Online game percuma di plays.org
Pejam celik pejam celik dah pun setahun lebih saya dan anak-anak WFH dan PDPR. Memang banyak cabarannya bekerja dari rumah sambil nak uruskan anak-anak belajar online. Tapi syukur, anak-anak yang dah besar dah boleh berdikari dan uruskan masa sendiri.
Bila yang tadika tu ada kelas, pun takde masalah sebab kakak-kakak dan abangnya tolong hahaha. Pendek cerita, ini masa terluang yang sangat bermakna. Dulu jumpa waktu malam lepas balik kerja dan sekolah.
Sekarang ni syukur diorang semua depan mata kita
Online game percuma di plays.org
Tapi bila kakak-kakak dan abangnya ada kelas, si kecik tu pun nak ada aktiviti juga. Bila masa saya tengah fokus dengan kerja, saya akan pilihkan game online dan izinkan si adik untuk main sekejap.
Tapi dengan pemantauan saya juga. Dan kalau nak tahu di website inilah saya selalu pilihkan permainan game online untuk anak-anak. Pernah dengar plays.org tak?
Kalau korang nak tahu di Plays.org ada lebih 100 permainan online PERCUMA yang boleh terus dimain tanpa perlu download atau daftar. Maksudnya tak perlu ada username pun masa anda main game online ni. Memang senangla si adik pilih dan terus klik permainan tu.
Dan setiap hari akan ada permainan baru yang akan diupload. Semua game ni boleh terus main dari browser je tak perlu download aplikasi pun.
Dalam senarai game ni, banyak juga game yang kita biasa main kecik-kecik dulu. Teringat zaman tu sanggup pergi rumah kawan yang ada game tu, dan bayar RM1 satu jam untuk main game.
Biasalah bila dah tengok kawan kita seronok bercerita, kita pun terpengaruh juga haha. Rupanya bila dah besar itu jadi memori yang sangat dikenang. Dan bila tengok game yang sama ada di Plays.org, hmm memang mengimbau la jawabnya.
Dan sesekali layan game ni dapat juga hilangkan rasa tertekan bila dah terlalu lama berkurung di rumah. Pada saya selagi tak melalaikan dan boleh dikawal, tak mengapa.
Pilih game online yang menguji minda anak-anak
Kalau tengok senarai game ni, banyak juga game yang boleh menguji minda anak-anak yang berunsurkan pendidikan. Sekarang pun kaedah kelas online banyak yang bagi latihan dalam bentuk kuiz online.
Jadi anak-anak pun dah biasa dengan kuiz online ni. Dan bila dah jumpa banyak game interaktif macam ni di Plays.org, seronokla diorang.
Saya pun pilihkan sendiri game untuk anak-anak ni. Janji ada manfaat. Dan dalam setiap game ni memang akan diberikan instruction dan macamana nak mainkan game tu.
Anda boleh pilih game art, education, spelling, find differences, jigsaw puzzle, kindergarten, simulation dan pelbagai lagi game yang sesuai dengan anak-anak.
Senarai pilihan online game
Ok seronok kan? Sesekali ajak anak-ajak main bersama game ni pun okay jugak. Adalah juga aktiviti bersama diorang. Sambil tu boleh aktifkan minda anak-anak ni dengan pembelajaran contohnya mewarna, melukis, mengira dan mengenal huruf.
Kalau anda nak rasakan keseronokkan tu, boleh tengok pilihan game yang ada dan juga boleh search di box tu game apa yang anda nak. Dan saya ingatkan juga semua ni seeloknya di bawah pemantauan ibu bapa dan mereka yang lebih dewasa ya.
Kalau kita hadkan masa dan penggunaan laptop atau gajet, insha Allah tak terabai anak-anak ni. Sesekali buat mereka rasa seperti zaman kita masa kecil dulu pun seronok juga. Cuma teknologi dan kemudahan je yang berbeza.
Boleh layari plays.org untuk dapatkan permainan online percuma ini.
Best kan boleh layan game percuma tanpa perlu bayar. 🙂