Pengalaman beli barang Ikea Online dengan postage RM10
Dah rindu nak pegi Ikea kan. Bila ada pandemik Covid 19, PKP 3.0 pula dengan berfasa-fasa. Maka nak ke Ikea pun tak bolehla jawabnya.
Takpela untuk kebaikan semua juga.
Mujur masih boleh beli online. Kebetulan masa saya beli barang Ikea online ni ada sales tau!. Postage pulak serendah RM10, huhu apa lagi, serbulah website diorang @ Ikea.
Syarat parcel delivery RM10
Sebenarnya yang buat gatal tangan nak beli barang Ikea ni sebab postage parcel nya murah RM10 je.
Tapi dengan syarat berat barang tak melebihi 24kg. Maksimum panjang 1.6m untuk satu-satu item.
Kena follow syarat atas ni untuk parcel delivery ya. Hmm sis suka!! Sis bukan beli barang bulky, maka memang murahla cajnya.
Tapi untuk yang beli barang bulky, truck delivery diorang ada less 50% waktu ni. Berbaloi jugak tu kalau korang ada beli item besar dan berat lebih 24kg.
Pengalaman pertama beli barang Ikea Online
Sebenarnya bukan mudah nak beli barang Ikea online ya. Sebab banyak barang yang kita rasa nak beli hihi. Sampai berhari-hari benda tu dalam cart dan tak checkout lagi.
Nak buat pilihan bukan mudah ya sis sekelian. Susah weh nak tahan nafsu shopping Ikea ni. Itupun dah berapa kali tapis, barulah boleh checkout dengan puas hatinya.
Inilah dia barang yang sis beli. Sis nak kemas laci kabinet dapur, rak dapur dan drawer chest Ikea yang ada kat rumah. Tu yang banyak beli tray dan basket.
Bila dah finalize, inilah dia barang yang sis beli. Bolehla untuk pertama kalinya kan. Next time kalau ada nak beli lagi, kita orderlah.
Rasanya Ikea pun rajin buat sales. Ada masa lagi kalau tak sempat grab sales yang lepas.
Jangan sedih ok.
Berapa lama tempoh delivery Ikea online?
Saya buat pembayaran di website Ikea pada 11 Julai 2021, dan memang kat website pun ada maklumkan akan expect delivery makan masa due to high demand. Oklah kita faham.
Parcel orders may take up to 14 days.
Bab menunggu di musim PKP ni beli like…Dan akhirnya 23 Julai saya dah terima barang Ikea saya ni. Yeay!! Jom kita tengok ok tak barang-barang dalam kotak ni?
Baca – Review Langsir Ikea SILVERLÖNN RM49
Barang Ikea dibungkus elok
Saya pujilah Ikea sebab barang kaca semuanya dibalut dengan baik. Takde retak dan pecah. Elok-elok saja dan takde kemek atau sumpik. Hmm terus bahasa kampung yang keluar haha.
Semua item yang saya order diterima dengan elok dan sama dengan kuantiti yang saya buat. Macam ni boleh la repeat order hihi. Takpela amik masa pun nak deliver sebab tak rajin nak bersesak di Ikea.
Saja nak mengemas dapur since WFH ni memang setiap hari pun masak. Jadi diri sendiri nak bangkitkan mood untuk ke dapur. Haruslah kita bersemangat waja.
Kemas drawer kabinet dapur
Selepas dapat je barang-barang ni semua, terus basuh dan lap keringkan. Tak sabar nak deko punya hal hahaha. Ha inilah keadaan selepas dikemas, gambar yang sebelum malas je nak tunjuk. Memang sepah tahap gaban.
Macam ni senangla nak kemas dan guna sudu, garfu, senduk, sudip dan pisau. Tersusun pisau tu i like! Kalau nak tau nama item dan harga tengok resit kat atas ya.
Selain tu, kemas sikitla rak ikea. Rak ni dah beli lama, cuma nak kena kemas dan nampak proper la sikit. Semoga mood mengemas ni sentiasa membara dalam hati.

Ini sumber dari Facebook ya, bukan rumah saya. Just nak tiru idea macam nila. Tapi sis belum siap deko lagi

Kemas kan macam ni, sedap je mata memandang. Inilah impian sis nak buat tu
Mengemas ni memang kena jadi habit. Kalau tak rajin apa pun tak boleh. Saya rajin follow IG yang rumahnya kemas. Terus automatik kita seronok tengok keadaan tersusun macam tu.
Bukanlah kata, takde anak kecik bolehla rumah kemas. Diorang pun ada anak kecik dan ada juga share keadaan rumah bersepah, tapi lepas tu kenalah kemas semula. Deko bagi cantik. Giteeww
So idea saya nak buat, macam gambar kat atas ni lah lebih kurang tapi ni saya pinjam gambar dari facebook ya. Rak dapur saya tu belum cukup sifat lagi, kalau dah siap kemas nanti sis update kat sini.
Tak dapat tiru semua pun takpe. Sebab dari situ kita sentiasa ada cara dan mood untuk cantikkan rumah. Since masa banyak PDPR dan WFH sekarang kan, jadi rumah pun kena kemas untuk dapatkan semangat belajar dan bekerja.
Itulah pengalaman saya beli barang Ikea secara online. Harap korang pun ada semangat untuk mengemas juga ya 😉.
pernah nak beli online ikea jugak tapi bila tengok delivery date nya lama, terus tak jadi beli
wah..boleh la yong cuci mata dulu untuk masuk rumah baru