Amalan sunat 10 hari pertama Zulhijjah dana kelebihannya
Kita sudah pun masuk 10 hari pertama di Bulan Zulhijjah. Tak lama lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidiladha.
Banyak amalan sunat yang kita boleh lakukan. Saya taknak ketinggalan berkongsi entri ini untuk kita sama-sama mengejar pahala ini.
Al-Bukhari meriwayatkan sebuah hadis daripada Ibnu Abbas R.A, Daripada Nabi SAW, Baginda bersabda:
مَا مِنْ أَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهَا أَحَبُّ إِلَى اللهِ مِنْ هَذِهِ الأَيَّامِ يَعْنِي أَيَّامَ الْعَشْرِ ، قَالُوا : يَا رَسُولَ اللهِ ، وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ ؟ قَالَ : وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ ، إِلاَّ رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ ، فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَيْءٍ.
Maksudnya : “Tiada hari-hari yang amalan soleh yang paling disukai oleh Allah untuk dilakukan melainkan hari-hari ini (Baginda memaksudkan 10 hari terawal Zulhijjah).”
Banyak amalan yang digalakkan bagi kita untuk laksanakan di bulan Zulhijjah. Mari kita ulangkaji semula amalan-amalan yang kita boleh laksanakan pada 10 hari pertama Bulan Zulhijjah.
Amalan sunat 10 hari pertama Zulhijjah
Antaranya:
1) Al – Quran.
Kita perlulah selalu membaca al – Quran, janganlah kita meninggalkannya. Walau sesibuk mana pun kita dengan urusan dunia, jangan kita abaikan akhirat. Bacalah al-Quran walaupun 1 muka surat ataupun setengah muka surat ,tetapi jangan sampai kita terleka untuk membaca al–Quran.
Selain itu, apabila ada rasa kesunyian dan kesepian, kita boleh mendengar alunan Al-Quran daripada pelbagai Qari dan Qariah. Pada waktu itu juga, kita selalulah merujuk terjemahan dan tafsir-tafsir agar kita lebih memahami isi kandungannya. Kita dapat muhasabahkan diri apabila kita memahami ayat-ayat yang kita baca.
2) Solat
Solat adalah tiang agama Islam. Dalam solat kita akan membaca ayat suci al-Quran.Solat ialah mengerjakan solat di awal waktu dengan penuh rasa rendah diri dan khusyuk. Tambahan lagi, kita boleh mengerjakan solat-solat sunat (qiamulail ).
Bacaan ayat-ayat suci al-Quran yang dihafal boleh dilaksanakan dalam solat kita, lalu secara tidak langsung kita haruslah menghafal, mengulangkaji dan mempercantikkan bacaan kita agar solat kita lebih yakin dan khusyuk .
3) Berpuasa
- 9 hari pertama adalah yang dibolehkan berpuasa dan terutamanya pada 9 zulhijjah (hari Arafah )
- Qada’ puasa bagi puasa yang tinggal (jika ada)
4) Hari EidulAdha ibadah korban
- •Tidak memotong kuku dan rambut sehingga selesai penyembelihan binatang korban
- Mengikuti semua amalan sunnah EidulAdha
- Mengerjakan solat EidhulAdha dengan penuh rasa semangat
- Mengerjakan ibadah korban dengan hati yang ikhlas
- Makan daging korban dan memberi makan daging korban kepada orang islam yang lain
- Menziarahi saudara mara dan rakan tauladan
5) Zikir & doa
- Memperbanyakkan bacaan zikir seperti Tahlil, takbir, dan tahmid
- Membaca zikir pagi, petang dan doa-doa mengikut sunnah
- Membaca selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW
- Memperbanyakkan doa ketika waktu mustajab doa terutamanya pada Hari Arafah
6) Lain-lain amalan
- Sentiasa mengambil peluang untuk melakukan kebaikan.
- Menjauhi perbuatan dan kata-kata yang sia-sia.
- Menjauhi perbuatan dosa besar dan dosa kecil.
- Sentiasa memenuhi masa dengan perkara-perkara yang bermanfaat
Semoga dengan pengisian ini dapat meningkatkan amalan kita dan mendekatkan diri dengan yang Maha Esa.
Salam Aidiladha 🙂
Selamat hari raya Aidiladha, tips yang sangat kelakar. haha
Salam aidil adha Aju …nanti nak cuba lah tips tu.20 sen setiap kilometer ye Aju …hihihik
Salam Aidiladha Aju…
Ktorng pun takde buat apa-apa persediaan untuk raya ni..raya bertiga jerkan..baju pun pakai baju raya puasa tempohari jer…
Salam Aidiladha Aju..
salam raya aidiladha ajue…
samala kita ajue takder pic raya…takder mood nak bergmbo kekdahnyer…amboi baguih jugak tip tu ajue…hehe
Salam Aidil Adha..bagus jugak tips tu ye..
Salam aidiladha aju.
Ha ah..tips jimat minyak ni leh la amalkan nanti..hahaha..20 sen pun duit tu..hehe
Terima kasih atas perkongsiannya. Moga kita diberi keampunan dan diterima amalan.