Cara buat donut mudah dan gebu. Confirm jadi!

Cara buat donut mudah dan gebu. Confirm jadi!

Bila anak-anak dah pandai request nak makan macam-macam, kita mak-mak ni memang auto pandai je nak buat haha. Walau memula rasa macam tak berapa pandai nak buat.

cara buat donut mudah, donut sukatan cawan dan tak perlu uli

Bukan bodoh ya, cuma kurang pandai hihi.

Tapi bila google memang banyak versi resepi donut yang ada. So kebanyakan kes try n error la. Kalau resepi tu kita cuba dan sedap then kita save resepi tu.

Resepi yang saya kongsikan ni memang mudah sangat nak buat. Cara buat donut ni senang dan tak perlu nak uli beria sangat.

Cara buat donut mudah dan gebu.

Bahan

1 paket yis kering
2 sudu susu pekat
1 cawan air suam
2 sudu gula
*campurkan bahan di atas dan biarkan kembang

Bahan kering

4 cawan tepung gandum
2 sudu marjerin
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam

Caranya

  1. Ramaskan bahan-bahan kering ni hingga jadi macam serbuk roti. Bab ramas ni mudah je dan pastikan marjerin atau planta uols tu pada suhu bilik. Kalau masih keras baru keluar dari peti ais memang susah nak ramas.
  2. Kemudian campurkan yis yang kita dah biarkan kembang tadi dah gaul rata. Gaul rata-rata dan pastikan sebati.
  3. Bentukkan doh menjadi bulat dan biarkan rehat dalam 1/2 jam. Saiz tu biarlah comel-comel, jangan besar gedabak sangat. Ajakla anak-anak korang tolong sama. Mesti seronok diorang. Lepas dah siap tu tutup bekas korang.
  4. Adunan memang lembik tau tapi uolls jangan risau ye.. Jangan memandai tambah tepung pulak tau hahahahaha
  5. Bila doh kita bulat-bulatkan tu dah kembang boleh bentukkan lubang ditengahnya. Nak lubangkan guna jari boleh, pakai acuan boleh atau guna apa-apa yang boleh pastikan tengah tu boleh dilubangkan menjadi donut.
  6. Seterusnya panaskan minyak dalam kuali dan bila dan panas bolehlah goreng donut tu sampai kekuningan. Donut dah siap!!!
  7. Kemudian boleh ambil gula aising dan taburkan ke atas donut kita.
BACA  Nasi goreng mudah dan senang

Donut ni memang sedap dimakan panas-panas ya. Bila anak ko 5 orang, sekali uli dan goreng je dah settle semuanya dimakan. Puashati mak ko nak berpenat lelah memasak.

3 thoughts on “Cara buat donut mudah dan gebu. Confirm jadi!”

Leave a Comment

Your email address will not be published.

%d bloggers like this: