Pengalaman suntikan vaksin Sinovac Dos Pertama.
Tak pernah terlintas di akal kita akan diuji dengan wabak Covid 19 ni. Keadaan sekarang dengan kes melebihi 10,000 sehari memang membuatkan kita semua tak senang duduk.
Dengan barisan Frontliner yang semakin penat, keadaan pesakit yang semakin ramai dijangkiti.
Apapun kita mesti menang. Dah tak sanggup tengok keadaan negara dengan ujian C19. Semua kena main peranan. Jaga diri dan jaga komuniti.
Salah satunya dengan ambil vaksin ni. Dan jangan pentingkan diri sendiri.
Setiap hari kemaskini My Sejahtera
Setiap hari ramai yang update mereka dah dapat vaksin pertama. Saya yang mendaftar pada 4/3/2021 di My Sejahtera masih belum mendapat temujanji vaksin pertama.
Just bagitau apa yang patut dibuat untuk percepatkan temujanji. Semua saya pun saya cuba..Bila ada yang bagitau step by step kemaskini di helpdesk, dan mereka terus dapat temujanji. Saya pun buat juga, tapi belum berjaya.
Perasaan tu sangat risau, kenapa turn saya belum lagi? Apa yang perlu update ni ya? Setiap hari pun refresh soalan-soalan di My Sejahtera.
Kenapa orang lain dah dapat? Saya belum dapat lagi? Macam-macam perasaan yang datang. Masa ni, semua pun keadaan stress, tak dapat keluar rumah. Tak dapat temujanji vaksin pun boleh buat kita stress tau hahaha.
Dan syukur keluarga dan kawan pun sangat membantu. Bila ada orang yang tenangkan kita, terus perasaan tu lega.
Tapi besok bila ada yang update kata dah dapat temujanji, ko stress lagi hahaha. Nak-nak rakan sebantal ko dapat, ko pulak tak dapat huhuhu.
Temujanji Vaksin Pertama di KLCC
Nak dijadikan cerita, memang sekarang ni asal bangun pagi je saya akan tengok My Sejahtera. Bila takde tarikh, saya update lagi soalan-soalan tu. Mengandung ke tidak? Menyusukan bayi ke tidak?
Lepas tu….
Dalam pukul 8.00 pagi, seperti biasa lepas buat sarapan saya akan settlekan kain pulak. Sambil melipat kain sambil tengok My Sejahtera lagi. Dan paling mengejutkan masa tu ditakdirkan dapat Temujanji Vaksin Pertama pada 16/7/2021 tu jugak, jam 10 pagi.
Waktu tu ko tengok jam 16/7/2021, 8.25 pagi. Ya Allah lagi 1 1/2 jam.
Ya ampun cepat bersiap!!!, tapi mulut tak henti ucap Alhamdulillah!!
Patut ko melompat happy kan hahaha, ni pakej melompat terus ke pusat vaksin citer dia!!
Memang saya melompatlah nak bersiap. Nak iron tudung, nak pilih baju. Memang menggelabah lah citer dia hahaha. Baju pulak, time tu baru nak fikir pakai baju apa kan. Hahahha sekejap betul dapat timing nak berfikir ni.
Persiapan ke Pusat Vaksin
Tapi syukur bila ko ada anak ramai, bagi je arahan. Sorang iron tudung, sorang carikan baju. Seorang lagi siapkan handbeg ibu dengan pastikan purse ibu ada duit dan IC. Pen pun diorang tolong carikan, apatah lagi sanitiser hahaha. Wajib bawa item ni ke PPV:-
- Kad Pengenalan/ Passport
- Handphone untuk pengguna My Sejahtera
- Pen untuk isi borang
Kita make up je dalam kereta dan paling bersyukur ada driver tersedia hihihi. Encik suami ni dah dapat vaksin pertama dia Rabu lepas, jadi dia sangat sepenuh hati teman kita pulak.
Terima kasih suami.
Parking di Pusat Vaksin KLCC
Syukur jalan tak jammed dan dipermudahkan. Tiada roadblock dan tiada aral melintang di tengah jalan. Thank you Allah.
Dan kami sampai 1/2 jam awal dari masa temujanji yang ditetapkan. Bolehla nak cari parking. Tenang-tenang masuk ke Pusat Vaksin.
Owh waktu ni kami parked kereta di Traders Hotel dengan rate RM9 per entry.
Bila ada suami, dia yang parked kereta dan kita boleh terus masuk ke dewan tanpa menunggu parking kosong. Ramai nampaknya appointment hari ini.
Bila dah masuk ke dewan ni. Tetiba baru rasa nervous tu datang.
Huhuhu tadi kalut bersiap, takde lah rasa nervous.
Checkpoint di Pusat Vaksin
Kat sini ramai petugas yang ada, jadi tak perlu rasa susah hati nak pergi mana. Semua pun akan bantu tanpa anda hilang arah.
Biarpun ramai tapi memang pergerakan tu ada. Dan anda akan dibawa masuk ke beberapa checkpoint.
Waktu ni pastikan My Sejahtera sentiasa di buka dan IC/ Passport di tangan.
Checkpoint 1 – Dapat 2 helai borang. Selesai isi borang, menunggu untuk ambil no giliran.
Checkpoint 2 – Petugas akan mengesahkan maklumat My Sejahtera dan Kad Pengenalan. Waktu ni petugas juga bertanyakan jika kita ada alahan atau ada sebarang penyakit.
Checkpoint 3 – Kemudian kita akan berjumpa dengan petugas kesihatan untuk menerangkan tentang vaksin yang akan kita terima dan kesan sampingannya. Dan waktu ni confirm saya menerima Sinovac.
Checkpoint 4 – Menerima suntikan
Checkpoint 5 – Menunggu di ruang disediakan selama 15 minit dan menerima temujanji berikutnya dengan berikan Kad Pengenalan.
Bila sampai di check point yang menerangkan vaksin yang akan diterima kat sini kita boleh tanya apa info yang kita nak tau. Doktor terangkan apa side effect dan kita akan di monitor selama 15 minit selepas menerima vaksin.
Saya kira-kira proses ambil nombor giliran sehingga selesai disuntik dalam 30 minit macam tu.
Pastikan untuk muslimah ni pakai pakaian yang vaksin friendly. Mula-mula saya nak request nurse perempuan, lepas tu tengok kat dalam cubicle tu nurse perempuan. Dan syukur nampaknya doa saya dimakbulkan. Terjagalah aurat kita hihi.
Pengalaman suntikan vaksin Sinovac Dos Pertama
Selama 15 minit di ruang menunggu, tiada simptom yang saya alami. Selepas saya menerima kad temujanji untuk Dos ke 2, petugas akan pastikan kita tiada masalah dan boleh balik ke rumah. Kita juga diingatkan untuk mengemaskini simptom di My Sejahtera dalam masa 24 jam selepas menerima vaksin pertama.
Sengal juga tangan ni selepas suntikan vaksin Sinovac. Balik rumah, terus rasa mata pedih-pedih dan mengantuk. Akhirnya terlena juga dalam 20 minit. Lapar tu perkara biasa sebab kalau tak vaksin pun memang kuat makan haha. Dan syukur tak demam juga.
Dan setakat ni tiada simptom luar biasa selepas beberapa hari menerima vaksin Sinovac ni. Inilah pengalaman suntikan vaksin Sinovac pertama saya. Pada yang belum menerima tarikh temujanji harap bersabar ya.
Rasa gemuruh itu perkara biasa, tapi bila kita dah laluinya memang lega sangat. Semoga usaha kita ini dipermudahkan Allah hendaknya. Covid 19 cepatlah hilang dari muka bumi ni hendaknya.
hari hari jengah my sejahtera..belum ada rejeki lagi nampaknya
insha allah tak lama dah tu yan…
alhamdulillah…
Great that you have been vaccinated. I had Sinovac too. Now let’s wait for the second dose.
Alhamdulillah….. semoga baik-baik sahaja…
saya pun lepas kena vaksin, balik terus rasa mengantuk…. lena……
Ya sis, moga cepat habis Covid ni. Savings makin kurang, nak sana-sini pun makin takut sbb asyik naik kes hari-hari.
Harap 2nd dos sis okay — moga sihat x demam.
Alhamdulillah… 2nd dose nanti kena jaga2, ramai yg demam lps suntikan kedua.