Teknik belajar matematik melalui math games online
Kaedah bermain sambil belajar, memang salah satu cara nak pastikan anak-anak enjoy waktu pembelajaran. Salah satu subjek yang saya nak sangat anak-anak score adalah Matematik. Kita pun tahu matematik ni memang wajib kena buat banyak latihan, baru boleh faham cara dan kuasainya.
Mak dan ayah mana yang tak nak anaknya pandai kan. Jadi salah satu cara yang saya ambil adalah dengan memperkenalkan mereka dengan math and educational website iaitu Calculators.org.
Saya ada search di internet cara atau tips nak kuasai math. Tup tup, saya terjumpa website ni. Nampak mudah je nak buat aktiviti pembelajaran di website ni. Tu yang saya pun share dengan korang juga.
Math games secara online
Dalam website ni ada 6 kategori iaitu health, math, savings, loans, debt dan business. Tapi saya juga benarkan untuk anak-anak explore online gaming section yang lebih fokus kepada math games. Macam biasa bila melibatkan game online, memang saya akan set kan waktu untuk anak-anak dibenarkan bermain online.
Supaya diorang ni tidak berlebih-lebihan menghadap laptop atau ipad. Yang penting kita sebagai ibu bapa memang kena beri perhatian semasa pembelajaran mereka dan tetapkan had masa yang bersesuaian. Kalau tak memang diorang takkan bergerak menghadap gajet kan.
Bila kita monitor selalu, secara tak langsung diorang dah tahu had masa. Jadi takde drama air mata pulak nanti kan hahaha.
Math & Logic Games
Kalau korang nak tahu semua math games dan puzzle ni adalah PERCUMA dan didapati secara online. Yang bestnya tak perlu download aplikasi dan tak perlu log in pun. Kadang-kadang kita malas nak register dan create akaun kan.
Jadi dengan cara ini, lebih cepat dan mudah untuk terus anak-anak belajar dan bermain. Kaedah yang digunakan sangat simple dan senang faham. Oklah tu, kita pun tak susah nak ajar mereka caranya.
Untuk math games ni ada operasi tambah, tolak, darab dan bahagi. Biasanya saya akan ajar sambil buka buku. Tapi sekarang mudah, kita search, klik dan pembelajaran boleh dibuat semudah ABC.
Bila kita klik satu-satu math games ni, paparannya sangat ceria dan sedap mata memandang. Ada huruf, nombor, simbol dan ianya mudah difahami.
Jadi memang mudahlah dengan cara ini. Zaman sekarang adalah zaman digitalisasi. Jadi nak tak nak kita memang kena ikut arus pembelajaran seiring dengan pembangunan semasa. Jika tidak anak-anak pula akan ketinggalan.
Jadi semuanya kena seiring dan sejalan.
Math games zaman childhood
Ada juga game yang familiar sejak zaman kanak-kanak dulu. Memang mengimbau zaman lampau. Seronok dapat sama belajar dengan anak-anak secara online macam ni.
Ini bukan anak-anak je yang happy, parents pun boleh join skali hahaha. Itulah sambil belajar kita juga memperkenalkan games ni pada anak-anak. Board games ni memang popular kan dulu. Kalau dulu memang kena ada kawan-kawan dan adik beradik untuk join game ni.
Tapi sekarang secara online, semuanya dihujung jari sahaja.
Semoga perkongsian teknik belajar matematik melalui math games online ini bermanfaat buat parents dan anak-anak. Pembelajaran bukan sahaja dalam kelas, bahkan dalam kelas juga sudah mula mengaplikasikan penggunaan gajet untuk aktiviti pembelajaran.
Dan beringat untuk pastikan anak-anak kita mengikut segala peraturan yang telah ditetapkan untuk pastikan mereka menerima ilmu dengan mudah. Strategi yang bagus ini memang boleh membantu merangsang minda anak-anak.
Jadi sebagai ibu bapa, kita wajib pastikan aktiviti dan kaedah yang terbaik untuk mereka. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.
makasih