Permainan game Solitaire online percuma. Tak perlu muat turun

Permainan game Solitaire online percuma tak perlu muat turun

Sebut pasal game solitaire, terus teringat masa dulu-dulu. Game inilah yang saya main sebelum ada game yang pelbagai sekarang ni. Sempoi je kan.

Then sekarang ni rupanya masih ada lagi game Solitaire ni tau. Tapi yang bestnya lagi banyak pilihan dia. Kalau dulu tu kira macam basic jela.

Dan sekarang dah banyak game best-best yang ada. Hahhaha saya ni tak padan dengan anak 5, suka pulak main game online. Sekali sekali je, bagi release stress sekejap. Lepas settle buat kerja rumah, kita layanla kejap game online ni.

Sambil main game bolehla buat challenge dengan suami dan anak-anak. Siapa menang kita belanja dia roti canai kakaka.

Main game online PERCUMA di Solitaire.Org

Apa yang bestnya game ni Solitaire.Org ni? Sebenarnya saya ni bukanlah kaki game. Tapi bila terasa sesekali nak main tu, saya terus buka website ni.

Satu hari tu cuba belek-belek game kat sini. Terus kata, eh ok jugak main game kat website ni kan. Mudah sangat caranya dan tak complicated pun. Kira celah gigi je nak menang game ni, tak stress haha.

Kenapa saya suka main game di Solitaire.Org?

  1. Memang best sebab ianya PERCUMA. Tak perlu nak bayar apa-apa pun untuk permainan ni.
  2. Kita pun tak perlu nak muat turun (download) aplikasi. Jadi memang takde masalah kata storage peranti kita penuh ke apa.
  3. Boleh je view dan main game ni di phone, laptop atau I pad. Bila main game online, kita boleh main di mana-mana sahaja. Janji ada internet.
  4. Tiada iklan di saat kita bermain game. Maknanya perjalanan game kita tu tak terganggu dengan pelbagai iklan yang muncul tiba-tiba.
  5. Banyak game yang best-best kat sini. Yang menguji minda pun ada. Kalau in case tengah main game, ada hal kejap nak settle. Boleh je pause dulu.
BACA  3 tips simpan telur supaya segar dan tahan lama

1. Daily Word Search

Permainan game Solitaire online

Teringat waktu mengandung dulu. Inilah game word search yang saya selalu main. Tujuannya nak asah minda sendiri sebab waktu mengandung ni mudah lupa. Hahaha.

Tapi waktu tu saya siap beli buku cross word puzzle ni. Bila terlupa nak bawa buku, hmmm hazabedah betul hahaha.

Jadi mana tahu, bila ibu mengandung rajin main game uji minda, maka baby pun terangsang sama kan. Memang ralit main game ni. Anak-anak yang lain pun sama naik je dengan ibu dia.

Kita pun ujilah kepantasan masa masing-masing. Sapa cepat dialah menang kan.

2. Hidden Object Games

game solitaire online

Selain tu, bagi yang suka cari benda tersembunyi. Bolehla cuba game ni. Baru boleh tahu ketajaman mata masing-masing kan. Yang pasti setiap game memang ada catatan masa untuk rekod kita.

Dalam setiap game akan diberikan manual yang mana akan diberitahu peraturan game tersebut. Termasuklah cara pemarkahan. Hmm details betul.

Setakat main suka-suka tu memang takde hal pun.

Permainan game Solitaire online untuk suka-suka

Bila dah ada permainan game online ni, memang saya akan hadkan masa untuk kami bermain. Risau kalau tak terkawal nanti memudaratkan pula.

Bagi saya permainan game yang memberi faedah ni banyak kebaikannya. Dapat uji minda, kreativiti, kesabaran dan ketelitian. Dan tak lupa juga kepantasan kita.

Selain itu dapat mendidil anak-anak supaya baca arahan dengan betul sebelum buat sesuatu perkara. Janji ada kawalan dari ibu dan bapa, insha allah ok.

Dalam semua hal, apapun kita buat, memang perlu ada batasannya. Biasanya saya akan main game ni lepas habis siap kerja dan anak-anak pun dah settle hal diorang.

BACA  Stok Susu Dutch Lady anak-anakku

Harapnya kita dapat memanfaatkan teknologi yang ada. Dan jangan biar teknologi yang mengawal kehidupan kita. Dan semoga entri ini dapat beri input untuk rehatkan minda kita seketika.

2 thoughts on “Permainan game Solitaire online percuma. Tak perlu muat turun”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: