Jamu Ratu Emas atasi masalah keputihan, awet muda sentiasa
Saya nak tanya, ada tak korang alami masalah keputihan berlebihan, miss V berbau, ada masalah period tak teratur? Kalau ikutkan dah cuba bermacam cara nak atasi tapi takde satu pun yang berkesan?
Meh sini nak cerita. Saya nak kongsikan juga satu produk jamu ni. Saya dah pun cuba dan nampaknya serasi dengan badan dan selesai beberapa masalah saya ni.
Badan penat dan lesu
Mulanya saya ni rasa penat-penat badan. Yelah bila kita bekerja, balik dari ofis tu nak menguruskan anak-anak, suami dan kerja rumah. Tanggungjawab sebagai isteri dan ibu ni memang wajib kena buat. Kalau tidak kita akan rasa, tak happy dan tak selesa duduk di rumah sendiri.
Bila badan dah penat, kita mula rasa nak marah-marah je hahaha. Mana taknya semua benda kita nak buat kan. Tapi ada jugalah bahagikan kerja dengan anak-anak. Biar diorang rasa berdikari sikit.
Besoknya kita ulang rutin yang sama. Ada satu masa saya rasa badan ni tak macam waktu anak dara dulu. Segan juga nak cerita kat sini sebab hal rumahtangga kan.
Hilang keyakinan diri untuk berpenampilan menarik
Tapi jangan buat main-main hal macam ni, memang boleh menyebabkan keretakan hubungan suami isteri. Selalunya, orang perempuan akan dipersalahkan sebab tak jaga penampilan diri.
Alasannya kurang bertenagalah, tidak secantik dululah..dan alasan paling tak diterima akal adalah nak isteri macam masa muda-muda dulu.
Amboi demand sungguh ya haha. Tapi ianya tak mustahil untuk anda menjadi muda jelita untuk suami tercinta.
Tapi, apa pun masalahnya, mesti ada penyelesaiannya. Dan jangan terus biarkan diri dilanda kerisauan. Cuba produk yang saya recommend ni, mesti anda akan rasa sihat dan bertenaga Insha Allah.
Jamu Ratu Emas atasi masalah kewanitaan
Sebelum ni saya tercari-cari apa produk yang bagus untuk dalaman. Saya nak rasa badan sihat, kuat dan rasa bertenaga macam muda-muda dulu. Lepas tu saya ada terjumpa produk Jamu Ratu Emas ni di Shopee.
Bila baca bahan ramuan dan kelebihan produk ni terus saya nak cuba. Jamu Ratu Emas ni ada pelbagai khasiat dan kebaikannya. Tapi sebelum tu, saya senaraikan dulu ramuan yang diguna pakai dalam produk ni. Ianya mengandungi Kacip Fatimah, Manjakani, Pokok Serapat dan Kunyit hidup.
Sememangnya bahan-bahan ni elok untuk dalaman badan kita kan. Selalu dalam pantang pun ada amalkan minum air kunyit dan manjakani yang sememangnya bagus untuk kuatkan rahim dan pulihkan dalaman badan.
Macam tu juga produk Jamu Ratu Emas ni. Ianya membantu untuk merawat/ merapatkan/ mengetatkan miss v, merawat masalah bau, keputihan dan lendir berlebihan, mengurangkan sakit haid/ senggugut, membaiki kitaran haid, payudara lebih montok, punggung lebih anjal, menambahkan tenaga dalam badan dan awet muda.
Cara pengambilan Jamu Ratu Emas
Produk ini boleh diamalkan seawal umur 16 tahun. Satu botol jamu ini mengandungi 30 biji. Makan 2 biji pada waktu pagi setiap hari selepas sarapan. Dan penting untuk lebihkan meminum air masak. Kita pun memang digalakkan minum air 2 liter sehari kan. Dan sila elakkan pengambilan caffein dan gula berlebihan.
Barulah kita akan nampak kesan yang optimum. Dan jangan risau sebab produk ni ada kelulusan dari KKM, halal, ada kelulusan GMP, lulus semua ujian di makmal dan pharmaceutical : MAL16110048TC.
Ianya bebas dari bahan terlarang seperti hormon, pengawet, gluten, GMO, Antibiotic dan bahan kimia. Jadi boleh dimakan tanpa rasa ragu-ragu.
Peringatan!
Produk ini memang elok diamalkan untuk semua. Tapi ada juga waktu yang tidak sesuai untuk dimakan contohnya semasa datang bulan. Ini kerana semasa kita period, sistem penyerapan badan berkurangan dan lemah. Mana taknya, jika makan juga Jamu Ratu Emas ini, khasiatnya akan terbazir kerana ia hanya akan serap 80% khasiat time period .
Jamu Ratu Emas tidak disarankan untuk ibu mengandung demi kesihatan bayi. Jasi sebaiknya, ibu mengandung hanya fokus kepada pengambilan supplement dan ubat ubatan yg diberi oleh doktor sahaja . Tetapi untuk ibu yang menyusukan bayi, boleh consume selepas baby berusia 2 bulan keatas kerana Jamu Ratu Emas mampu kecutkan peranakan serta tambah susu ibu.
Testimoni yang berpuashati
Yang lagi meyakinkan saya, seller ni ada tunjukkan juga testimoni yang telah mendapat kesan positif selepas mengamalkan produk Ratu Jamu Emas. Memang runsing jika kita ada masalah sebegini.
Sememangnya akan mengganggu emosi dan penampilan diri. Biasanya masalah ini yang buatkan diri kurang keyakinan dan semestinya rasa tidak selesa. Macam saya beritahu tu, perempuan ni memang ada seribu satu masalah dalaman.
Tapi kalau kita tak atasi, risau pula berlarutan dan memudaratkan diri sendiri. Jadi sebaiknya elok dicegah sebelum terlambat.
Harga produk Ratu Jamu Emas
Harga normal untuk produk ini adalah RM129. Dan jika beli 2 botol harganya ialah RM258. Tetapi harga istimewa untuk anda adalah seperti di bawah. Memang harganya mampu milik dan bolehlah share dengan kawan-kawan sebab dengan pembelian 2 botol harganya lebih murah.
PROMO :
1 x botol = RM80 free postage
2 x botol = RM150 free postage
Mana nak beli produk ni?
Mudah je nak dapatkan produk ni. Anda boleh layari website, shopee atau hubungi dan klik sahaja link di bawah untuk maklumat lanjut. Banyak info tentang produk dan testimoni yang telah mendapat hasil yang memuaskan hati.
Selamat mencuba. Semoga ianya menjadi ikhtiar untuk mengatasi masalah dalaman wanita.
It is good to have such a supplement to help ladies and women to address their feminine needs.
pehh.
ratu emas.
nanti tanya bini dia ada masalah tak. haha
Yang penting produk ini halal, mengamalkan GMP dan lulus KKM.
I just like the helpful information you provide in your articles