Pengalaman bersalin anak ke enam.
Alhamdulillah, hari ni anak ke 6 saya sudah pun berusia 15 hari. Pengalaman bersalin anak ke 6 ni sememangnya berbeza dengan anak-anak yang lain.
Di entri saya sebelum ini saya ada kongsikan pengalaman bleeding di awal kehamilan. Diduga pula dengan alahan dan mabuk. Penat usah katalah, macam itulah gayanya mengandung di usia 41 tahun.
Saya masih lagi bekerja makan gaji, dan tiada pembantu rumah. Selesa uruskan rumah sendiri dari awal kahwin, dan sepah sikit-sikit tu biasalah. Kalau rasa nak kemas, arahkan je anak-anak ni, Insha Allah semua dah tahu tugas masing-masing.
Yang banyak membantu saya pastinya anak-anak perempuan yang berdua tu. Sorang 17 tahun, sorang lagi 15 tahun.
Syukur Allah kurniakan anak-anak yang baik-baik dan mendengar kata. Semua boleh harap untuk bantu buat kerja rumah. Even anak lelaki yang 12 tahun tu pun dah boleh masak nasi.
‘False alarm’ di usia kandungan 36 minggu – 27/9/2022
Semasa usia kandungan 36 minggu, saya dah ada tanda-tanda discaj darah berwarna coklat dan mild contraction. Satu hari tu contraction sangat kuat dan terus ajak suami ke hospital. Bila doctor cek bukaan, belum ada tanda-tanda nak bersalin lagi.

Syukur dah selamat bersalin, udah mengah dah weii..Tak larat nak berjalan
Rupa-rupanya false alarm 😅. Baliklah kami ke rumah semula. Lagi pun doktor ada bagitau, bersalin di usia kandungan 36 minggu tu kira baby pre mature. Jadi possibility baby akan masuk ke NICU dan ditahan untuk seminggu tu ada. Ghisau…
Takpelah baby, duduk dalam perut dulu ok. Once dah cukup masa, awak keluar ya hahaha. Dia seronok duduk dalam perut ibu ni.
Adalah lagi chance ibu nak pergi jalan-jalan cari makan. Selagi boleh ye dak? 😄
Check up 37 minggu – 4/10/2022
Selagi belum bersalin, kita gigih pergi check up lagi. Kali ni seminggu sekali. Dengan doctor favourite saya kat Thomson Hospital.
Siapa lagi kalau bukan Dr Hazinat Yunus. Sila Tepuk!!! ;).
Kalau nak tahu, masa ni discaj coklat dan darah dah seminggu lebih. Perut mengeras on and off. Masa check up 4.10.2022, Dr Hazinat cek bukaan. Rupanya dah ada bukaan 1-2 cm.
Eh debor terus hahaha…
Tapi contraction kuat masih belum ada. Doktor bagitau boleh balik rumah dulu. Kalau rasa sakit kuat then datang hospital semula.
Oklah balik rumah kemas rumah sikit. Basuh dan dryer kain. Lipat bagai dan kemas dapur sikit-sikit. Baju baby memang dah basuh awal-awal.
So dah takde apa nak dirisaukan lagi. Tunggu sakit jelah then kita serah diri kat hospital ;).
Sakit makin kuat selang 10 minit.
Tunggu sakit kuat yang masih belum kunjung tiba. Tapi rupanya sakit kuat tu datang masa semua orang tengah nyenyak tidur.

