Eskayvie Diffenz Bantu Tingkatkan Sistem Imuniti Badan.
Alhamdulillah Negeri Selangor dan Lembah Klang sudah pun beralih ke Fasa ke-2 bermula 10 September yang lalu. Walaupun kita sudah boleh merentas daerah, tapi dalam hati masih lagi ada perasaan risau untuk keluar rumah dan takut untuk berselisih dengan orang ramai.
Walau pun dah divaksin lengkap, namun kita masih lagi mempunyai risiko untuk dijangkiti. Yang pasti SOP tetap kena jaga. Itu sudah pasti kan… Sebab yelah, virus ni tak nampak dengan mata kasar. Jadi memang kena ikut SOP dengan pakai mask, gunakan sanitiser dan jaga jarak 1 meter.
Eskayvie Diffenz Tingkatkan Sistem Pertahanan Badan
Selain menjaga SOP, kita juga perlu menjaga tubuh badan kita dari jangkitan penyakit-penyakit lain dan sentiasa memastikan kesihatan diri pada tahap yang optimum.
Antara yang sentiasa menjadi amalan saya dan keluarga adalah dengan mengamalkan pengambilan vitamin C untuk tingkatkan sistem pertahanan badan sepanjang pandemik Covid-19 melanda negara kita.
Untuk pengetahuan anda, Eskayvie Diffenz menjadi pilihan saya kerana banyak kelebihannya dalam membantu meningkatkan sistem imun badan.
Bersedia hidup dengan Virus Covid-19
Kita tahu yang virus tidak mampu dihapuskan oleh antibiotik, berbeza dengan bakteria dan parasit. Secara aslinya, virus hanya bebenang asid amino yang membawa resipi bagi membentuk protein tertentu yang mengarahkan sel yang dijangkitinya untuk menghasilkan lebih banyak zarah virus bagi menjangkiti sel lain.
Sel ‘asing’ yang berlebihan ini akan cuba dihapuskan oleh sistem pertahanan badan kita demi kesejahteraan keseluruhan tubuh. Pertambahan sel berjangkit virus yang terlalu banyak, akan melemah dan memudarat tubuh ke tahap yang tidak mampu diselamatkan.
Walaupun secara strukturnya, virus tidak mampu wujud secara sendiri tanpa menjangkiti mana-mana sel hidup. Namun keupayaan untuk meruntuhkan sistem pertahanan tubuh organisma yang jauh lebih kompleks daripadanya memang amat mengagumkan.
Terdapat beberapa virus berbahaya yang hidup bersama kita sejak sekian lama. Virus influenza, yang mengakibatkan antara 290,000 hingga 650,000 kematian setahun. Yang mana ia tersebar melalui udara daripada manusia kepada manusia.
Di penghujung 2019, seluruh dunia diperkenalkan dengan satu lagi spesies virus, iaitu si korona (kerana permukaannya yang dipenuhi struktur seolah-olah mahkota) SARS-CoV-2.
Virus ini mempunyai bentuk yang anggun dengan cangkuk protein berbahaya di seluruh permukaan molekul yang menyimpan bebenang asid ribonukleik (RNA) dan boleh merebak dengan begitu pantas. Serangan virus ini tidak menunjukkan tanda-tanda yang ia akan reda dalam masa terdekat.
Munculnya Varian yang baru
Ditambah pula dengan kemunculan varian-varian baharu yang lebih agresif akan menyukarkan lagi usaha sistem untuk membendung masalah ini. Penemuan varian membimbangkan kerana ia:-
- Lebih mudah menjangkiti
- Menyebabkan gejala yang lebih teruk
- Melemahkan keupayaan antibodi untuk melawannya
- Mengurangkan keberkesanan rawatan dan ubat yang sedia ada
- Mengurangkan keberkesanan vaksin atau boleh melepasi perlindungan vaksin
Varian DELTA
Varian Delta pada asalnya digelar sebagai B.1.617.2. Ia kali pertama dikesan di Maharashtra, barat India pada Oktobertahun lalu.
Ciri-ciri varian ini adalah 2-4 kali lebih mudah merebak berbanding varian sedia ada dan boleh merebak dalam masa yang singkat (3-5 hari berbanding 5-8 hari untuk varian lain).
Angkara seorang habis semua ahli keluarga Zura dijangkiti Covid-19
Individu yang dijangkiti dengan varian ini lebih mudah menjangkiti orang lain. Ia merebak melalui udara dan hanya mengambil masa sekitar 5 hingga 15 saat.
Apa yang lebih membimbangkan, baru-baru ini kajian baharu mengenai varian membimbangkan (VOC) Delta, mendapati varian dominan berkenaan boleh membiak dalam hidung individu yang sudah mendapat vaksin, sama seperti individu yang tidak divaksinasi.
“Kajian awal terhadap satu kes jangkitan mendapati, varian Delta ini membiak di hidung orang yang sudah divaksinasi seolah-olah individu berkenaan belum mendapatkan vaksin” – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah
Risiko pada yang sudah divaksin
Ini bermaksud individu yang sudah divaksin tetap dapat menyebarkan virus berkenaan serta menjangkiti orang lain. Sebelum ini beberapa kajian yang dijalankan di hospital di India, Provincetown, Massachusetts dan Finland juga turut mendapati selepas penularan varian Delta, terdapat banyak virus dikesan di dalam hidung seseorang individu itu sama ada mereka diberi vaksin atau tidak.
Di samping itu, kajian kesihatan awam Britain mendapati perlindungan vaksin COVID-19 yang biasa digunakan terhadap varian Delta didakwa menjadi semakin lemah dalam tempoh tiga bulan. Kajian juga mendapati mereka yang dijangkiti selepas menerima dua dos suntikan vaksin Pfizer-BioNTech atau Astra Zeneca dikatakan mungkin berisiko lebih tinggi untuk menjangkiti orang lain berbanding varian sebelumnya.
Berdasarkan lebih tiga juta calitan hidung dan tekak yang diambil di seluruh Britain, Universiti Oxford mendapati berlaku kemerosotan terhadap keberkesanan dalam mencegah jangkitan. Masing-masing menjadi 75 peratus dan 61 peratus selepas 90 hari suntikan kedua vaksin Pfizer atau Astra Zeneca. Keberkesanan itu dikatakan menurun daripada 85 peratus dan 68 peratus yang dilihat selepas dua minggu suntikan dos kedua. Kemerosotan keberkesanan ini lebih ketara kepada mereka yang berumur 35 tahun ke atas.
Varian LAMBDA
Varian DELTA pun masih belum selesai. Muncul pula varian lain yang dinamakan sebagai Varian Lambda. Seberapa teruk bahaya Varian Lambda ini pula?
Pertubuhan Kesihatan Dunia WHO umumkan Varian Lambda didaftar sebagai Variant of Interest (VoI)/ Varian Patut Diperhatikan. Manakala, Public Health England (PHE) menganggap Varian Lambda ini sebagai VUI atau Varian Yang Sedang Diselidik.
Menurut WHO juga, Varian Lambda mempunyai 7 mutasi pada spike protein. Mutasi ini mampu mengurangkan kemampuan antibodi untuk melawannya. Yang paling ditakuti adalah Varian Lambda ini dilaporkan lebih berbahaya dan mungkin KEBAL terhadap vaksin sedia ada.
Persoalannya, bersediakah kita untuk “hidup” bersama virus ini?
Pengalaman Hidup Mati Dijangkiti Covid
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), dan dipersetujui majoriti pakar kesihatan, baru-baru ini menyatakan Covid-19 berkemungkinan besar menjadi endemik iaitu kekal dan menjadi sebahagian daripada kehidupan harian kita seperti selesema.
Apa yang boleh kita harapkan sementara menunggu ia menjadi endemik adalah, program vaksinasi perlu terus berjalan sebab dengan kadar vaksinasi yang tinggi membolehkan kita menjalani rutin kehidupan harian seperti biasa, selain berharap penemuan ubat antivirus sebagai alternatif rawatan sekiranya dijangkiti.
Meskipun kita tahu yang kadar kematian akibat jangkitanCovid adalah lebih tinggi di kalangan mereka yang mempunyai masalah kesihatan dan berusia 65 tahun dan keatas, ini tidak meletakkan individu yang muda dan sihat ini di posisi yang selamat.
Walaupun anda berusia kurang daripada 60 tahun dan tiada apa-apa masalah kesihatan, anda masih boleh dijangkiti Covid 19 dan boleh terdedah kepada komplikasi yang lebih parah sehingga mengakibatkan kematian.
Amalkan gaya hidup aktif
Apa yang anda perlu terus lakukan untuk memastikan kita terhindar dari virus ini adalah:-
- Jaga gaya hidup
- Tingkatkan sistem imun badan dengan lebihkan pengambilan sayuran dan buahan, antioksidan, dan vitamin-vitamin tertentu
- Banyakkan minum air kosong
- Aktifkan diri dengan senaman
- Tidur mencukupi
- Elak diri jadi stress
- Kurangkan atau hadkan makanan yang tidak sihat seperti makanan bergula dan makanan terproses.
Pastikan kita juga patuh SOP dan amalkan yang berikut:-
- Selalu basuh tangan dengan sabun
- Tutup mulut dan hidung dengan tisu atau sapu tangan ketika bersin atau batuk
- Elakkan daripada menyentuh mata, hidung dan mulut
- Kurangkan perjumpaan sosial
- Tidak kunjungi ke tempat yang sesak dan sempit
- Jauhi kontak rapat dengan individu yang sakit atau bergejala
- Bersihkan tempat atau objek yang disentuh menggunakan cecair pembasmi kuman secara kerap
- Ikhtiar dengan Eskayvie Diffenz bantu tingkatkan sistem imun badan
Selagi ada peluang, kita ikhtiar dan dapatkan sokongan khasiat Cendawan Susu Harimau, Buah Camu-camu, Vitamin C dan Vitamin D yang boleh membantu menyokong kesihatan paru-paru dan meningkatkan sistem imun tubuh anda dan keluarga.
Perlindungan Lengkap 4 Dalam 1
Ia adalah perlindungan 4 penjuru daripada Eskayvie Diffenz dan boleh diperoleh dengan hanya pengambilan 1-2 tablet sehari. Ia sangat mudah dinikmati dengan rasa buah anggur hitam yang enak dan boleh diambil semua peringkat umur bermula 5 tahun dan ke atas.
Eskayvie Diffenz merupakan suplemen keluaran Eskayvie bagi menyokong penjagaan gaya hidup sihat individu. Ia diformulasikan bagi membantu anda untuk tingkatkan sistemimun badan, melindungi dan menguatkan paru-paru.
Eskayvie Diffenz dihasilkan daripada 100% bahan semulajadi, diformulasikan oleh Doktor Perubatan, bebas Steriod serta Halal dimakan dan mendapat kelulusan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia).
Eskayvie Diffenz ini membantu untuk:
- Menguatkan dan Melindungi Paru-Paru
- Meningkatkan Sistem Imun Badan
- Melegakan Batuk, Selesema & Radang Paru-Paru
- Mengatasi Masalah Resdung, Alahan, Asma & Ekzema
- Menyokong Kesihatan Sendi
- Menyihatkan Jantung
- Memberikan Tenaga
- Mengawal Gula di Dalam Darah
- Mencantikkan Kulit
- Anti Kanser & Anti Virus
4 Kelebihan produk Eskayvie Diffenz
- Kaya dengan Vitamin C & D – Kandungan vitamin pada dos optimum yang mencukupi untuk sistem pertahanan badan.
- Diperkaya dengan Cendawan Susu Harimau & Buah Camu-Camu – Kapasiti antioksidan, fenolik dan flavonoid yang tinggi untuk meningkatkan perlindungan dalaman.
