Alat ganti mesin basuh Hitachi, mujur ada di Shopee
Wanita dan mesin basuh berpisah tiada hahaha. Itulah gajet utama yang wajib ada di setiap rumah. Dan bukan menyenangkan kaum wanita je malah memudahkan kerja kaum lelaki juga.
Kalau zaman dulu, zaman takde elektrik, memang basuh kain manual je. Rendam kain dalam besen, letak sabun serbuk then pijak-pijak dengan kaki.
Bilas dan lepas tu perah dengan kederat yang hado. Then sidai. Korang pun ada pengalaman yang sama? Kalau ya, sep sikit!!!
Mesin basuh automatik Hitachi 12kg
Saya guna mesin basuh automatik jenama Hitachi dengan kapasiti 12kg. Kalau congak dah 10 tahun ya washer ni berkhidmat. Nasib ko la mesin hahaha, kerja keras setiap hari.
Mana tidaknya, kami satu keluarga dah 8 orang. Memang mesin akan jalan setiap 2 ke 3 kali sehari. Bayangkan banyaknya kerja saya nak gantung dan lipat kain tu huhu.
Syukurla ada dryer. Kuranglah kerja nak menyidai kain pulak. Bukan apa, kalau anak dah ramai ni, boleh bayangkan penuh ampaian tu hahaha.
Silap-silap ampaian pun tak cukup. Kena ada 2 ampaian pulak. Pheww penuh weh.
Kalau musim hujan lagi mencabar. Tak sempat kain yang di ampaian tu nak kering, dah sidai baju lain pulak adeh. Hahaha baiklah beli dryer electrolux, jimat masa hihi.
Dulu kami beli mesin basuh kapasiti besar ni sebab niat tu nak basuh toto, selimut. Rupanya Allah bagi rezeki anak ramai. Memang keputusan yang terbaiklah beli mesin ni.
Memang bersyukur sangat beli mesin basuh ni sebab selama 10 tahun berkhidmat ni dia tak pernah rosak!! Bila kapasiti besar, takdela kerap sangat nak basuh kan.
Mesin basuh rosak tak boleh pusing
Bila mesin basuh rosak, memang boleh sakit kepala dibuatnya. Mula-mula tu anak perempuan yang nombor 2 tu nak dryer kain. Tapi dia perasan kain yang dibasuh dari mesin basuh tu tak kering. Maksudnya masih berair.
Ahhh sudah!!!
Kain tu masih berair dan ada tompokan-tompokan sabun basuh. Saya cek, takde pula mesin tu tiba-tiba stop, atau ada tangan yang gatal pause menatang tu. Bila try spin, eh boleh pulak kain ni kering?.
Hmm sahlah mesin basuh ni rosak! Huhu dalam kepala terus terbayang nak survey mesin basuh baru.
Terbanglah duit nak beli mesin basuh baru. Bukan murah kan barang elektrik sekarang ni. Kalau kapasiti besar, lagilah besar nilainya.
Tapi, sementara nak beli baru tu kenalah pergi basuh kat dobi pulak.
Berangkutlah pula nanti kain kotor 2/3 bakul. Huishh macam-macam dah fikir dalam kepala. Kita perempuan memang dah jenis fikir ke depan terus hahaha.
Pulsator mesin basuh pecah

Benda ni la yang rosak. Dia terangkat dan tak boleh nak pusing kain
Dalam hati saya ni masih berharap mesin ni tak rosak hahaha. Susah hati woa kalau kain tak berbasuh sehari. Boleh jadi gunung Kinabalu tinggi dia tu haha.
Saya perasan masa mesin ni tengah on tadi, ada bunyi yang kuat. Tapi tak tahu apa benda tu. Jadi saya keluarkan semua kain-kain dalam mesin tu, dan masukkan ke bakul kain.

Inilah pulsator tu, dia dah pecah di tengah dan tak boleh nak pusingkan kain tu
Then saya nampak ada part bulat (seperti gambar di atas). Part tu dah pecah di tengah dan terangkat dari kedudukan asal dia. Wahh kesian wei kena kerja keras sampai tersembul benda alah tu.
So saya expect inilah masalah utama mesin tak berpusing. Saya baru jangka yang tu je rosak, sebab parts lain tak tau macamana. Dan saya pun google sebab nak tahu apa nama bendanya.
Pulsator rupanya nama dia. Memang tak pernah dengar sebelum ni. Kenal jauh sekali hihi.
Kedai jual part mesin basuh di Shopee
Saya pun search kat Shopee. Wah Alhamdulillah. ada rupanya dijual di shopee. Selain seller dari kedah, saya cari area Klang Valley.
Dan ada pun kedai di area KL!!! Saya expect nak walk in ke kedai diorg. Cepat dapat barang dan terus pasang kan. Tak sakit kepala fikir masalah ni.
Saya pun chat dengan seller. Dan rasa nak jerit sebab boleh walk in tapi harga berbeza. Katanya mahal RM5 dari yang jual di online.
Takpela mahal sikit, tak banyak beza pun. Asalkan boleh dapat on the spot. Dan masalah saya selesai cepat. Dan harapnya itulah kerosakan mesin basuh ni kan. Janganlah ada part lain pulak rosak.
Kedai alat ganti mesin basuh di Jalan Pasar, Pudu, Kuala Lumpur
Syukur jumpa seller yang respond cepat dan sangat-sangat membantu. Masa chat tu saya minta seller share kan alamat kedai. Alhamdulillah dekat area Jalan Pasar, Pudu, Kuala Lumpur.
Bolehlah walk in dan dapat barang ganti on the spot. Walau harganya sedikit mahal berbanding beli di shopee. Tapi takpe janji dapat baik pulih mesin basuh dengan segera.
Korang boleh cari nama kedai tu Megnumtronic di shopee, dan juga boleh waze kalau nak walk in. Selain Hitachi diorang ada jual spare part lain jenama Panasonic, Sharp, LG dan lain-lain.
Selain mesin basuh diorang jual juga remote tv, aircond, dvd, kipas. Dan selain tu jual juga spare part barang elektronik yang lain. Bolehlah jenguk kedai diorang ya.
Mesin basuh sudah boleh guna
Suami pun semangat nak baiki mesin basuh ni. Tak tahan dia nak dengar bininya membebel hahaha. Mana tak semangatnya, sampai je rumah terus dia pasang pulsator ni.
Hihi thank you suami. Nak pasang pun senang je, just letak kat tengah mesin basuh. Kemudian pusingkan sehingga ketat.
Kalau nak tahu lebih lanjut boleh search kat youtube cara pasang pulsator ni ya.
Senang hati saya bila mesin basuh dah ok semula. Syukur Ahamdulillah, tak perlu keluar duit yang banyak untuk beli mesin basuh baru. Hanya tukar part je dah boleh berfungsi semula.
Tips mesin basuh tahan lama
Syukur Ya Allah, ini pun kira rezeki juga kan. Seller tu ada share tips juga tau! Katanya kalau nak washer kita tak rosak dan bertahan lama, mohon basuh basuh kurang dari kapasiti.
Contohnya mesin saya ni kapasiti 12kg, maksudnya mesti kain kurang dari 12kg. Jangan letak maksimum atau lebih dari kemampuan mesin tu. Tu yang buatkan mesin kita cepat rosak.
Ha macam itulah nasihat seller shopee tu. Setuju juga tu kan, kalau sayang duit silalah jaga mesin basuh tu sebaiknya haha.
oklah uols..
Bagi korang yang mencari alat ganti mesin basuh, tak kisahla jenama Hitachi, Sharp, LG dan sebagainya. Bolehlah try cari di Shopee atau kedai di sekitar Jalan Pasar ni.
Memang stress kan kala mesin basuh ‘sakit’ ni.
Alhamdulillah!
Mesin basuh dah ok..
Syukur! 😉