Cara nak pandai Matematik, teknik Aritmetik ni guna jari je

Cara nak pandai Matematik, teknik Aritmetik ni guna jari je

Boleh percaya ke dengan cara hanya guna jari je dah boleh pandai Matematik? Tak mustahil tau. Sebab anak saya yang umur 11 tahun ni dah buktikan berkesannya teknik guna jari ni.

Pada mulanya saya agak ragu-ragu juga. Boleh ke Adam ni ikut teknik yang cikgu Faridah tunjuk ni?

Tapi Alhamdulillah dalam bulan pertama Adam ikuti kelas ni, dah boleh nampak perubahan tu. Matematik ni bukan subjek biasa-biasa. Sebab memang kena buat latihan setiap hari kalau nak pandai.

Kadang-kadang ibu bapa bekerja ni tak sempat nak ajar atau cek buku anak. Ada masa kalau teringat tu dan kebetulan free masa tu, bolehlah tengokkan sekejap. Tapi benda ni kena konsisten, barulah anak-anak cekap mengira.

Pada saya latihan berterusan memang penting, tak kiralah kalau nak anak pandai mengira atau pandai membaca.

Semangat tu kena pupuk dan tanamkan dalam diri. Insha Allah bila usaha mesti berjaya.

Kaedah Aritmetik yang mudah, cepat dan berkesan

cara pandai matematik

Dan yang buat saya rasa lega sangat, bila terjumpa kelas Aritmetik dari Aritmetik Cahaya minda ni. Kebetulan ada kawan yang hantar anak ke sini, jadi saya pun nak cuba juga.

Syukur memang tepatlah tindakan saya ni. Sebab dah nampak perubahan Adam yang sekarang dah laju mengira tolak dan tambah.

Dalam kelas ni akan diajar operasi tambah dan tolak dalam lingkungan nombor 99 hanya menggunakan jari. Yang seronoknya kelas ni pula online je. Tak susah ibu bapa nak hantar anak ke Pusat Tuisyen.

Hanya belajar depan skrin laptop atau komputer je. Dan masa pun fleksibel.

Kelas ni bermula untuk anak yang berumur seawal 6 tahun. Pada saya ianya terbaik sebab, minda anak-anak ni cepat tangkap. Jadi pendedahan awal macam ni memang bagus untuk diorang.

Tak mustahil tau diorang ni akan pandai mengira, sebab cikgu yang mengajar ni ada pengalaman 28 tahun dalam bidang Aritmetik ni. Dan dah boleh baca kebolehan anak-anak ni semua.

Cara nak pandai Matematik, buat latihan setiap hari

Selain teknik mengira menggunakan jari. Latihan matematik wajib dibuat setiap hari. Dan yang bagusnya, cikgu Aritmetik Cahaya Minda akan berikan latihan untuk para pelajar siapkan.

BACA  Apa ada di Danok, Thailand?

Dan latihan yang sudah siap mestilah dihantar kepada cikgu melalui whatsapp. Pada saya, selain anak, ibu ayah juga mesti bagi komitmen yang sepenuhnya untuk pastikan anak-anak ni pandai dan berjaya.

Pusat Aritmetik Cahaya Minda ni memang fokus dan juga bantu kanak-kanak yang lemah Matematik yang mana selalu dapat keputusan C, D atau E. Dan bukan setakat ajar tambah tolak je, ada juga ajar operasi darab dan bahagi.

Cikgu berpengalaman ni memang tahu kehendak murid. Dan ada juga pelajar yang slow learner yang ikuti kelas ni. Cikgu percaya, kelas ni selain ajar Matematik, mereka juga ajar nak bina confident level. Bila anak-anak confident, secara automatik diorang tak rasa takut dan malu.

Itu yang saya suka sangat dengan kelas ni. Cikgu buatkan kelas rasa seronok dan tidak tertekan. Pendek kata belajar Matematik ni rasa happy je, dan mudah sangat!

Tapi biasalah, budak-budak memang kena pantau dan ingatkan selalu. Kalau kita leka, diorang pun akan terlupa. Macam Adam ni, saya tengok dia ada inisiatif sendiri untuk belajar. Dan bila dah siap latihan, dia sendiri yang akan bagitau saya untuk hantar jawapan tu kepada cikgu.

Alhamdulillah, sejuk perut ibu mengandungkan Adam hahaha.

Yuran bulanan kelas Aritmetik Cahaya Minda

cara nak pandai matematik

Pada yang nak tau harga yuran, pada saya bayarannya sangat berpatutan. Kelas diadakan satu (1) kali seminggu, dan sesi belajar adalah 1 jam. Jadi dalam sebulan Adam akan ikuti 4 sesi kelas pembelajaran.

Satu jam ni pada saya ok sangat masa dia tu. Sebab dalam masa 1 jam, cikgu akan berikan pengajaran dan sesuai untuk pembelajaran diorang. Tak sekejap dan tak lama sangat. Just nice.

Dan bayarannya hanyalah RM150 untuk satu bulan. Hmm sangat berpatutanlah pada saya. Kalau nak compare dengan harga tuisyen di luar.

Jom serlahkan potensi anak-anak kita

Memang puas hati dengan pencapaian Adam setakat hari ini.

BACA  Mandi pool!!!!

Saya juga nak ucap terima kasih pada Cikgu Faridah dari Aritmetik Cahaya Minda, yang banyak mengajar Adam yang sebelum ni agak lemah dalam subjek kira-kira ni. Komitmen yang cikgu beri sangat padu dan 100%.

Kalau cikgu dah bersungguh, ibu bapa pun kenalah tunjukan komitmen yang sama juga.

Dan pada korang yang nakkan kelas Aritmetik ni untuk anak-anak, bolehla terus whatsapp no ni http://www.wasap.my/60184662805/AritmetikCahayaMinda ya. Dan juga jangan lupa follow Facebook Aritmetik Cahaya Minda.

Jom sama-sama kenali dan tingkatkan potensi anak-anak kita.

1 thought on “Cara nak pandai Matematik, teknik Aritmetik ni guna jari je”

Leave a Comment

Your email address will not be published.

%d bloggers like this: