Shower Gel Bath & Body Works hadiah hari lahir

Shower Gel Bath & Body Works hadiah hari lahir.

Alhamdulillah 5 Ogos lepas adalah hari lahirku yang ke 40. Ya Allah welcome to 4 series club hihi. Syukur Allah beri kesempatan ini.

Dua tiga empat hari ni memang sedih. Pemergian Arwah Siti Sarah memang menjentik hati kecil ini dan semua rakyat Malaysia. Walau arwah dan saya memang tak pernah saling kenal, tapi pemergiannya tu sangat terkesan.

Orang baik memang Allah sayang kan. Banyak perkara baik yang arwah lakukan. Kematian yang sangat dicemburui. Syahid akibat wabak dan melahirkan anak.

Semua cerita baik tentang arwah yang kita dengar. Allahuakbar!

Semoga penghujung hidup kita pun begitu juga. Ada permulaan dan pengakhiran yang baik.

Menginjak Umur 40 tahun

Umur 40 ni orang kata sangat penting sangat kita nak persiapkan diri dengan amalan yang baik. Dalam Islam pun banyak menceritakan tentang Fasa 40 ni.

Jika kita masih juga lalai dan alpa, Allahuakbar ruginya kan. Saya nak pengakhiran yang baik-baik. Nak berbakti pada mak, adik beradik, suami, anak-anak dan semua orang.

Bila masuk umur 40, memang nak sangat-sangat perbaiki diri. Nak perkemaskan solat, sedekah, jaga hubungan, banyakkan amal soleh, mengaji, dengar ceramah dan pelbagai lagi.

Kita tak tahu ajal kita bila. Entah besok entah lusa. Sementara Allah bagi peluang ni maka gunakanlah sebaiknya.

Sambutan Hari Lahir ke 40

Pandai betul diorang ni arrange sambutan Hari Lahir untuk saya. Tak sangka 5 orang anak saya ni, dari umur 16 tahun hingga 4 tahun ni, semua diam-diam buat surprise untuk ibu.

Yang kecik tu pun boleh harap rupanya haha.

Petang tu suami saje ajak saya briskwalk keliling taman. Dalam 1 jam macam tu. Bila sampai rumah, perasan rumah tu senyap je haha.

BACA  Misi mencari rak tv simple di IKEA termakbul

Bila buka pintu, wahhhh surprise!!!!

Pandai semuanya deko-deko tiup belon sendiri, gantung sana sini. Suami pun rupanya dah beli semua barang-barang tu awal-awal lagi. Bijak! Ada kek, ada belon dengan coklat yang ditempah dari jiran setaman.

Alhamdulillah..Kenapa suka buat ibu terharu? Sampai mengalir airmata. Susah-susah je semua.

Syukur YA Allah sebab kurniakan saya keluarga besar yang meriah ni.

Shower Gel Bath & Body Works

shower gel bath & body works wangi

Anak sulung saya lagi sweet rupanya. Dalam diam belikan ibunya mandian gel BBW. Senyap-senyap je dia plan. Dia tau saya sukakan bau Beautiful Day tapi katanya takde stok kat personal shopper.

mandian gel BBW wangiSaya pernah ke outlet BBW. Dari situ saya tau bau Beautiful Day ni. Tak pernah nak beli untuk diri sendiri sebab rasa macam mahal hahaha. Tapi pernahla beli pewangi rumah BBW sebelum ni memang wangi.

Tapi….Dalam diam anak sulung dah order showel gel BBW, untuk hadiah birthday ibu. Secret Wonderland ni best juga. Sweet dan best baunya. Macam bau candy. Sedaplah manis je baunya.

Dia beli 2 tapi satu lagi tu untuk dirinya sendiri. Pink Chiffon, tu lagi best bau dia. Wangi, lembut, bau candy dan sweet je. Dua-dua ni harganya RM25 sebotol 295ml.

Anak saya ni ada join dropship jual baju raya. Raya puasa dan raya haji tu dia dapat komisen RM600++ dan dengan duit tu dia belikan hadiah saya. Transaksi jual beli baju online dropship semua dalam bank akaun saya.

Tapi masa nak beli mandian gel BBW ni dia guna akaun bank abahnya. Bijak betul dia plan.

Abadikan kenangan

Saja saya coretkan kenangan ni di blog. Dapatlah jadi kenangan masa depan insha Allah. Terima kasih suami dan anak-anak.

BACA  Aktiviti Pembuka Tirai 2017 | Berpiknik di Fantasi Land, Putrajaya

Harapnya berkasih sayang sampai Syurga..Amiin

Stay safe semua

3 thoughts on “Shower Gel Bath & Body Works hadiah hari lahir”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: