Resepi Ikan tongkol masak lemak cili api.
Salah satu menu kegemaran kami sekeluarga ialah ikan tongkol masak lemak cili api. Selain ayam goreng berempah, menu ikan tongkol ni memang laku.
Ikan tongkol memang sedap jika dimasak cara ni. Kena pulak dengan nasi panas, memang bertambah selera.
Sampai tak sedar mak mertua lalu lalang. Hahaha kene sumpah plak kalau tak ajak makan skali.
Maaf kalau entri ni buat ailio korang merembes dan menjejeh membasahi baju dan tudung.
Maaf kita tak niat nak buat macam tu bulan-bulan puasa ni, just nak share resepi yang saya rasa paling sedap pernah saya masak abad ini 😂.
Ikan tongkol masak lemak cili api
Bahan Rebus
Ikan tongkol
3 biji Bawang putih – Hiriskan
3 keping asam keping
2cm Lengkuas – Hiriskan
2 batang Serai – Ketukkan
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Kemudian bahan di atas korang masukkan dalam periuk dan rebuskan sehingga ikan tongkol mendidih.
Air rebusan tu pulak jangan dibuang, sila asingkan dan buang segala bahan tadi tu.
Hanya ambil ikan dan air rebusan semata-mata.
Bahan Kuah Kuning
Ikan tongkol yang dah di rebus
Air Rebusan Ikan Tongkol
Santan pekat
2 keping Asam keping
Timun
Kacang panjang
Tomato
Bahan Kisar
3 biji Bawang merah
Cili Api
Halia
Kunyit
Cara memasak
- Ok bab ni senang kerja korang, ambil periuk dan letak atas dapur.
- Kemudian hidupkan api dan masukkan bahan kisar, air rebusan, santan, asam keping.
- Kalau taknak santan tu bertahi minyak, api mesti sederhana.
- Kacau dan masukkan pula ikan yang telah direbus tadi. Masukkan garam pula.
- Setelah mendidih masukkan pula kacang panjang dan tomato.
- Siap!!!
Kalau tengok bahan, pastinya korang rasa macam banyak step nak kene buat kan tapi alahai bila dah buat tu senang sangat tau.
Mudah dan sedap rasanya resepi ikan tongkol masak lemak cili api ni.
Saya pertama kali masak, sebelum ni asik buat masak kicap atau sambal je.
Rasanya masam-masam pedas sangat membuka selera untuk berbuka dan bersahur, tu pasal saya tambah tomato, lagi sedap bak ang!!!!. Dan Alhamdulillah suami dan anak-anak sukakan masakan ibu. Fuhhh seronok kita!!
TQ sebab buat ibu happy, walau penat tapi ibu puas bila dapat pujian macam tu. Sayur petola dan pasta tu adalah hidangan sampingan untuk hidangan berbuka kami sekeluarga.
Memang memasak itu memenatkan, tapi demi kepuasan dan kebahagiaan suami dan anak-anak, penat tu dah hilang entah kemana, ece ce cehhhh…hahahahha
bln puasa ni bila masa rs best sbb permintaan anak yg berpuasa..walaupun penat , kita sbg ibu mesti nk juga masak lauk bila die request kn
Rajin sis masak pada bulan Ramadhan kali ni… Tapi, bagi saya eloklah masak sendiri dekat rumah… Kalau nak beli dekat Bazar Ramadhan pun, kadang tu tak sedap… Betul tak? Masak sendiri lagi puas hati..
Sedapnya. Selalu makan ikan tongkol yg masak kari. Gulai pon sodap yer. Blh try nih.
aduh, sedapnya lama tak makan ikan tongkol.
Wahh saya suka masakan ikan tongkol tuh sebab itu memang kegemaran saya
sedap nye mesti enak tu heeee pas juga untuk di bulan puasa ini.
Baru je lepas masak ketam cili padi,sedap boleh masakkan untuk family kan
mak aihh kecur air liur melihatkannya.. Salam Aidilfitri! maaf Zahir dan Batin
SA tak pernah makan ikan tongkol ni..x tau apa rasanya
ikan tongkol ni mmg sedap..kalau buat goreng asam pun sedapnya tak terkira..hehee
favorite jgk ni.. top selalu masak style pantai timur…guna cili kering bukan cili padi. kalau makan mmg bertambah la nasi.. :p
style kami guna lengkus bukan halia. rs cam nak masak gulai ikan tongkol la plak bila tgk menu aju ni.. hehe
Masak lemak cili api memang sedapkan. Kuahnya tu bubuh banyak-banyak atas nasi bagi banjir pinggan heheheheee.
salah satu menu bestttt
masak lemak kuning
smlm sis masak ni jga