12 Kebaikan bertungku bukan sekadar semasa berpantang.
Biasa kalau selepas bersalin, saya akan pastikan pakai pilis di kepala, lilit bengkung di badan, pakai stokin, pantang makan minum, berurut dan paling penting wajib bertungku. Waktu ni badan kita sangat lemah dan belum sihat sepenuhnya.
Jadi penting tau untuk pastikan kita jaga pemakanan dan kesihatan untuk badan kuat dan kembali pulih sediakala. Bertungku pun ada caranya dan waktu yang sesuai.
Berpantang sendiri di rumah
Saya bersalin normal dan berpantang sendiri je waktu ni sebab emak saya baru lepas operate sebelah matanya untuk buang katarak. Tak dapatla mak nak jaga saya. Alhamdulillah mak sihat aje dan dia pula berpantang di rumah kakak.
Bila berpantang sendiri, memang kena disiplin dan kuat semangat. Biasanya saya akan mula bertungku hari ke 3 selepas bersalin. Dua kali sehari iaitu di waktu pagi dan sebelah petang.
Sebelum suami pergi kerja, saya akan minta dia panaskan batu sungai. Panaskan dengan api perlahan dalam 20 minit.
Dan selepas tu minta tolong anak yang sulung untuk tuamkan ke badan, atau bahagian yang saya tak dapat nak capai. Mujurlah anak dah besar, boleh tolong ibu dia dalam pantang. Biasanya bayi masih tidur lagi waktu ni. ;).
Saya suka bertungku awal pagi. Selepas tu dah mudah nak urusakan bayi pula. Sedapnya pagi-pagi lagi dah bertungku panaskan badan, rasa lancar je perjalanan darah ni.
Bertungku ni sememangnya bagus untuk semua aspek lebih-lebih lagi yang ingin tahu tips untuk memecahkan lelemak di badan tu. Tips untuk kurus juga ni.
Cara bertungku sendiri di rumah
Sebenarnya bertungku sendiri ni mudah sahaja. Biasa saya akan bertungku dalam masa 20 ke 30 minit, dan jika batu masih panas saya akan letak batu di lantai. Dan kenakan pada telapak kaki pula.
Dan jika boleh bertungku ni di alas dengan daun sama ada daun mengkudu, serai wangi, pandan, lengkuas atau kunyit hitam.
Daun-daun ni ada fungsi tersendiri antaranya boleh melancarkan peredaran darah, buang angin dalam badan dan untuk elakkan gangguan mistik.
Oleh sebab depan rumah ni ada daun mengkudu sahaja, maka daun inilah yang saya guna. Bau wangi pada daun ni bila terkena batu panas, rasa macam kita berurut di spa pula haha.
Mood tu penting kan, barulah tak rasa tertekan masa bertungku dan proses berpantang.
Dan zaman moden ni pun macam-macam produk bertungku yang dijual. Dah tak payah nak cari batu sungai lagi. Semua ada dijual di online. Sama ada tungku besi atau pun tungku herba.
Bahagian yang elok ditungku
Tukang urut kata, batu tungku ni boleh di tungku di bahagian depan dan belakang badan, perut dan bahagian kaki. Senang cerita satu badan ni elok bertungku.
Seeloknya baring dan tungku satu-satu tempat untuk beberapa minit, syok sebab rasa panas je badan, elok sangat untuk ibu-ibu berpantang kan. Jangan dibiarkan badan sejuk, tak elok nanti boleh masuk angin, jadi bentan atau boleh demam dibuatnya.
12 Kebaikan amalan bertungku
- melancarkan darah
- membuang lendiran darah kotor
- mengelakkan bentan
- mengecutkan rahim (wajib utk ibu2 selepas bersalin)
- menaikkan peranakan
- berkesan utk mengurangkan sakit senggugut
- melancarkan haid
- melegakan rasa lesu & sengal2 badan
- membuang angin
- menghangatkan badan ibu
- mengecutkan urat yang kembang
- darah nifas mengalir lebih lancar selepas bertungku.
Siapa yang patut bertungku
- Ibu-ibu yang berpantang
- Mereka yang rasa berat sangat badan macam galas batu
- Bagi yang sakit kaki urat keras/sejuk kaki
- Juga yang sokmo krem bahagian rahim
- Untuk melegakan mereka yang sakit belikat bila tarik nafas sakit sampai rusuk
- Sangat bagus untuk mereka yang sakit bahagian ari-ari (rahim jatuh)
- Bagi yang sakit belakang duduk lebih 3 jam kat opis juga baik untuk ditungku.
- Juga untuk yang duk menderita berguling-guling ‘period pain’
[BACA] Pengalaman pergi fisio di DEMC
Teringat masa saya pergi sesi fisio dulu pun diorang letak hotpack di belakang saya untuk legakan sakit belakang. Maksudnya memang dalam perubatan pun diorang buat benda yang sama dengan cara tradisional.
Dan faedah bertungku ni pulak selain untuk mengembalikan kesegaran dan mengecutkan rahim, ianya juga boleh memecahkan lelemak. Haaaa boleh kuruslah dengan bertungku.
Ehem ehem korang yang nak kurus tu apa lagi? Lepas ni pakat-pakatla pergi sungai cari kayu, eh cari batu hahahaha.
Sekarang ni kalau anak perempuan saya senggugut pun saya suruh diorang bertungku. Lega sikit rasa sengal dan lenguh kat badan dan pinggang. Semoga entri ini bermanfaat.
Terus rasa nak berurut..dan rasa nak bertungku jugak…mesti best kan…
Rasa nak bertungku la, tpi mana nk dpt batu sungai hahaha
Takyah batu sungai dah sis ☺ dah ada tungku herba elektrik skrg ni. Hanya charge dan terus pakai toksah bakar-bakar atas api dah. Hihi. Saya pakai dan saya jual 😁 nani -0173644314
Sis blh bg no wassap.nak beli tungku herba elektrik tu bpe ye sis?
memang baguskan, tapi malas je la
Sekarang ni pun dah ada tungku moden
.
Bantal electric boleh panas
.
senang nak pakai
tak best sangat. pernah cuba dulu
Ok juga kalau dapat bertungu ini… Pelbagai masalah kesihatan ringan boleh diatssi
Dah lama tak merasa bertungku ni. Rinduuu pulak rasanya
Amalan bertungku ni pun mamy masih amalkan nak2 pula bila musim tengkujuh macam sekarang ni
arwah mummy saya dulu pun selalu jga bikin saya bertungku ni sb saya selalu sakit gastric.. mmg perut sudah keras bila di tekan2 supaya kasi lembut baru bertungku utk hilangkan angin dlm badan.. seriously mujarab.. gastric pun teda lah sampai sampai sakit perut berguling2 saya tgk kawan2 saya tuh