Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0 PERCUMA! Dr Azizan bantu usahawan terkesan.
“Mula-mula kata program ni PERCUMA. Tapi selepas termakan umpan, mereka mula cadangkan masuk program itu ini. Program pulak terkinja-kinja, menjerit amik semangat katanya”.
“Katanya Program Keusahawanan. Nak bantu la kononnya. Tapi yang jadi sebaliknya”.
“Andai kata kita masuk program dia, dia dah tentu akan kaya. Kita? Belum tentu lagi kan? Balik seminar tu terus hilang motivasi hahahaha”.
Program FREE nak pancing orang ramai supaya masuk program berbayar Datuk Wira Dr Azizan Osman!
Kalau baca itulah antara komen yang kita dengar apabila keluarnya berita pasal Datuk Wira nak buat satu program mega bagi membantu rakyat Malaysia terutama usahawan dalam masa pandemik.
Mungkin ada antara mereka ni yang tak pernah ikuti program berkenaan. Kalau yang dah pernah ikut pun, mungkin tak lakukan tindakan konsisten seperti yang diajar untuk dapatkan hasilnya.
Kalau ikutkan, program-program PERCUMA ini sebenarnya dah dibuat oleh Datuk Wira bersama RichWorks sejak PKP 1.0 lalu. Dan RichWorks dah bantu lebih 1 juta peserta dan usahawan sejak 2008 melalui Program Live Event dan Virtual Online.
Ramai Usahawan yang dapat manfaat Seminar Richworks
Menurut laporan, dalam waktu tempoh pandemik hingga kini saja sudah 800,000 lebih orang turut sertai dan sedikit sebanyak dapat manfaat daripada program itu. Sebelum itu, sudah lebih 700,000 orang telah mengikuti program RichWorks secara fizikal sejak 2008 – 2019 ( 11 tahun )
Banyak testimoni yang dikongsikan sendiri oleh para peserta yang tunjukkan perubahan dan peningkatan selepas ikuti program-program percuma ini. Ada yang dalam masa beberapa hari sudah ada perubahan, ada yang cuba buat sesuatu yang dipelajari dan saksikan peningkatan masa ini.
Ya program-program PERCUMA ini hanyalah sekadar 3 hari, ada yang 12 malam, ada yang bersiri-siri. Sememangnya tak cukup untuk nak tukar seorang usahawan dari kosong hingga berjaya capai jutaan ringgit dalam tempoh sebulan. Tapi, RichWorks berjaya bantu Usahawan capai RM1 juta Pertama dalam tempoh 6-12 bulan
Melalui ilmu, strategi dan MenThor yang ada results ini, ianya telah bawa kesan dan perubahan dibuktikan sendiri peserta-peserta yang belajar dan lakukan tindakan dengan ilmu yang tepat dari bimbingan MenThor secara konsisten mengikut tahap dan fasa Bisnes mereka.
Difahamkan pada tahun lalu saja, daripada lebih 700 usahawan di bawah program Mentoring RichWorks dapat hasilkan jualan kumpulan sekitar RM2.2 bilion.
Seminar Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0 PERCUMA! Dr Azizan bantu usahawan terkesan
Sejak pandemik COVID-19 melanda negara, ramai usahawan berdepan dengan masalah dan pelbagai cabaran yang mengubah kehidupan biasa. Pergerakan yang terbatas, penutupan sempadan dan sebahagian sektor ekonomi mengakibatkan bukan saja perniagaan terjejas malah sampai ada yang gulung tikar.
RichWorks sangat memahami keadaan ini, ramai usahawan yang berhubung dengan mereka di media sosial bagi mendapatkan panduan dan bantuan untuk perniagaan mereka. Tapi meskipun banyak perniagaan ditutup, ada juga yang bukan saja bertahan malah menyaksikan perkembangan luar biasa ketika pandemik ini
Sebab itu, Mentor Usahawan dan Pakar Pemasaran No 1 Asia, Datuk Wira Dr Azizan Osman nak adakan buat pertama kali program khas – Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0 – Solusi Bisnes & Pemasaran Digital yang akan diadakan pada 27 – 29 Ogos ini bagi mendorong kebangkitan usahawan ketika tempoh sukar ini.
Mengapa era digital penting?
Transformasi ke arah bisnes secara digital mengacu pada proses dan strategi menggunakan teknologi digital untuk secara mendalam dan mengubah cara perniagaan beroperasi dan mengubah cara usahawan melayani pelanggan. 2 tahun sudah berlalu. Pandemik tidak menunjukkan tanda akan tamat dalam waktu terdekat.
Kita nampaknya kena terima untuk hidup bersama Covid-19 dan bersama-sama untuk teruskan kesinambungan perniagaan dalam masa yang sama melawan Covid-19.
Bila akan tamat? 1 tahun lagi? 3 tahun? 4 tahun? Selain dari berdoa, semua mesti BANGKIT dan berusaha untuk cari jalan penyelesaian yang memberi manfaat pada semua orang. Maka lahirnya Sesi Khas Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0 – Solusi Bisnes & Pemasaran Digital aspirasi dari MenThor Datuk Wira Dr Azizan Osman ini.
Pandemik ini masalah satu dunia dan jangan hanya tunggu dan terperangkap dengan fikir bahawa semua akan kembali normal seperti dulu. Buatlah persediaan sekarang, hari ini untuk masa depan diri, keluarga malah negara.
Ketika krisis ini, usahawan perlu tahu dan mengadaptasi norma baharu untuk mengikuti perubahan sikap yang berlaku disebabkan Covid-19 contohnya ramai orang mula membeli secara online, penggunaan platform e-dagang, bekerja dari rumah dan lain-lain.
RichWorks nak bimbing usahawan yang KOMITED dibimbing dalam melengkapkan usahawan dan bakal usahawan ke arah THE NEXT DIGITALpreneur dalam Era Digital 4.0 di Malaysia.
Kalau dilihat rakyat Malaysia mempunyai 32.7 juta penduduk yang mana 27.43 juta orang aktif menggunakan internet, 28 juta orang aktif menggunakan social media dan 13.1 juta orang membeli secara online. Semua sudah beralih menggunakan business online dan transaksi digital.
Ini masanya untuk kita berubah ke bisnes online dan gunakan transaksi digital. Mengapa?
Pelanggan
Pandemik merubah landskap pemasaran dan urusan jual beli. Pelanggan kini majoriti berada di rumah. Kalau dulu kita berada di kedai dan lakukan Marketing secara offline dan boleh lakukan networking di mana sahaja kita berada.
Persoalannya, adakah kita dah berjaya transformasikan bisnes kita secara online untuk orang mudah capai, mudah memilih dan mula membeli?
Platform
Perasan atau tidak banyak kedai-kedai dan perusahaan terpaksa tutup sepanjang pandemik dan kini hampir dua tahun lamanya. Ia tempoh yang amat sukar untuk ramai usahawan terutama perusahaan kecil sederhana yang terkesan yang tidak boleh berniaga dan mata pencarian mereka terjejas teruk.
Tapi tahukah anda harini kita ada BANYAK platform yang boleh digunakan dan perubahan pada cara kita bisnes ketika pandemik sekarang adalah ‘normal’.
Pesaing
Peluang sudah ada kenapa masih menunggu lagi? Peluang macam ni bukan datang selalu. Dan kalau bukan sekarang bila lagi kita nak capai dan ikuti perkembangan era digitalisasi.
Jom sama-sama menimba ilmu untuk bantu diri dan perniagaan. Boleh layari Richworks.com/bangkit untuk pendaftaran PERCUMA dan maklumat lanjut.
Great motivational course for those who need that extra push during this testing time.
Memang DAO ni selalu kena kecam kan. Ahh biasalah akhir zaman org buat baik pun, salah.