Staycation di Grand Lexis Port Dickson. View cantik sangat!

Staycation di Grand Lexis Port Dickson. View cantik sangat!

Dah lama kita tak cerita tentang percutian. Bila dah diumumkan boleh merentas negeri, ke mana destinasi pertama korang semua?

Saya? Dah tentulah nak pergi bercuti! Rindunya nak tidur hotel dan mandi pool. Bila dah anak ramai macam ni, memang berbaloi bercuti ke Grand Lexis Port Dickson. Lagi pun adalah simpanan sikit hasil dari moratorium bank tu.

Nampakla ke mana perginya duit simpanan tu. Jimat-jimat berbelanja untuk percutian berharga dengan yang tersayang.

Jarak dari Shah Alam nak ke Grand Lexis Port Dickson ni lebih kurang 1 jam 32 minit perjalanan. Dan pastikan korang book awal sebab dijangka bilik akan sentiasa penuh sebab ramai plan nak bercuti kan.

Staycation di Grand Lexis Port Dickson

Grand Lexis Port Dickson
Sumber dari Google

Bila sebut nak tidur hotel, anak-anak memang request nak mandi pool. Budak-budak kan, itulah yang paling diorang suka sangat.

Jadi untuk tak menghampakan diorang, kita pun book lah satu bilik hotel untuk staycation di sini. Kalau tengok harga bilik, bermula dari RM760 untuk Executive Pool Villa bagi satu malam. Ini je yang ada sebab bilik lain semua fully booked! Pada saya harganya ok, sebab bilik selesa dan viewnya cantik sangat!

Memang puas hati dengan harga bilik yang dibayar. Dengan harga tu boleh dapat 2 katil king, private pool, sarapan dan wifi percuma. Dan juga ada dapur bila tetiba plan nak masak kan. Tapi barang-barang nak masak kenalah bawa sendiri, yang bagusnya lagi jimat.

Masak simple pun ok, janji boleh mengenyangkan. Bila fikir balik bagus juga masak sendiri sebab bila ada pool dalam bilik, memang susah nak ajak bebudak ni keluar makan.

BACA  JJCM @ Restoran Aunty Aini's

Lagi pun waktu sekarang tak mengizinkan untuk ramai-ramai makan di luar. Jadi untuk patuhi SOP kita masak sendiri je kan.

Grand lexis staycation
Sumber dari Google
staycation di grand lexis
Sumber dari Google

Pemandangan yang cantik dari bilik

Bila anak-anak tau yang dalam bilik ada private pool, memang diorang seronok sangat. Masing-masing dah tak sabar nak pergi bercuti. Kan dah setahun lebih duduk terperap di rumah.

rate hotel grand lexis
Sumber dari Google

Diorang sibuk dengan PDPR, ibu pula dengan WFH. Jadi inilah masanya nak gembirakan diorang. Sesekali bagi reward untuk keluarga kan. Bagi hilang stress dan penat menghadap kerja seharian.

View yang cantik ni sesuai untuk OOTD dan menenangkan fikiran. Anak remaja zaman sekarang pun dah pandai nak posing ambil gambar cantik-cantik. Buat kenangan katanya. Bolehlah tunjuk kat kawan-kawan sambil bertukar pengalaman staycation.

Bila lagi nak istirehat dengan gaya mewah. Memang terbaiklah plan percutian kali ni.

Seronok sangat bila difikirkan.

Kemudahan di Grand Lexis Port Dickson

Selain bilik yang cantik, ada juga kemudahan lain seperti wifi, bilik mandi yang luas, dapur, pengering rambut, cerek elektrik, tuala mandi, penyaman udara, kipas, kelengkapan mandi, air botol, teh, kopi, seterika dan almari. Terasa macam berada di rumah sendiri juga kan.

Sumber dari Google
Sumber dari Google

Cantik betul view di sini. Sedap mata memandang. Bagi yang suka berphoto, memang sesuai tempat ni untuk bergambar kenangan. Cantik betul.

Sambil berehat bolehla melihat pemandangan matahari terbit dan terbenam. Memang wajib gunakan masa bercuti ni untuk menenangkan minda sambil menikmati pemandangan yang cantik seluas mata memandang.

Bagi yang suka berjalan dan cari tempat makan di luar, jangan lupa survey dulu sebelum korang datang bercuti. Kat sini memang banyak tempat yang menarik untuk dikunjungi.

BACA  Makan angin ke Melaka, cuti adik beradik

Jadi jomlah kita bercuti.

3 thoughts on “Staycation di Grand Lexis Port Dickson. View cantik sangat!”

Leave a Comment

Your email address will not be published.

%d bloggers like this: