Wallflower bath & body works review. Ruang tamu pun wangi!!
Bila dah PKP ni memang banyak masa kat rumah. Sambil bekerja dari rumah, sambil awasi anak-anak yang PDPR. Fuhh memang tak rehat ya mak-mak ni.
Pheww!! Berpeluh..
Bila dah banyak masa di rumah, kita perhati setiap ruang inci rumah. Hahaha kalau pergi kerja bukan tak sempat nak tengok tapi yang mana sempat jelah. Lepas tu teringin nak tukar langsir ruang tamu. Upgrade tempat susun kuali dalam kabinet.
Hahah macam-macam barang online yang sampai ke rumah.
Dan salah satunya adalah parcel pewangi rumah.
Hmm aritu fikir nak beli Diffuser Young Living tapi duk fikir besar juga bajetnya. Berzikir hari-hari, nak beli tak nak? Nak beli tak nak?
Lepas tengok ada promosi kat website Bath and Body Works Malaysia, apa lagi?? Kita cubalah wallflower plug dan bulb nya.
Sales Online Bath and Body Works Malaysia
Kalau kita daftar online di website BBW ni, selalu kita akan terima emel diorang kalau ada promosi. Jadi memang kita tak ketinggalan la promosi terkini haha. Cuci mata sokmo.
Dan kalau register di website pun takde dapat point ya. Kelebihannya kita dapat beli direct dengan diorang jela.
Setiap kali ada promosi memang semua produk pun ada sales. Tapi setiap harga tu berbeza untuk setiap promosi. Setakat ni belum ada hati lagi nak beli sabun, body spray, body mist dan hand soap. Terfikir nak beli pewangi rumah je.
Bukanlah kata rumah sekarang ni busuk. Tapi sajelah nak naikkan semangat WFH dan anak-anak yang PDPR.
Waktu ni ada promo BELI 3 PERCUMA 2. Maksudnya boleh campur wallflower plug dan bulb. Harga tu jadi RM27 dari harga asal RM42 seketul.
Yang plug dan pewangi tu boleh campur-campur ya. Tapi saya pilih plug yang murah tu. Kalau plug yang ada glitter harganya lebihla sikit kan. Memang cantik.
Dan plug tu pulak saya pilih warna hitam sebab tak nak cepat kotor. Walau dalam hati meronta nak warna putih hahaha.
Saya TAK PERNAH beli wallflower BBW. Tak tahu pun mana satu yang wangi. Waktu saya pilih pewangi tu kat website, saya tengok color botol tu je haha.
Saya pilih je color botol yang cantik. Belasah jela labu! Korang kena cepat.
Sebab sales kat website memang kena menjerung weh! Kalau lambat gigit jarilah korang.
Wallflower Bath & Body works review
Disebabkan tak tahu bau apa yang wangi. Kita pilih je ikut suka. Janji cukup 5 barang.
Saya pilih sweet pea, in the stars, a thousand wishes dan mahogany taekwood. Tak banyak pilihan yang hado, jadi pilih jelah.
Ada item yang saya ambil 2 sebab kebanyakan dah out of stock. Cepat betul sold out ya. Macam ni harus cepat grab uols. Nanti putih mata.
Tapi yang saya notice, sales bulan Jun dan hujung tahun memang murah. Huhuhu.
Saya tak boleh nak tunggu dah, bila ada murah tu grab aje.
Setakat ni pernah nak juga nak beli dari Personal Shopper (PS) tapi TAK DAPAT harga macam saya beli kat webiste BBW. Jadi lupakanlah nak beli dengan PS. Kita beli direct dengan kedai online je.
FREE delivery dan PERCUMA make up bag
Dan yang seronoknya waktu ni ada PERCUMA make up bag glitter. Color merah gitu. Bila saya add to cart plug dan pewangi, terus dia ada free make up bag ni. Sudah bagus kan. Kalau beli asing harganya RM20 juga ni.
Dan setiap pembelian melebihi RM80 kot, percuma delivery. Jadi berbaloi la kan. Ini namanya promosi berganda.
Benda tak selalu ada promo, jadi grab ajelah. Nanti fikir-fikir tak jadi beli pula.
Dan yang bestnya servis penghantaran diorang SANGAT CEPAT. Order hari ni, besok dah dapat dah. Hmm terbaikla BBW.
Pasang Wallflower Bath & Body Works
Senang je nak pasang wallflower ni. Boleh tengok video kat atas ya. Nak pasang senang, dan kepala plug tu boleh pusing-pusing.
Bolehla ikut kedudukan plug rumah korang. Janji jangan terbalikkan je pewangi tu nanti tumpahla kan.
Dan bila dah pasang memang wangi ruang tamu. Ruang tamu saya ni lebih kurang 20×20. Jadi bau pun kat ruang tamu jela.
Nak kata bau kuat sangat-sangat tu takdelah. Tapi boleh baula bagi sapa yang duduk kat area situ. Dari sebelum ni takde bau apa pun kan. Saya dah cuba pewangi Sweet Pea, Thousand Wishes. Bau ni sangat wangi dan kuat juga. Memang wangi dan sweet je baunya.
In the Star pun wangi tapi tak kuat sangat. Tapi Mahogany Teakwood tu serius saya tak suka bau dia haha. Dan baunya juga tak kuat.
Berapa lama tahan pewangi wallflower BBW ni?
Saya on plug bukannya setiap masa tau. Hihi nak jimat elektrik. Setiap hari tu dalam 4-6 jam sehari. Bila duduk di ruang tamu siang hari je on. Kalau malam saya off.
Kalau macam ni satu bulb pewangi tu bertahan dalam 2 bulan macam tulah.
Itu sahajalah review saya tentang pewangi rumah bath and body works ni. Untuk korang yang berkira-kira nak beli, silakanlah beli.
Seronok duduk rumah sambil buat kerja dan mengasuh anak-anak. Suami balik kerja pun hilang stress dia bila balik rumah wangi je. Agaknya lah hahahhaa. Tak pernah pulak tanya dia kikkiiki.
Memang puashati lah wallflower plug and bulb ni. Lepas ni nak beli pewangi kereta pulak.
Hahhaha kerjanya nak meracun korang je kan.
The design is so chic. Would love to have one for my home as well.
Wah menariknya .. best bila rumah wangi, so kita pun rasa damai n tenang. Tapi design dia cantik. Hitam pun menarik.
Tq for sharing. Kak Amie pun suka wangi-wangian. Rasa lebih segar dan bersemangat nak buat kerja. Kak Amie ada beli Yong Living. Memang harga kayangan. Apa boleh buat, dah terbeli.
Wah…kak SA pun suka la wangi- wangi especially BBW ni….ntah bila nak pi shopping lagi ni….ikutkan malas nak beli online product2 macam ni..nak fizikal shopping jugak…
Bestnya.. rasa teracun dah ni.. hahaha..
Lama dah mencari pewangi rumah.. mungkin boleh cuba yg nie.. thanks for sharing kak ^^
aida x pernah beli and guna ni. tapi tau la sebab ramai friends yg suka review di fb. teringin membelinya. in shaa Allah if lalu kedainya, aida nak masuk and survey. mungkin akan jatuh cinta, kan ๐
benda wangi gini is very calming. rasa sgt best…
Marina pon beli BBW sebulan yg lepas. Jenuh mencari yang plug in punya. Terjumpa BBW. marina beli plug bentuk rama2.
Anak dara memang peminat BBW nih, nanti saya nak kongsikan info ni dengan dia,PKP nih nak duduk rumah pun kena wangi2 hehehe
Serious best pakai bbw ni punya wallflower ni kan. Memang wangi betul bilik kalau pasang.
Menarik juga ni. Kat rumah guna Air Wick punya je. Nanti nak cuba yang ni la pulak heee
Saya rasa kalau BBW buat kumpul point tu saya rasa berpuluh ribu apa point saya dekat BBW.. Maklum lahmmg suka mbeli n shopping dkt situ
menarik dik.. terus akak rasa nak jengah jugak.. suka wangi-wangi ni.. tapi dari awal sebenarnya akak suka tengok beg glitter tu haa.. hahaha