- Gabungan 4 bahan berantioksi dan tinggi dalam 1 tablet – Kandungan antioksi dan bahan aktif yang mencegah penyakit kemerosotan diri.
- Tablet boleh kunyah berperisa blackcurrant yang lazat – Rasa enak & sesuai untuk diambil pada bila-bila masa sahaja. Banyak kajian yang telah membuktikan bahan-bahan di dalam Eskayvie Diffenz mampu membantu meningkatkan sistem imun, melindungi daripada jangkitan penyakit dan meningkatkan fungsi paru-paru, jantung dan hati.
Testimoni Eskayvie Diffenz
Ramai yang telah mencuba produk ini dan mereka memberikan maklumbalas yang sangat positif. Terbukti Eskayvie Diffenz Bantu Tingkatkan sistem imuniti badan.
Kita hanya ikhtiar namun semua itu dengan izin Allah jua. Jadi jika sudah ada produk yang dapat bantu kuatkan imuniti badan kita, bolehla kita cuba.
Klik www.diffenz.com dan dapatkan Eskayvie Diffenz untuk bantu tingkatkan perlindungan diri dan keluarga anda. Hubungi 03-5511 1050/ 019-608 3027 untuk maklumat lanjut.
Website: www.diffenz.com
Facebook: eskayviemalaysia21official
Instagram: eskayviemalaysia
Betul tu. Kita kena ikhtiar. Sambil menjaga SOP. Jaga diri juga. Vitamin C dan Antioxidants sangat penting kan.
Wah nampak menarik. Warnanya pun purple ye?. Sekarang ni memang kena ambil supplement. Dulu orang mengabaikan pengambilan supplement ni. Ikhtiar dan jaga kesihatan kita…
This product looks interesting. It looks like a good try. Thank you for sharing your review with me.
Suka tagline dia, kita ikhtiar!
Ya sekarang ni kita cuba je apa yang bagus, mungkin serasi ngan kita kann… Tertarik nak cuba, ramai kata bagus
baca testimonials, ramai yg kongsikan ttg kebaikan dan manfaatnya terutama time pandemik ini
Marsha baca banyak testimonial positif tentang eskayvie diffenz ni. Pak Nil pun dah jadi duta. Macam nak try je.
Ramai nad baca feedback diaorg ambij eskyvie diffenz ni elok je. Baca kelebihan dia, bahan dia penuh dengan vitanin denganncendawan tu, bagus untuk kesihatan tubuh badan. Betul, kita kene ikhtiar
Zaman pandemic n bakal bertukar ke endemik ni memang kena ikhtiar untuk tingkatkan imuniti badan sendiri kan. Variant covid ni pon banyak betul bakal involve lagi katanya..
Eskay ni Suami kita yang makan, ingat nak curi-curi laa tumpang sekaki, sekali dia bawa plak masuk kete hahahaha.. nanti nak try gak le sendiri..
Wahh, another great product with super ingredients ni.. good one ya especially time pandemic ni to boost our immune system.. (Y) can try ni juga la
Ada banyak produk untuk kesihatan sekarang ni yang ni pun bagus juga lah tengok produk berkualiti macam ini..
Pernah baca pasal Eskayvie..ada yang sesuai dan dapat sembuh dr C-19 dengan cepat.
Now memang dah semacam selfish orang kata. Sebab diri sendiri kena jaga diri sendiri. Maka, makanan kesihatan tambahan sebegini memang membantu.
Dalam zaman pendamik ni memang peting untuk ambil supplements. Sebab kita pun tak pasti apa yang kita makan tu cukup tak untuk imuniti badan kita. Supplements ni bagus juga kalau consume.
Health is important and i m taking supplements to boost my immunity too, so will check out this Eskayvie Diffenz
Dengan ada pelbagai variant yang hadir ketika ini, memang saya sangat setuju kita perlu memastikan badan kita mempunyai zukup zat dengan antibodi yang kuat. Vitamin C, minum air putih dan amalkan gaya hidup sihat sangat di galakkan ketika ini.
Very Awesome and Help full Article. It really helps me. thanks for sharing this.