk ke sini kecil dan memang ceruk sikit dari yang kat luar tadi. Nampak sempoi je nurseri ni kan.
Sila survey harga
Bila tanya harga, diaorang jual RM10 satu beg tu. Mintak kurang lagi, yeah!! diorang boleh bagi RM8 satu beg. Kan murah dan jimat RM7 dari kedai pertama yang kitaorang tanya tadi. Emm boleh dapat 2 pokok dengan harga uncle tadi tu bagi. Dan pokok yang ini lagi besar dan subur dari pokok uncle tu.
Hmmm rasa nak lalu depan kedai uncle tu dan bagitau dia, Uncle tengok ni!!! RM8 je uncle!!!! Heheheheh korang hengat aku berani nak cakap macam tu? kkekeke kene hempuk nanti sesaje je kan hahahah.
Akhirnya inilah yang kami beli
Ok bila dah setuju, kami ambil 5 pokok hiasan Calathea Lutea ni dengan jumlah RM40 hengget. Dan nampak pula pokok hiasan kecil ni tapi tak pasti apa namanya. Yang ni diorang jual 3 pokok RM10, laki aku pun dah pandai menawar sekarang ni.
Dulu mintak diskaun pun taknak, tapi sejak tengok saya deal dengan penjual tu dia pun dah pandai demand sekarang hahaha. Suami saya mintak 4 pokok RM10, orang tu laju aje cakap BOLEH!! Wah kalau tau mintak 5 pokok RM10 tadi, wak tu gelak ajee ;).
Ok bila dah siap bayar semua, angkutlah semua pokok tu masuk dalam kete. Wahh puashati ini, bolehla menghijaukan laman yang tak seberapa tu. Yang penting nampak cantik di mata saya, tak pastilah anda bagaimana? 😉
Takpe nanti saya kongsikan gambar pokok ni yang sudah siap ditanam di laman rumah ya, apa yang PENTING??? Kene rajin siramlahhh hehehe.
sekarang semua pokok hampir layu hidup dengan tak jer haaa..adoi…sungguh tak bernafsu nak siram pokok depan umh sis aju..alahai
seronok bertanam bunga kat rumah, yang malas cuma nak siram hehehe.
hi aju lama tak mai sini..aju dah pregnant tahniah tau…bestkan dapat menam tenang jek bila pokok hidup subur..kan…
Best lah duduk landed house., Boleh bercucuk tanam ☺
Seronok kalau pokok menghijau keliling rumah … sejuk mata memandang.
tu dia.
keladi gajah pun dia carik ye.
Pokok ni la yang isteri saya nak suruh beli tu.. hohoho.. takde la mahal sangat ek. tapi jauh plak nak g beli kat sungai buloh. hahaha
He he.. Memang cantik pokok keladi ni.. Sesuai sangat buat hiasan kat laman Rumah…
Betul ke ni keladi gajah?
salam..baru tau po0kok tu nama keladi gajah…hehe
Maaf, saya rasa tu bukan keladi gajah (Alocasia macrorrhizos)… Daunnya lebih kpd family pisang dan bukan keladi.