Setiap kali sakit contraction tu datang, terus saya update listing ni. Senang nak refer kan 😉
Waktu ni jam 2:30 pagi, 5/10/2022. Tiba-tiba terjaga dari tidur sebab contraction kuat. Waktu tu perut saya memang sakit dan kerap mengeras.
Nak kejut suami kesian sebab mesti tengah lena. Jadi saya layankan dulu sakit ni.
Tidur mula tak lena. Mana taknya sakit makin kuat. Bila dapat lena, siap masuk sakit tu dalam mimpi hahaha.
Tengok jam dah 3:42 pagi. Takpe tak kejut lagi suami. Ambil dulu bacaan sakit dan tengok selang masa. Boleh tengok saya rekod bacaan contraction tu.
Fuh makin lama makin sakit kuat ni. Tengok jam dah pukul 4:30 pagi. Saya pun kejut suami. Dia risau false alarm lagi haha. Tapi saya tunjukkan rekod bacaan tu.
Dan ajak dia ke hospital terus. Waktu dalam kereta sakit betul, dan suami kata confirmla ni nak beranak dah. Hahaha risau dia kena balik rumah semula ya.
Terus ditolak masuk ke labor room
Waktu sampai di hospital Thomson. Saya terus dimasukkan ke labor room. Nurse datang dan cek bukaan dah 5cm. Fuh dah nak bersalin aku ni.
Prosedur C-19 masih sama. Ada doctor datang buat swab test kat saya dan suami pula buat swab test kat kaunter tingkat GF.
Mak tolong takutnya nak beranak 😉
Nak beranak kan. Sure nervous.
Ya Allah berdebar usah kata. Walau dah anak ke 6, perasaan nervous masih sama. Tapi bezanya kali ni saya boleh tahan lagi sakit kuat tu.
Saya maklumkan doctor saya ada GBS dan nurse masukkan antibiotik untuk keselamatan baby. Habis je antibiotik, jam 10:00 pagi doctor datang pecahkan air ketuban.
Sakit makin kuat dan memang saya tak pernah ambil epidural setiap kali bersalin. Hanya sedut gas je tapi masih sama je boleh rasa juga sakit tu 😅.
Berdesing telinga wehhh. Tapi kan betullah orang kata, bila anak dah ramai ni, memang senang bersalinnya.
Pengalaman bersalin anak ke 6 tanpa induce
Nak dijadikan cerita, elok je suami solat zuhur, dan habis je berdoa. Terus sakit kuat dan nak meneran berak tu datang.
Waktu tu jam 13:25 mcm tu.
Semuanya berlaku tiba-tiba ya!!
Semuanya pantas dan mengejut! Sebab sebelum tu, nurse check bukaan masih 6cm. Dan doctor Hazinat minta nurse masukkan ubat induce sebab bukaan lambat.
Nurse dah ada kat sebelah untuk masukkan ubat induce tu kat tangan saya. Bila saya bagitau sakit nak meneran! Eh puan dah sakit ke? Puan baru 6 cm. Tapi bila saya nak meneran tu, dia check lagi.
Eh? Dah 9 cm. Then call doctor Hazinat tak dapat pulak. Rupanya doc dah ada depan pintu labor room. Alhamdulillah ya Allah.
Terima kasih kerana permudahkan.

Alhamdulillah terima kasih Allah..
Makanya memang boleh terus teran untuk bersalin. Ada 4 orang nurse yang bagi sokongan kat saya untuk meneran. Allahuakbar, syukur mudah rasanya.
Suami yang cerita semua detik-detik cemas dan gembira ni. Dengan 2 kali teran, alhamdulillah lahirlah bayi lelaki ke 4 kami.
Luka koyak pun sikit je kata doktor. Waktu baby keluar tu, terus rasa lega yang amat-amat sangat! Terus terbayang tak perlu bawa perut yang besar lagi.
Takde dah mengah dan penat jerih. Tiada sesak nafas kalau nak tidur. Huhuhu hargailah ibu dan isteri ni ya, bukan mudah nak mengandung dan melahirkan.
Settle dijahit dan saya dimasukkan ke wad biasa selepas sejam lebih di monitor ni labor room. Biasa diorang akan tengok ada bleeding tak? Nak pengsan ke tak? Diorg minta buang air juga.
Semuanya nak pastikan kita dalam keadaan yang baik-baik je. Alhamdulillah, syukur.
Lepas ni nak berjaga malam pula. Apa pun syukur sangat pada Allah sebab dipermudahkan proses bersalin ni.
Tq Allah
Alhamdulillah tahniah. Kita yang baca ni berdebar.
Alhamdulillah… Ramainya hero.. 😍
Alhamdulillah. Tahniah akak. Kita pulak debar baca.
Alhamdulillah tahniah kak atas kelahiran tak dijangka ni. ❤️
alhamdulillah
tahniahhh🥰
baca rasa nk menitis air mata ,terbayang dan teringat detik2 nk bersalin dulu2
Allahuakbar akak x pandai cerita tp bila baca karangan ayat2 rasaaa Allah shj mengetahui perasaan ibu kala melahirkan.
Tinggi darjat seorg ibu yg harus anak2 tahu betapa besar pengorbanan
Alhamdulillah & tahniah atas kelahiran anak ke-6. Kalau tarikh kuatkuasa pindaan Akta Kerja tak kena tangguh ke bulan Januari thn dpn, sis Ajumohit dpt merasa 98 hari cuti bersalin. Apa-apa pun, akak doakan semoga segala urusan dipermudahkan.
Semoga selalu menjadi penyejuk hati ibu ayah 🙂