Lawatan Ke Taman Buaya & Rekreasi Melaka secara maya

Lawatan Ke Taman Buaya & Rekreasi Melaka secara online.

Rindunya nak makan angin kan. Memang dah lama kita semua berkurung masa PKP ni. Dah bosan kan duduk rumah lama-lama.

Rindu nak jalan-jalan sambil cari makanan viral. Nak jumpa mak, ayah, adik beradik, sedara mara dan kawan-kawan. Anak-anak pun meronta-ronta nak pergi sekolah.

Hahaha waktu ada sesi sekolah pandai pulak ponteng kan. Bila dah PKP pulak rajin nak pegi sekolah. Yelah kekangan PDPR ni pun kekadang buat kita rasa tekanan juga.

Bukan senang nak uruskan anak-anak PDPR sambil kita pulak WFH. Memang mencabar. Pagi-pagi siapkan sarapan. 8.30 dah kena clock in sistem pejabat.

Yang tadika kena tengokkan link nak masuk Zoom. Yang lain-lain mujurla dah besar bolehla nak tengok sendiri kelas online masing-masing.

Cuma bab homework tu memang kena ingatkan selalu. Sebab wajib hantar selepas habis waktu. Sama ada hantar ke Google Classroom atau snap hantar ke Telegram atau Whatsapp.

Lawatan ke Taman Buaya & Rekreasi Melaka

lawatan ke taman buaya secara maya, lawatan zoo melaka secara online

Oklah berbalik pasal lawatan ke Taman Buaya & Rekreasi Melaka. Zoo ni memang tempat kesukaan anak-anak la. Siapa tak happy dapat tengok macam-macam jenis haiwan.

Jadi bila ada lawatan zoo secara maya ni memang semua excited nak tahu macamana la nak ke zoo online ni. Saya pun buka Facebook Taman Buaya dan Rekreasi melaka sebab nak tahu caranya.

Cara tempah tiket Lawatan ke Taman Buaya & Rekreasi secara online

Mudah je rupanya. Prosedur tempahan sangat senang. Klik je Google Form ni dan buat je tempahan kat situ.

1. Lawatan Maya ini akan diadakan pada setiap hari Jumaat hingga Ahad.

BACA  Bercuti ke Krabi dengan kereta - Day 4

2. Terdapat dua sesi lawatan bagi setiap satu hari iaitu 11.00 pagi (sesi 1) & 2.30 petang (sesi 2)

3. Slot lawatan akan ditentukan oleh pihak Taman Buaya & Rekreasi Melaka berdasarkan kekosongan slot yang ada.

4. Penyertaan lawatan terbuka untuk setiap peringkat umur.

5. Sesi penerangan sepanjang lawatan akan dijalankan dalam Bahasa Melayu.

6. Lawatan maya akan dibuat menggunakan medium aplikasi You Tube (private link).

7. Bayaran penyertaan adalah sebanyak RM7.00 seorang bagi kanak-kanak dan dewasa.

8. Setelah butiran lawatan diisi, pembayaran hendaklah dibuat ke akaun berikut:
MAYBANK 5540 1763 7193 – Taman Buaya & Rekreasi (Melaka) Sdn Bhd

9. Setelah pembayaran dibuat, pihak kami akan hubungi anda bagi penetapan slot lawatan maya bergantung kepada slot kekosongan yang ada.

10. Setiap tarikh & slot akan ditentukan oleh pihak Taman Buaya & Rekreasi Melaka.

Sekiranya terdapat pertanyaan, sila hubungi 017 455 2294 / 011-1913 5323

Pengalaman tengok Zoo Online

Saya pilih slot lawatan pada Hari Ahad Jam 11 Pagi. Waktu ni semua dah relaks kan, jadi tenang-tenang boleh menonton.

Selepas buat bayaran pada 19 Jun 2021, saya save resit tu dan lampirkan dalam google form di atas. Jadi lepas tu tunggulah beberapa hari akan ada staff diorang yang call untuk confirmation tarikh kita.

Saya takde pun call atau whatsapp diorang. Kita paham kalau lambat tu mesti ramai agaknya tunggu turn. Kena queue la kan, sebab sure ramai nak pergi ni haha.

Dan pada 28 Jun 2021, selepas 9 hari buat bayaran tiket, saya terima whatsapp maklumkan sesi saya pada 4 Julai 2021 jam 11 pagi. Dan diornag inform akan berikan link youtube pada hari kejadian.

So pagi Ahad 4 Julai 2021 tu jam 9 pagi. Diorang create satu group whatsapp dan link youtube diberikan dalam group tersebut. Ha sampai masa je 11 pagi tu boleh dah tengok di link yang diberi.

BACA  Mee Kicap Tamin, Jalan Dato Onn Ipoh

Memang puashati!! Semua pun happy dapat pergi zoo biarpun online je. Zoo Keeper tu peramah dan menghiburkan. Kita pun tak jemu menonton.

Sesi tu 1 Jam 40 minit macam tu. Puashati!!!

Apa perasaan lepas tonton dan melawat Taman Buaya ni secara online?

Memang puashati sangat-sangat!!

Audio jelas, visual dan gambarnya puashati, setiap sesi dan slot memperkenalkan haiwan tu akan diterangkan oleh seorang Zoo Keeper yang ceria dan kelakar.

Hahaha memang seronokla tengok diorang selain tengok haiwan tu. Pada saya tak rugila bayar RM42 tu. Saya beli tiket untuk 6 orang.

Kenapa nak tiket banyak-banyak? Saje niat nak menyumbang untuk beli keperluan haiwan kat sana. Berbaloilah bayaran saya tu dengan servis yang kami semua dapat tonton ni.

Bagi saya ini satu inisiatif yang sangat bagus. Selain dapat ceriakan anak-anak seisi keluarga, dapat juga beri income pada Zoo tu.

Sekarang ni semua pun terkesan dengan pandemik ni kan. Dah lama berkurung tapi tak nampak pengurangan kes-kes C19 ni.

Semoga cepatla Allah angkat wabak C19 ni. Semoga kita semua dapat menjalani kehidupan macam dulu-dulu. Dan juga, jangan lupa gunakan masa yang Allah bagi ni sebaiknya.

Banyakkan buat amalan berpahala. Setiap berlaku ada hikmahnya Insh Allah.

Leave a Comment

Your email address will not be published.