Poster Hari Merdeka 2021, Aktiviti PDPR 6 tahun

Poster Hari Merdeka 2021, Tema Malaysia Prihatin

Tahun ni adalah kali ke 64 Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan. Dan tahun ni tahun ke dua kita sambut merdeka bersama si Covid19 tu. Bilalah ko nak balik ke tempat asal ko tu C19.

Rindu kat emak di kampung, rindu saudara mara. Rindu nak jalan-jalan. Memang menduga betul virus ni.

Setiap kali buka je media sosial, ramainya yang kehilangan orang tersayang. Allah..Kuatkanlah semangat dan kesabaran insan-insan ini. Ramai yang diuji, tapi Allah uji sebab Allah sayang kita.

Semoga kita akan kembali hidup normal bersama mereka yang tersayang di sekeliling kita. Mak rindunya kat mak. Harapnya kita segeralah dapat berjumpa.

Insha allah…

Mewarna poster sempena Hari Kemerdekaan

Saja nak kongsi aktiviti Belajar Dari Rumah, anak saya yang bersekolah tadika 6 tahun ni. Teacher dah pesan siap-siap dalam kelas online, dan bagitau 30/8/2021 akan diadakan kelas Bertemakan Kemerdekaan.

Jadi cikgu pun dah bagi bahan untuk ibu bapa print untuk diwarna oleh anak-anak.

Mujur ada printer kan. Kalau tak kena cari kedai pulak nak print. Kalau tak jumpa kedai, lukis sendiri la gamaknya.

Huhu bertuah la ibunya nak lukis. Hahaha

poster merdeka 2021 wrist band tema merdeka, poster hari merdeka 2021 poster hari merdeka 2021, malaysia prihatin

Ada poster wrist band, mask dan logo Malaysia Prihatin. Saya dapat dari guru Kelas Dzar dan memang seronok buat aktiviti mewarna dan menggunting ni bersama bebudak ni.

Saya Print poster ni dalam 2 set sebab satu lagi untuk adiknya yang umur 4 tahun tu. Dia pun nakla kan menyibukkan diri mewarna. Rajin angat ni!!

Rasanya tahun depan kalau Ammar masuk tadika 5 tahun, dia mesti dah boleh melukis dan mewarna dengan baik.

BACA  Pokok kelapa mula berbunga, lama menunggunya

Hahaha sebab apa je aktiviti abang dia, mesti dia pun nak buat jugak. Alhamdulillah moga rajin belajar macam ibu abah tau! Hihi

Wrist band dan mask tu perlu diwarna dan digunting untuk dipakai semasa kelas online. Dan juga pakai pakaian yang bersesuaian dengan Hari Kebangsaan.

Kita pakai baju melayu je senang, lagipun tahun ni baru 2 kali pakai baju tu. Masa raya puasa, satu lagi raya haji. Huhuhu

Tema Kemerdekaan Malaysia Prihatin

Tahun ni tema kemerdekaan kita adalah Malaysia Prihatan. Nak tahu apa maksud logo dan tema Malaysia Prihatin ni?.

Maksud LOGO Malaysia Prihatin.

  • LOGO BERBENTUK HATI – Melambangkan keprihatinan Kerajaan Malaysia terhadap masyarakat berbilang kaum.
  • WARNA BIRU TUA – Kesatuan hati rakyat Malaysia yang berbilang kaum hidup dalam keadaan aman dan harmoni.
  • BULAN SABIT – Islam adalah agama bagi persekutuan.
  • BINTANG PECAH 14 – Perpaduan 13 buah negeri dan kerajaan Persekutuan.
  • 7 JALUR MERAH PUTIH BERBENTUK HATI – Terjalinnya keberanian dan ketersediaan dalam menghadapi segala rintangan dengan keikhlasan dan kesungguhan.
  • STIGMA BUNGA RAYA – Membawa negara menuju ke mercu kejayaan.
  • 5 TITIK MERAH – Sebagai simbolik kepada 5 kelopak bunga raya yang menggambarkan 5 prinsip Rukun Negara yang menjadi kunci perpaduan yang berbilang bangsa.

Seronok anak-anak excited

Yang pastinya seronok tengok anak-anak yang happy waktu kelas ni. Cikgu mainkan lagu patriotik dan lagu merdeka.

Sambil anak-anak ni berdiri, dan kibarkan bendera. Walaupun kelas dan sambutan secara online, tapi Alhamdulillah semangat tu terasa ;).

Walau saya tahu mereka bukannya faham sangat tentang kemerdekaan, Rukun Negara, Sambutan Hari Merdeka. Tapi yang bagusnya mereka ini dipupuk untuk ambil tahu tentang bendera dan Negara kita.

Barulah anak-anak ni tahu apa warna bendera Malaysia. Dan Apa itu Jalur Gemilang. Semangat tu yang penting kan. Bagi saya bagus sangat bila cikgu bagi aktiviti mewarna Poster Hari Merdeka 2021 ni.

Alhamdulillah semoga minda kita terus merdeka dan semangat ini akan terus menerus dalam hati kita. Ingat pada mereka yang berjuang mati-matian untuk kemerdekaan hari ini.

Merdeka!

BACA  Aktiviti sebelum pulang berhari raya

3 thoughts on “Poster Hari Merdeka 2021, Aktiviti PDPR 6 tahun”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: