promo animasi durioo

Durioo+ Platform Penstriman Khas Buat Kanak-Kanak Muslim

Durioo+ – Platform Penstriman Khas Buat Kanak-Kanak Muslim Di Seluruh Dunia Yang Menekankan Nilai-Nilai Islamik

Siapa peminat kartun animasi Didi & Friends dan juga Omar & Hana? Angkat tangan!!! Kalau nak tahu, anak-anak saya pun suka sangat animasi ni. Jalan ceritanya ringkas, ada unsur nasihat dan nilai yang baik, dan pastinya gambar sangat jelas dan cantik.

Selain anak-anak, saya dan suami pun follow juga animasi ni. Wataknya tu sangat comel dan buatkan kita yang menonton ni pun terhibur juga. Kiranya ada waktu bermanfaat dan berkualiti bersama dengan anak-anak.

Sebagai parents memang penting untuk kita pastikan bahan tontonan anak-anak ni berfaedah. Jadi kenalah tapis dulu, kalau lulus barulah sesuai untuk mereka. Sebab apa yang mereka tonton itulah yang akan jadi ikutan, kan?

Pelancaran platform Durioo+

Durioo+ Platform Penstriman

Untuk pengetahuan korang, pada bulan Januari lalu, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Tan Sri Annuar Musa telah melancarkan sebuah syarikat Animasi Teknologi Malaysia bernama Durioo. Sebulan selepas dilancarkan, pada 18 Februari 2022, Durioo dengan rasminya telah mengumumkan platform penstriman global pertama mereka yang dipanggil Durioo+. Platform yang berasaskan langganan itu bertujuan untuk menyediakan kandungan Islamik yang berkualiti tinggi dan bermanfaat untuk kanak-kanak di seluruh dunia. 

Durioo+ ditubuhkan oleh pengasas serta individu-individu kreatif yang menghasilkan siri animasi Omar & Hana dan Didi & Friends (Digital Durian) dimana animasi tersebut telah meraih kejayaan global dan memperoleh lebih daripada 13 juta pengikut di saluran-saluran YouTube mereka. Durioo+ ini akan menjadi batu loncatan untuk memantapkan kedudukan Durioo sebagai platform animasi untuk kanak-kanak Muslim dari seluruh dunia di samping memainkan peranan penting dalam ekosistem animasi digital di Malaysia. 

Animasi Durioo berteraskan nilai dan pegangan Islam

durioo, durioo+, animasi durioo

Sempena pelancarannya, pelanggan Durioo+ boleh menjangkakan lebih daripada 100 episod yang terdiri daripada animasi dan bukan animasi berteraskan nilai dan prinsip pegangan dalam Islam. Ia juga merancang untuk menampilkan 30 kandungan baharu setiap minggu bagi memberikan pengguna lebih banyak pilihan kandungan untuk ditonton.

BACA  Majlis Aqiqah dan Berendoi Tema "Hello Kitty"

Syarikat itu juga akan membawa lebih daripada 12 rancangan baharu di bawah jenama Durioo Originals. Antaranya ialah Mina Mila, Little Ammar, Abibi, dan banyak lagi. Wah tak sabar rasanya nak tonton rancangan ni, yang pastinya memang bermanfaat untuk anak-anak.

mina mila durioo

Pelanggan Durioo+ mempunyai akses untuk menonton kandungan yang dihasilkan oleh tim kreatif Durioo dan juga rancangan-rancangan menarik melalui kerjasama dengan studio produksi lain seperti Bubu Lala – produksi bersama dengan Yeah Yeah Yeah Studio, Polytako – animasi yang dihasilkan bersama dengan Kanaloa Malaysia dan Zehni – pengeluaran bersama Philandure. 

Durioo+ – Platform Penstriman Khas Buat Kanak-Kanak Muslim Di Seluruh Dunia

Sinan Ismail, pengasas Durioo juga berkata pelancaran Durioo+ adalah langkah pertama dalam merealisasikan aspirasi mereka. Ianya adalah untuk menjadi platform penstriman pilihan utama bagi kanak-kanak Muslim di dalam dan di luar Malaysia.

“Kami mahu menyediakan platform yang selamat bagi membantu membina asas Islam yang kukuh untuk penonton kami dengan menyampaikan kandungan pendidikan yang mengajar tentang nilai asas dan kebaikan dalam Islam,” tambahnya lagi.

Dengan Durioo+, Sinan berharap dapat mendekati kanak-kanak Islam di seluruh dunia supaya mereka bukan sahaja dapat menonton dan berhibur tetapi juga mempelajari tentang keindahan agama Islam. 

Untuk penstriman dalam talian, layari laman web https://duriooplus.com/ atau untuk akses yang lebih mudah, pengguna boleh memuat turun aplikasi Durioo+ yang boleh didapati di kedua-dua gedung aplikasi iOS dan Android termasuk Apple TV dan Android TV. Durioo+ menawarkan langganan dengan kos bulanan hanya RM12.90 atau langganan tahunan pada harga RM129.90 sahaja. Durioo+ juga menawarkan percubaan percuma selama 7 hari. 

promo animasi durioo, durioo+ platform

Selain itu, berita baik untuk pembaca di luar sana! Anda boleh menggunakan promo kod “PROMO KOD AJUDURIOO” untuk menikmati diskaun sebanyak 30% bagi langganan Durioo+ bulan pertama. Rebut peluang ini untuk melanggan Durioo+ hari ini!!

4 thoughts on “Durioo+ Platform Penstriman Khas Buat Kanak-Kanak Muslim”

Leave a Comment

Your email address will not be published.

%d bloggers like this: