Pengalaman uri lekang dan bleeding semasa mengandung
Alhamdulillah..
Sudah pun masuk ke trimester ketiga. Memang saya dah jarang nak update media sosial. Dah masuk 7 bulan baru ada mood nak menulis. 3 bulan awal pregnancy memang saya mabuk.
Tak tahan bau masakan, tak makan itu ini, memang tak larat. Saat yang ditunggu oleh semua ibu-ibu hamil yang mengalami morning sickness. Alhamdulillah masuk je minggu ke 14, nampaknya mabuk-mabuk ibu sudah pun tiada.
Berbeza kandungan kali ini dengan kelima-lima anak sebelumnya. Kalau dulu gagah perkasa, dari awal kehamilan sehingga saat melahirkan. Tapi kali ini, ibu mabuk, dan berat yang dulu 63 kg statik, akhirnya sudah boleh mencecah 59 kg.
59 kg tu berat idaman ibu. Setelah 5 tahun melahirkan si Bongsu, baru dapat berat idaman hahaha. Tapi berita gembira tu tak lama, sebab saya dan suami mendapat berita lebih gembira bila kami diberikan rezeki menerima ‘orang baru’ dalam keluarga besar kami ni.
Sakit belakang menyerang
Sebelum dapat tahu berita gembira tu. 2 minggu sebelum tu saya sudah tak lalu makan, tak boleh bau..Tak larat nak berjalan..Satu lagi ditambah dengan sakit belakang.
Waktu ni saya memang tak boleh nak tegakkan badan waktu berjalan. Membongkok je nak bergerak ke sana ke mari. Solat pun duduk kat kerusi.
Aduh..Memang sakit sangat. Disebabkan suami kasihan tengok keadaan saya yang macam tu, kami refer dengan pakar tulang belakang di hospital.
Masa ni saya masih belum tahu saya ni hamil. Dengan tak lalu makan, sakit belakang pulak menyerang. Sampaikan terpaksa berjumpa Pakar Orthopedik di Hospital Avisena, dan menjalani X-ray dan juga MRI.
Allahuakbar memang waktu ni belum waktunya period lagi. Jadi tak expect apa-apa pun waktu sakit belakang tu. Bila jumpa pakar orthopedic siap buat MRI dan Xray.
Kalau saya tahu saya pregnant, memang takkan buat prosedur tu. Waktu ni sempatla pergi fisio untuk 2 sesi, setiap sesi lebih kurang 30-40 minit.
Berita kehamilan
Selepas 2 minggu saya menjalani rawatan fisio, Sampailah satu hari tu, saya perasan period lewat 3 hari. Kebiasaannya lewat 1 ke 2 hari. Tapi masuk hari ke 3, saya pun terus beli UPT untuk check.
Berdebar tu usah kata. Setiap kali lewat period inilah situasi yang sangat mendebarkan. So kita pun check…1, 2, 3….nampaknya 2 line..Tak tahu nak bersyukur atau berteriak.
Huhuhu Allah nak bagi rezeki nampaknya, mesti ada hikmahnya. Insha Allah.
Saya dan suami khabarkan berita gembira ni pada anak-anak. Si sulung nampaknya terdiam dan terus mengalirkan airmata.
Bila ditanya kenapa Kak Ya menangis?
Dia kata “Jangan tanya, nanti menangis lagi”. Jadi sampai ke saat ini kami tak tahu kenapa Kak Ya menangis dan tak pernah bertanya lagi. Mungkin dia happy atau sedih? Kak Ya je yang tahu.
Tapi ibu faham perasaan Kak Ya, maaf ya. Insha Allah ibu takkan susahkan Kak Ya. Kesian dia pikul tanggungjawab yang berat sepanjang ibu mabuk-mabuk.
Morning sickness
Kandungan ke 6 kali ini sememangnya agak panik untuk semua orang. Saya, suami dan anak-anak. Morning sickness tu bermula seawal pagi sampailah tutup mata nak tidur malam.
First time kena mabuk-mabuk macam nilah. Semua benda yang baunya wangi, dah jadi busuk. Makanan dan minuman sedap semua jadi tak sedap.
Kena pulak time bulan Ramadhan kan, ha sangat-sangat mencabar. Saya memang suka memasak untuk keluarga. Jarang sangat makan kat luar.
Bila kena morning sickness ni, saya paksa diri untuk memasak. Sebab memang tak lalu makan makanan kat luar. Biarlah hanya goreng ayam kicap atau goreng ikan je pun.
Itu dah cukup dah untuk kami sekeluarga. Tapi bab basuh ayam tu memang serah kat anak nombor 2. Dia yang bersihkan ayam, then ibu masakkan.
Puasa pun setakat yang mampu sahaja. Ada jugalah tinggal puasa, insha Allah wajib qada tu.
Pengalaman uri lekang dan bleeding semasa mengandung
Selain ujian morning sickness, saya juga diduga dengan bleeding seawal kandungan berusia 10 minggu. Satu hari tu baru balik dari shopping, bangun dari tidur, terasa ada benda mengalir keluar dari bawah. 3 kali macam ada discaj yang banyak.
Masuk toilet tengok ada darah fresh rupanya. Ya Allah dalam hati dah tak tentu arah. Suami yang waktu tu pergi viewing rumah, terus saya paksa balik untuk ke klinik. Sedih sangat, sebab dah terbayang baby.
Sampai kat Klinik Siti Denai Alam, waktu ni klinik ni je yang buka sebab hari Ahad. Biasa hujung minggu memang banyak klinik yang tutup. Doktor tu dah tanya details semua dan saya diminta baring kat katil. Lepas tu nampak pula alat muncung itik tu.
Ya Allah memang nervous giler. Sebab risau kalau doktor masukkan alat tu nanti lagi banyak pendarahan. Saya memang meronta tak nak proceed untuk cek. Suami pun memujukla kita ni. So serah diri jela weii.
Bila cek doktor kata memang tiada bukaan dan tiada darah fresh yang keluar lagi. Bila scan, jantung baby masih ada, Alhamdulillah. Dan katanya chances baby tu dalam 50-50 macam tu. Dan doktor bekalkan saya dengan Duphaston iaitu ubat untuk kuatkan rahim.
Keajaiban Allah, banyakkan berdoa dan bed rest
Dari saat tu, saya dah decide dengan suami untuk follow up di Hospital Thomson Kota Damansara. Since majikan cover untuk medical expenses, jadi saya pakaila kemudahan yang ada. Bila dah jumpa doktor pakar, memang saya dinasihatkan untuk bed rest.
Doktor kata kandungan saya tu mengalami iaitu uri lekang. Dalam bahasa medic nya Abrubtion Placenta.
Kalau saya tak berehat, nanti kemungkinan untuk berlaku keguguran adalah tinggi. Syukur ada bos yang memahami. Allah memang bagi ujian untuk hambanya yang mampu untu hadapinya kan.
Jangan banyak bergerak, tak perlu masak, tak perlu kemas rumah, berehat dan baring je. Yang paling sedih tak boleh nak berjalan sana sini. Takdela nak ikut suami dan anak-anak bersiar-siar naik kereta.
Apapun syukur anak-anak dah besar dan boleh harap. Jadi saya memang banyak baring je dan bos pula benarkan untuk Work From Home selama 2 minggu. Semua ni saya anggap dugaan dan rezeki dari Allah.
Allah permudahkan urusan saya walau dugaan bleeding tu berlarutan sampai usia kandungan 15-16 minggu. Saya dah terbayang beraya Aidilfitri di rumah Shah Alam. Tapi dengan izin Allah, bleeding tu dah berhenti sejak minggu pertama Hari Raya Aidilfitri.
Dapatla saya beraya di kampung dan memang adik beradik tak benarkan saya buat kerja langsung. Tapi yelah tak sedap hati juga kan duduk saja. Kita tolongla potong-potong bawang tu hahaha.
Rezeki dari Allah
Saya pun tak sangka saya akan diduga sebegini. Pada masa yang sama saya bersyukur bila diberi rezeki anak lagi. walau awalnya dah kira nak tutup kedai dah hahaha.
Tapi kita ni mampu merancang, Allah yang menentukan semuanya. Jadi semua ni saya anggap ada hikmahnya buat kami sekeluarga. Itulah lebih kurang pengalaman uri lekang dan bleeding semasa hamil.
Leave a Reply