Jenis-jenis plastik yang kita patut tahu
Saya selalu ikuti group deko di facebook dan juga Instagram. Kebanyakan kita sukakan rumah yang cantik dan kemas. Dan kalau boleh semua benda kita nak susun atur dengan baik.
Termasuk di ruangan dapur yang kemas, memang mudah kita nak cari barang keperluan. Misalnya menyimpan garam, gula, serbuk kari dan kunyit di dalam botol plastik. Dan pernah tak korang tengok di label bawah botol plastik tu? Biasanya akan dilabelkan nombor pada bawahnya.

Gambar dari Facebook
Nombor-nombor tu pula ada perbezaan antara jenis-jenis plastik yang dibahagikan mengikut kod Society of the Plastics Industry (SPI). SPI telah membuat klasifikasi untuk memberi pendedahan kepada pengguna dan seterusnya membantu pengguna terutamanya ketika melakukan proses kitar semula.
Ada plastik yang kita tak boleh guna untuk letakkan makanan. Selain tu ada juga yang tak boleh digunakan lebih dari sekali. Ada juga yang boleh memberikan mudarat pada badan kita.
Hmm bahaya kan?
Sebab tu mustahak ambil tahu ilmu tentang jenis-jenis plastik ni.
Pengetahuan ni penting tau, sebab kalau kita tahu jenis-jenis plastik, kita dapat gunakan plastik dengan bijak tanpa mencemarkan alam sekitar. Lagi satu, sebab ianya berkait rapat dengan aspek kesihatan kita, itu yang utama.
7 Jenis-jenis Plastik yang utama
#1 Pertama : Polyethylene Terepthalate
Ia ditulis dengan angka 1 di tengahnya serta tulisan PETE atau PET (Polyethylene Terephthalate) di bawah segitiga. Biasa digunakan untuk botol plastik, berwarna jernih/lut sinar seperti botol air mineral, botol jus, dan hampir semua botol minuman.
Botol ini hanya boleh digunakan sekali sahaja. Jika terdapat air panas di dalamnya, ianya akan mengakibatkan lapisan polimer pada botol tersebut meleleh dan mengeluarkan karsinogenik yang boleh menyebabkan kanser.
#2 Kedua : High-Density Polyethylene (HDPE)
Angka 2 ditengahnya, serta tulisan HDPE (High Density Polyethylene) di bawah segitiga. HDPE memiliki sifat bahan yang lebih kuat, keras dan lebih tahan terhadap suhu tinggi. Plastik ini selamat digunakan, walaubagaimanapun, tidak dicadangkan untuk digunakan semula bagi mengisi sebarang makanan dan minuman. Kebanyakan plastik jenis HDPE digunakan sebagai botol detergen, shampoo, gel mandian dan barangan kosmetik yang lain
HDPE merupakan salah satu bahan plastik yang selamat untuk digunakan kerana kemampuannya mencegah reaksi kimia antara plastik berbahan HDPE dengan makanan/minuman. Ia juga hanya elok di pakai sekali sahaja.
#3 Ketiga : Polyvinyl Chloride (PVC)
PVC bermaksud Polyvinyl Chloride. Plastik ini biasanya terdapat pada plastik pembungkus (cling wrap), paip plastik, lantai dan botol-botol. Reaksi yang terjadi antara PVC dengan makanan berpotensi berbahaya untuk ginjal, hati dan berat badan.
Sebaiknya kita harus mencari alternatif pembungkus makanan lain (bukan bertanda 3 dan V) seperti plastik yang diperbuat dari polietilena atau bahan alam seperti daun pisang.
#4 Keempat : Low-Density Polyethylene (LDPE)
Angka 4 di tengahnya, LDPE (Low Density Polyethylene) ialah plastik coklat (thermoplastic/diperbuat dari minyak bumi), biasa di gunakan sebagai tempat makanan, bekas plastik, dan botol-botol yang lembik.
Barang berbahan LDPE ini sukar dihancurkan namun tetap baik untuk tempat makanan.
#5 Kelima : Polypropylene (PP)
Angka 5 di tengahnya, PP (Polypropylene) adalah botol lutsinar biasa yang tidak jernih. Polipropilen lebih kuat dan ringan dengan daya tembus wap yang rendah, ketahanan yang baik terhadap lemak, stabil terhadap suhu tinggi dan cukup mengkilap.
PP merupakan jenis plastik kedua tertinggi yang digunakan secara keseluruhannya. Ia merupakan antara termoplastik yang paling mudah lentur. Walaupun PP bersifat lebih kuat berbanding PE, ia tetap dapat mengekalkan fleksibilitinya. Plastik PP bersifat fleksibel, tahan haba, tahan asid, dan murah.
Jenis ini adalah pilihan bahan plastik terbaik, terutama untuk tempat makanan dan minuman serta yang terpenting botol minum untuk bayi. Plastik jenis PP dapat digunakan berkali-kali kerana sifatnya yang tahan lama dan merupakan jenis plastik yang sesuai untuk mengisi makanan dan minuman lebih daripada sekali seperti Tupperware.
#6 Keenam : Polystyrene or Styrofoam (PS)
Angka 6 di tengahnya, PS (Polystyrene) biasa digunakan sebagai tempat makan styrofoam, tempat minum sekali pakai dan lain-lain. PS merupakan polimer aromatik yang dapat mengeluarkan bahan styrene ke dalam makanan ketika bersentuhan dengan bahan tersebut.
Selain tempat makanan, styrene juga terdapat dari asap rokok, asap kenderaan dan bahan konstruksi gedung. Bahan ini harus dihindari, kerana selain berbahaya untuk kesihatan otak ia juga mengganggu hormon estrogen pada wanita yang mengakibatkan masalah reproduksi, pertumbuhan dan sistem saraf.
Ketika dibakar, bahan ini akan mengeluarkan api berwarna kuning jingga dan meninggalkan jelaga. Penggunaan berulang kali harus dielakkan kerana kesan yang mungkin timbul daripada reaksi tindakbalas plastik tersebut.
#7 Ketujuh : Miscellaneous Plastics
Angka 7 di tengahnya, serta tulisan OTHER. Untuk jenis plastik 7 Other ini ada 4 jenis iaitu:
1. SAN – styrene acrylonitrile
2. ABS – acrylonitrile butadience styrene
3. PC – polycarbonate
4. Nylon
Boleh didapati pada tempat makanan dan minuman seperti botol minum olahraga, komputer, alat-alat elektronik. Barangan plastik SAN dan ABS bertindak tinggi terhadap reaksi kimia dan suhu, kekuatan dan tingkat kekerasan yang telah ditingkatkan.
Biasanya terdapat pada mangkuk mixer, pembungkus thermos, piring, alat makan, penapis kopi dan berus gigi. ABS biasanya digunakan sebagai bahan mainan Lego.
Didn’t know there are so many different types of plastics available. 🙂 Thanks for sharing.