The Inkey List moisturizer dan OST cleansing balm review
Assalamualaikum. Hari ni saya nak review produk yang baru seminggu lebih saya pakai. So far bestlah produk The Inkey List ni, saya beli online je di website Threebs Malaysia.
Di website ni memang menjual produk skincare yang 100% asli dan berkualiti. Antaranya jenama The Inkey List, Sebamed, The Ordinary, Supergoop!, Eucerin, Simple, Olay, Laneige dan banyak lagi.
Dan yang bestnya ada diskaun juga tau, dan lebih berbaloi kalau jadi member. Boleh kumpul point dan tebus pula selepas tu.
The Inkey List OST cleansing balm
Saya suka nak cuba produk The Inkey List ni sebab ramai yang review kata produk ni bagus. Penjagaan kulit muka memang penting untuk pastikan kulit terjaga. Tapi yang pasti kena tahu jenis kulit muka sama ada normal, kering, berminyak atau pun kombinasi.
Oat Cleansing Balm ni menggunakan Oat Kernel Oil, yang kaya dengan natural oat oil yang akan hydrate, melembapkan kulit muka dan mengurangkan kemerahan. Ia diformulasi dengan Colloidal oatmeal yang mengandungi high level of skin beneficial natural actives.
Ia membantu untuk membersihkan make up, kotoran di muka dan blackheads dengan mudah sekali. Memang bagus.
Kandungan bahan utama
- 3% Oat Kernel Oil: Gently supports skin’s moisture levels, smooths and reduces blackheads
- 1% Colloidal Oatmeal: Helps to reduce the appearance of redness and soothe irritation.
Prunus Amygdalus Dulcis (Sweet Almond) Oil, Cetearyl Alcohol, PEG-6 Caprylic/Capric Glycerides, Avena Sativa (Oat) Kernel Oil, Candelilla Cera (Cire de candelilla), Silica, Sorbitan Stearate, Tribehenin, PEG-60 Almond Glycerides, Avena Sativa (Oat) Kernel Flour, Aqua (Water/Eau), Benzyl Alcohol, Phenoxyethanol, Lecithin, 1,2-Hexanediol, Ascorbyl Palmitate, Tocopherol, Biosaccharide Gum-4, Helianthus Annuus (Sunflower) Seed Oil.
Review saya tentang Oat Cleansing Balm 150ml
Saya beli produk ni dengan harga RM55 selepas diskaun RM15. Harga asalnya RM70. Jimat dan berbaloi kan dengan kandungan 150ml untuk sebotol. Saya suka tube ni sebab ada ditulis bila patut digunakan dan macam mana nak gunakannya.
Teksturnya minyak jernih yang sedikit pekat, dan ringan bila disapu dimuka. Tapi seriously memang senang je nak hilangkan makeup, sunscreen dan boleh hilangkan maskara juga. Cubalah!.
Best betul sebab mudah kerja nak bersihkan muka. Boleh juga guna as double cleansing atau biarkan 10 minit di muka seperti pakai face mask. Selepas tu basuh dan boleh rasa kulit licin dan lembap je.
Patutlah ramai yang kata produk ni best dan review di website pun ramai puas hati. Bila cuba sendiri memang tak menyesal.
The Inkey List Multi-Biotic Moisturizer 30ml
Pelembap yang mengandungi probiotik dan squalane yang didapati dari sumber tumbuhan yang membantu menyeimbangkan tahap pH kulit, mengurangkan pengeluaran sebum yang berlebihan, mencerahkan kulit dan menenangkan.
Ia sesuai untuk semua jenis kulit muka sama ada normal, kering, berminyak atau pun kombinasi. Jadi sesiapa yang ada masalah kulit muka berminyak berlebihan, PH level yang tidak seimbang, kulit kusam dan kering bolehlah cuba pelembap ni.
Kalau nak tahu, bila tahap PH tidak seimbang maka akan terjadilah tanda-tanda penuaan, kerengsaan dan minyak yang berlebihan. Itu yang kita risaukan kan, jadi penting kena jaga kulit muka ni.
Kandungan bahan utama
- 5% Yogurtene® balance helps to balance the bacteria of the skin, reducing breakouts
- 2% Brightenyl® helps to provide an even skin tone
- 2% Squalane helps to hydrate and protect skin
Water (Aqua/Eau), Inulin, Glycerin, Isoamyl Laurate, Propanediol, Squalane, Cetearyl Olivate, Sorbitan Olivate, Avena Sativa (Oat) Kernel Oil, Phenoxyethanol, Yogurt Powder, Sodium Caproyl Prolinate, Citronellyl Methylcrotonate, Isoamyl Cocoate, Carbomer, Benzyl Alcohol, Camellia Sinensis Leaf Extract, Lactobacillus Ferment Lysate, Punica Granatum Extract, Sodium Hyaluronate, Sodium Hydroxide, Ethylhexylglycerin, Sodium Stearoyl Glutamate, Diglucosyl Gallic Acid, Lactobacillus Ferment, Trisodium Ethylenediamine Disuccinate, Dehydroacetic Acid, Caffeine.
Review saya tentang Multi-Biotic Moisturizer
Harganya RM49.50 untuk kandungan 30ml untuk satu botol with a pump. Teskturnya sedikit pekat tapi ringan bila disapu di muka. Tidak melekit atau berminyak, memang meresap dengan baik.
Baunya sedikit wangi tapi tidak terlalu kuat. Memang elok je pakai di muka di waktu pagi dan malam. Dan yang bagusnya kalaulah contoh kita over exfoliated, Multi-biotic ni sangat bagus untuk seimbang semula kulit kita.
Dan bagi saya memang berbaloi produk ni dengan harganya.
Mana nak beli The Inkey List?
Macam saya, beli online di website Threebs Malaysia ni lebih mudah. Sekarang pun tengah ada promosi harga, berbaloi korang daftar sebagai member dan kumpul point juga.
Penghantaran pun cepat, tak perlu nak cari di retail outlet. Nak pula dengan kes Covid 19 yang masih ada kan. Jadi takdelah nak bersesak di mall.
Itu sahaja review saya tentang produk The Inkey List Moisturizer dan cleanser ni. Barang baik mestilah dikongsi bersama untuk korang cuba juga kan. Kalau ada sesiapa yang dah cuba produk ni, bolehlah kongsikan komen di bawah.
wow..pelembap die ada probiotik la..lain dari yg lain ni. packaging warna hitam putih pun nampak elegant..menarik
Rawlins teringin nak try moisturiser dia. Sebab baca a few rave reviews about it too. Thanks for your review too.
first time dengar brand ni.. nampak menarikla aju.. boleh try ni ..
Macam ada nampak sapa ada guna ni yaa,, ye laa ada kawan Sis pun guna ni, feedback dia pun kata best dan elok dengan kulit muka dia.. nanti nak survey gak lerrr
Bagus ni produk ada probiotik. Rasa nak cuba lah. Packaging nampak simple minimalist. Suka sangat
Lengkap produk ni bagus lah senang nak beli terus dapat tiga sekali boleh buat penjagaan kulit hehehe orang laki sesuai ker guna ni….